Showing posts with label Beauty and health. Show all posts
Showing posts with label Beauty and health. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Morning Peeps!

Salam

Aye sajala kan nak tunjuk perbezaan sebelum guna dan selepas consumed VCO and Collagen.. benda baik kena kongsi kan.. bak kata pepatah " kalau sedap beritahu kawan kalau tak beritahu kami" ada kena mengena ka?? hrmmm kesimpulannya aye nak berkongsila pasal benda baik ni kan.. mana tau leh menolong anda.. anda.. dan anda untuk mengatasi masalah2 yang selama ini membelenggu fikran anda.. Insyaallah penggunaan produk in secara berterusan mampu membantu anda tampil yakin, cantik dan sihat.. Aminnn... 


Sebelum


- kulit berminyak (cetengok kat dahi tu.. shining kan.. huhu buat goreng pon sodap)
- kulit kusam tak bermaya
- tona kulit tak sekata


Selepas


- kulit dah balance antara wet and dry (no more shining.. but glowing *perasaan* hehe)
- kulit cerah dan tona sekata 
- kulit bersih dan halus

Jadi dah nampak jelas kan perbedaannya sebelum dan selepas penggunaan VCO.. takde ye penggunaan photo editing bagai sebab aye pun tak pandai nak ngedit2 ni, ni raw pict taw.. Aye pun tak apply any foundation atau concelear..  Lastly, nak beritahu...

anda buat anda dapat... ^^

Saturday, July 16, 2011

VCO review

Salam

Sebenarnya lama dah nak review pasal VCO ni tapi sebab kekangan masa dan idea nk menulis lebih kepada nak cerita pasal persiapan nak ke Canada.. Jadik review pasal ni terpaksa dilupakan sekejap. pastu bila baru2 ni ada yang menegur pasal perubahan kulit aye tergerak hati nak share dan review pasal VCO ni..

Reason to use

1) dry skin yang sangat teruk
2) allergy pada sea food
3) parut jerawat
4) jarang ke tandas (ayat tak lapis: sembelit!)

Day 1

Kulit yang kering kat bahagian tangan dah mula kurang and lama2 hubby pun perasan sbb mmg dah tak kering dan tak kasar... Halus you.. baru hari pertama kan dah notice kulit yang kering cam dah tak teruk sangat.. Tapi still allergy kat muka masih tak hilang.. What do you expect, baru hari pertama maa.. Tapi yang sedihnya nafsu makan meluap2.. Lapor je manjang.. tapi okla still continue and kita tengok dulu hasilnya.

Day 7

Masa ni dah notice yang setiap hari akan ke 'tandas'.. lawas rasa.. ringan sangat kat bahagian perut ni.. Sebab allergy kat muka tak cure lagi so I decided to consult pakar kulit  and alhamdulillah dah cure.. selepas dapatkan rawatan tu, I can notice yang kulit muka sangat2 halus.. Sangat balance antara dry and wet skin, rasa moisture sangat  Untuk nak maintain ni aye guna sunblock.. And the combination of using VCO + collagen + sunblock = rasa kulit sangat2 halus and bersih.. ada yang notice kata kulit muka aye makin cerah. (^^) alhamdulillah selama ni aye dok idam2kan kulit yang halus, bersih,cerah without applying any foundation or concealer  untuk dapatkan kulit flawless.. Aye rasa happy sangat sebab even just apply toner + moisturizer + sunblock + bedak baby = rasa glowing ooo muka.. pastu jenis aye yang malaih nak apply any cream after solat sangat2la sesuai makan VCO ni sebab even pakai bedak baby pun kulit dah nampak bersih.. 

Current status

Kulit masih maintain halus dan bersih, jerawat pun dah surrender nak tumbuh.. Kecut habis.. Tapi still parut jerwat still ada mungkin sebab dah lama tertempek kat muka and need constantly use. Tu yang aye suka sangat and nak mencanangkan kat semua.. do try this product.. Kalau nak best lagi rajin2 la tempek vco ni kat muka dengan cara pecahkan kapsul tu dan lumur kat muka.. Bau dia tak busuk seriously.. Banyak lagila khasiat dia.. Dan aye review ni based on my actual experience, kalau nak tau sendiri cubala.. mesti rasa lain punya..  


psst: tak boleh nak tayang gambar kat sini.. tak nampak dengan jelas.. kalau nak tau jumpala aye hehehe ^^

Tuesday, June 21, 2011

VCO by catalyst..

