Tuesday, September 28, 2010

MAcm2 pengalaman

Ni bukanla my very first blog since blog yang lama dah sgt 'berkarat' tak leh nak bukak hehe since lupa lak password biasala lama sngt xupdate n too busy dgn life.. akhirnya ada kesempatan ni (wpun sbnrnya bakal busy tak lama lagi) harap2 this blog akan bertahan lama insyaallah..

Dah nak masuk penghujung 2010 pun, lagi semg dah oktober.. ya allah cepatnya masa berlalu, begitu pantas masa meninggalkan kita, sedar tak sedar anak pun bakal menjengah 7bulan.. alhamdulillah my sweetie membesar dgn sihat wpun kdg2 sakit demam, selesema biasala budak nak membesar.. masih teringat2 masa mengandung dulu.. mmg membesar bagai juara betoi.. bayangkanla naik berat bdan sampai 20kg sampaikan ada yang tak kenal (skarang pun takla turun sangat pun ,p).. perit jerih penat lelah masa mengandung adalah nikmatNYA yang tak terkira.. hanya ibu2 yang paham perasaan ni.. kepada bakal2 ibu sabar2 banyak2 ya.. Semua tu ujian dariNYA.. di bwh ni adala bbrp keping gambar masa time mengandung dulu..hehe besar kan, malu i!


 *masa ni kandungan dalam 6 bulan tapi perut besar mcm dah 8-9 bulan kan hehe
           
masa ni dah 9 bulan mcm mak buntal hehe

Kalau ikutkan due sepatutnya 26/3/2010 tapi atas ketentuanNYA waktu kandungan hampir 39mg air ketuban pecah awal pagi 16/3/2010 (dalam pukul 2-3pg camtula). Sbb ni my first time pregnancy apalagi kelam kabut gerak hubby pegi hosp sbb air mengalir macm air kencing yang tak leh ditahan.. masuk je labor room HSP, MD check 'jalan' dah bukak ke belum.. malangnya 'jalan' tak bukak lagi kenala stay ward.. masa tu mmg takleh tido asik pk bilala bb nak keluar.. esoknya, masih tak terasa sakit nak beranak wpun ada contraction, sebb lama sgt doc amik keputusan nak induce sbb air n darah dah banyak turun..
selepas induce 3x 'jalan' masih tak terbuka, buka dalam 1cm ja (kalau nak deliver kena buka at least 9cm) jadi doc suggest for cesarean ja sbb takut my baby lemas.. masa tu i was totally energyless sbb slps induce mmg skit sangat tapi after few hours sakit tu hilang.. mmg penat sangat sbb 3 x rasa macamtu.. ingatkan bb bolah keluar 16/3 sebulan lps my birthday tapi dr nak tunggu juga and nak induce 3rd time jadik terpksa cesar 17/3..
Before nak masuk OT mmg menakutkan.. (macam dalam tv tu) kena cucuk mcm2 ubt.. sampai naik kebas dah kena cucuk.. at 2.45pm ditolak ke OT, semua org pandang ja, masuk2 je OT rasa macam nak lari keluar ja, hehehe takut oooo, masa dalam tu sejukkkk sangaaaattt.. pastu kena inject ubat bius kat spine, coz i was half bius, boleh dgr nurse and doc tgh meng'operate' diri ini hehe after few min rasa perut ini ditekan2 and heared they saying "patutla mama kena operate, baby besar!" alhamdulillah at 3.10pm keluarla my bb weight 3.89kg.. rasa mcm nak mengalirkan air mata bila first time tgk my bb.. she was an angle! so pure, soft, beauty.. tapi my bb need extra care sbb air ketuban dah lama pecah dan dia dimasukkan ke ward lain (NICU) masa dah lepas operation, rasa sejuk yang amat sangaaatttt.. mintak hubby selimutkan dgn 3 pcs comforter tapi still rasa sejuk lagi, masa tu ubat bius dah makin hilang and sakit pun mula terasa, mlm tu tidur bertemankan kesakitan dan kelaparan sbb tak leh makan apa2 since dah berpuasa b4 operation.. huhu
esoknya sbb semangat nak tgk anak, berusaha jugak bgn wpun rasa skt.. nk berjalan dari katil ke wheel chair pun sangat perit terasa.. tapi bila nurse bagitau yang dah boleh bwk anak ke ward, rasa happy sgt.. malam tu was my first night with my bb.. tapi mlm tu bb asik nangis sbb takleh breast feed, susu tak keluar lagi jadi terpaksa seludup masuk susu formula, nasib baik my mom ada dia yang tlg tengokkan bb sbb i was really exhausted... esoknya bila nurse check, ada drh tinggi pulak mgkin sbb tak cukup tido sbb bb asik nangis.. after rest 2-3 hours dah stable balik and doc bagitau the best new, kami dah boleh balik.. yuhuuu (boring gila dok hosp)...  bermulalah kehidupan kami suami isteri sebagai ayah dan ibu.. kami namakan our bb Siti Khadijah Amani sempena nama isteri rasulullah.. moga2 dia akan mencontohi sifat2 isteri baginda iallah.. rasanya dah banyak pengalaman kan dalam coretan ni.. kita layan gambar la pulak





2nd day tgk dunia



muka masam tak cukup nonom susu




1mth asik tido je

lepas dibotakkan comey tak lagi? =)





No comments:

Post a Comment