Salam

Pernah dengar kan product ni.. so dengan ini aye rasmikan penggunaan produk in bermula dari sekarang... Jom kita nantikan kesannya.. dalam 2 hari ye..  Ramai yang komen and canang2kan keberkesanan produk ni.. Insyaallah kalau berkesan kat aye boleh buat stok banyak2 bungkuih ke Canada.. Leh buat biz kat sana ni.. hehe kebaikan produk ni boleh di check kat SINI





Monday, June 20, 2011

Ber'eksesais' di ruang tamu

Salam

Aritu aye adalah tertengok Star king kat One HD.. best sangat program ni sangat informative (mostly for beauty and health). Patutla kita tgk orang2 korea ni badan diorang cantik even umur nak masuk 4 series dah and kulit yang se-sangat2 flawless. So untuk entri ni aye bukan nak cerita pasal kulit tapi nak cerita pasal 'how to shape ur body' dekat ruang tamu rumah je. Nasib baik ada subtitle boleh gak ah paham and gelak2 kihkih.. And aye dah try semalam and it's truly works. Hari ni dok rasa kejang kaki lagi sbb lama kan tak eksesais.. And senaman ini sesuai untuk kita2 yang bizi 24-7.. ala kejap ja amik masa nak eksesais ni.. dalam 30 min ja.. Tapi menyamai kita pi gym tau.. Ok jom kita layan...

1) Lompat monyet ambil pisang (translate sebijik ye..)

Buat begini ye kawan2.....
Ni bukan monyet huhu (^^)
Aye tau.. tau.. tau.. lukisan amat buruk skali tapi dapatkan maksud aye hehe.. kira buat la macamni sebanyak 8 kali.. slide ke kiri pastu lompat sekuat hati.. slide ke kanan lompat sampai kena roof (kalau boleh ah...) tapi buat santai2 sudah.. nnti takut ada lantai terkopak pulok hihi... Kata trainer tu , aktiviti ni boleh stimulate pergerakan jantung jadi sangat laju.. so boleh burn lemak kat jantung.. ohsem bukan.. (owh sudah terpengaruh dengan ayat2 blogger muda mudi). Aye dah try.. dan yess 100% betol.. fuh mmg cargas aktiviti ni.. jantung berdegup sangat la laju.. So mudah kan nak buat eksesais camni.. cubala.. 

2) Jalan santai ala2 kuda belang dan kena kejar dengan singa.. (erk paham2kan jela...)
Posisi macam kat atas ye.. pastu kaki je gerak slow2 ala2 kuda belang berjalan.. buat dalam kiraan 8 pastu tarik nafas panjang macam ni "fuuhhh... fuhhhh.. fuuuhhhh.. fuuhhhhh..." pastu tetapkan 'montot' anda.. pastu gerakkan kaki anda dengan lebih laju seolah2 dikejar singa.. pastu tarik nafas panjang macam tadi pastu tetapkan 'montot' anda skali lagi... Aktiviti in untuk merampingkan pinggang, mengecilkan paha, memantapkan otot2 badan, memecahkan lemak kat belakang badan..Banyakkan advantage dia, dan trainer kata aktiviti ni sama ngan kita cycle kat gym.. Sungguh dik non... akak korang ni dapat rasa kat bahagian paha rasa dah firm sikit.. tegap sikit.. sikit jela ala kamon la baru cuba skali cuba bayangkan kalau buat tiap2 hari.. boleh dapat kaki ala2 kump Girl Generation tu.. berangan.. kihkih

3) Gaya buaya baham singa (direct translation yer...)

HAHAHA.. yang ni takleh nak lukih.. kihkih tak reti.. erm sama macam posisi di atas cuma kena angkat kaki tinggi sikit pastu kena gerak dengan aktif pastu merangkak ke depan sikit guna kekuatan tangan.. buatla sebanyak mana yang anda suka.. tapi serius aktiviti ini memerlukan aksi yang sangat lincah.. 

'SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERAMAL'