Monday, January 31, 2011

The NEW me!

Ehem.. ehem.. lama benau tak update blog.. malas + bz jenjalan.. ok hari ni I g lab with new look.. I rasa cam ok ja tak taulak pe pendapat orang lain kan.. Rasa cam confident gak pakai camni.. So, this is my new look..

Taraaa....





Ok dak?? hehehe tapi rasa2nya pakai occasionally kot.. nanti pakat dok tegur kata mai lab pun nak bergaya sakan aih hehehe

Sunday, January 23, 2011

We finally choose..... *drumroll*



Cinta Sayang Resort Homes (Tarena)


pssst: harap2 loan lepas dulu la.. 2 tahun baru rumah ni siap, baru nampak tanah ja.. skang prepare duit la.. adusss habes kopak .. (T_T) 

Friday, January 21, 2011

Ready for house hunting?

Psssst yokk survey/house hunting bersama2..


Nilam Sari Central Park (pic from google)

Cinta Sayang Resort Home- Tarena (pic from google)

Bandar Laguna Merbok- Casamaria 3 (pic from google)

Seri Astana - Thaliana (pic from google)

Before considering purchasing house.. kena amik kira this important info:

1) 1st hand or 2nd hand  (prefer 1st hand ah kan)
2) bank loan or gov loan kenala approved dulu
2) 10% dwnpayment (kwsp saving or sindirik punya saving)
3) hidden fees (lowyer, pasang meter ayar, letrik macam2 ah)
4) duit mau ada extra ~10k dalam bank untuk lain2 (excluded 2 yang atas ni huhu kopaks)
5) location: sbb I n hubby keja jat penang haruslah yang dekat ngan h/way SP utara atau selatan (tapi tgh dok survey2 gak kat kwsn lain )
6) dekat ngan kemudahan2 awam ni (isolated sgt payah nak keluar n time emergency)
7) kemasan rumah (HARUS kena in detail check.. satgi 2-3 bulan dok dah rabak sana sini)
8) basic renovation- duit lagi (grill, mcm2 g)
9) yang penting duit kenala CUKUP untuk 2-4!!! kalau dak pls saving starting from this moment..

p/s: nampak gayanya kena ikut info 9 dulu ah survey jak dulu.. :(


Tuesday, January 18, 2011

Jom ke Hot spring Baling..

Minggu ni jalan2 lagi.. tapi takdelah jauh mana pun.. Dekat area kedah  ja.. Hujung minggu jela yang sempat nak round2 pun.. Week-days mmg ler takdak masa nak ke sana sini.. oK KAt mana destinasi kita plak kali ni.. hrmm kali ni I, hubby,mak, abang and makcik cadang nak pi Ulu Legong, Baling... Ala yang ada hot spring kat situ.. Lepas semyang asar hari jumaat yang lepas, kami bertolak ke rumah abg I kat taman Bersatu, Baling... Perjalanan amik masa ~1 jam lebih dari Sg Petani.. Selesai ja solat isya' kami bertolak ke Ulu Legong. perjalanan amik masa ~30 minit ja tapi kawasan nak ke situ agak gelap.. Sebabnya kami perlu menempuh beberapa hutan.. Sbb hot spring ni dalam kawasan hutan kenala berhati2 sikit yer.. Jangan lak bawak keta tu laju2...


pic from sini (tak bwk camera la)

Bila dah sampai tempat tu, mmgla ramainya umat manusia.. biasala kedah cuti sbb sambut birthday sultan kedah.. Kami pun cari2la tempat untuk kami sekeluarga berkampung...  Bawak nasi ayam, spagethi, samosa, fries, pebagai kenala carik tempat best nak santap n nak ber'camping' kan.. Sebb amani n nurul (anak abg) dah tido, kami pun amik le bilik homestay satu.. murah je rm60.. kami pun letakla baby2 yang sedap tido kat situ.. My mak aka baby sitter mmg dah surrender awal2 tak mau g mandi manda kat hot spring tu jadik dia pun lepak2 la ngan baby2 kami..  Sampai ja kat situ mmgla ramai dok bersidai tepi2 kolam air panas tu, eksataid nye pasal kami ramai2 terjah kolam ke3 (which 3rd level hot among 4 kolams).

Celup sikit.. panaih.. celup lagi... panaih gak.. Aih takleh jadik ni.. takkan nak  menyerah kalah.. celup gakla.. MMg PANAS!!! Melompat skejap.. huhu Patutla ramai kat situ lepak2 kat tepi ja, cuma ada 2-3 org je dah siap leh berenang2 kuak lentang kat kolam tuh.. fuhh.. kebal betol,, sebb nak tunjuk macho depan family esp hubby hehe I tahan je panas tu.. Mmg panas la sedara sedari.. patutla ramai yang datang pkl 12 ke atas.. kami pegi dalam kul 10 lbh.. tengah menggelegak lagi siap keluar asap lagi dari kolam.. Tapi bila lama2 dah okla, dah stabil dengan badan.. dah lama sangat celup kaki ja, i mula beranikan diri merendam diri kat dalam tu.. Fuh sauna habiss.. berpeluh sakanla.. Mmg bgsla mandi ayer panas ni.. dok berharap dalam hati pas keluar dari kolam ni, harap2 turunla dalam 20kg ka.. hahahaha cuba bayangkan masuk kolam bdn gajah keluar kolam bdn jadik cam cicak kubing hihi jangan harap ler.. Tapi mmg bagusla mandi ayer panas ni sbb leh detoxify bdn.. berpeluh sakan..

Bila dah pkl 12 lbh tu ramai dah galak mandi kuak2 lentang dalam kolam tu.. Yelah dah tak panas sangat tapi I lak masa ni mmg dah menguap nak tidoq ja rasa... Huarrghhh mata dah berat, rasa nak tidoq sebelah kolam tu ja tapi mengingatkan anak yang tido kat bilik tadi I pun bergegas balik ke bilik.. Fuhh rasa ringan sangat badan n tidoq pun sodap.. Hubby tidoq kat wakaf situ ja dengan abg,adik, and sepp i yang lain.. Depa ni kan main lagi pkl 3pg pun dok syokk mandi lagi.. Hubby kata mmg best mandi time tu tapi apakan daya mengingatkan anak n ngantok tahap gaban dah I tak join depa.. Yang paling obvious pas i mandi ayr panas ni, bdn rasa segar, ringan n sedap ja.. Mmg bagusla untuk kesihatan , so I suggest hampa pegila mandi kat hot spring yang ada kat m'sia ni.. Terokaila khazanah negara kita! amboih dah jadik cam duta tourism lak.. Jadik kesimpulannya cuti2 malaysia, cuti rehatkan diri.... semuanya kita ada.. bercuti dalam negara ..la la la la...(=o=)

psst: I ada bake cheese cake semalam, nanti I update k.. senang, tak payah bakar pon sodap!

Friday, January 14, 2011

Dup Dap Dup Dap

Sorang dah balas.. Dup Dap Dup DAp laaaa..... Nerves nyaaaa..



Saya mau Buat Itu ini

Saya nak belajar buat kek2 cantik macam kat DApur & Oven ni! Saya nak belajar buat sushi! Saya nak belajar buat cupcakes! Saya nak belajar buat homemade chocs! Saya nak belajar menjahit! Saya nak belajar shoot gambar guna DSLR!

TAPIIIII!!!

Saya bizi dengan research work... Saya bizi dengan preparation untuk Ph.D study... Saya bizi dengan report dan proposal... Saya bizi kena g conference.. Saya bizi dengan anak dan suami.. uhuhuhu

Bilala boleh buat semua yang saya nak buat tu?? Haishh.. (=.=)

Thursday, January 13, 2011

Suara ke langit

Salam, pagi2 ni rasa cam nak update blog laks.. dulu kemain rajin nak update tetiap hari.. sibuk ka? erm tak jugak cuma malas ar tahap gaban ni nak ngomel2 dalam blog aka diary maya i ni.. Tajuk entri ni kemain lagi, suara ke langit.. ihiks kalau suara ke laut tu orang selalu kata tak sedap kan.. kalau opposite tu yakni suara ke langit, suara sedap la kan.. Suka2 ati i je hentam boh pepatah sendiri.. Sapa yang suara ke langit ni? I ka hahaha baru dengar i nganyi sikit konpom katak bawak geng panggil hujan beramai2 (redho jela suara i tak sedap kan huhu).
pic from google
Siapakah pemilik suara ke langit ni? Tentu2 lah En. Hubby i.. (puji suami sendiri takpa kan ,p). Suara dia cam Aizat ooo.. hahaha tapi dia ni tak indie langsung.. Suara ja cam aizat.. Setiap hari kami berulang alik dari SP ke PNG amik masa dalam ~1 jam (kalau heavy traffic lama lagila), mmg diala selalu menghiburkan i dengan suara dia tu.. Nak g karoks? isk rasa dah tak sesuai dah kot.. Jadi karoks dalam keta jala.. Mcm2 lagu dia nyanyi dari lagu balada ke indie, lagu lelaki ke lagu perempuan, nasyid.... semua dia tibai.. Tapi yang bestnya masuk lak suara dia ngan semua genre (B.. ayang tau kalau B baca ni kompom, kembang semangkok nya idung mu tuh hehehe).  Tak terasa sangat jammed bila dah terhibur dengan suara dia kan.. Kadang2 dia ada gak bagi kuliah agama free kat i uhuk uhuk.. 

pic from google
Disebabkan pagi ni jammed, macam selalu ah.. Dia nyanyi ah lagu aizat, Lagu Untukmu.. hehehe I macam terawang2 sat.. sebab cam dia tuju lagu tu kat i laks... mmg ah  dia tujukan lagu ni untuk wife dia kan.. hehehe Teringat terus masa bercintan cintun dulu.. mmg romantiks habis.. Masa birthday i yang keberapa ntah dia siap reka lagi lagu untuk i.. Pastu buat seprais bawak gitar kapok dia tu main lagu tu bawah lampu jalan hahaha kelakor kan.. tapi romantik what.. Rase nak nangis + malu + terawang2+ romantik.. 1st time ada orang buat camtu kat I sapa yang tak gumbira.. Tak payah nak candle lite dinner ka, hadiah mahal,  g holiday, main lagu bawah sinaran lampu minyak tanah pun dah cukup nak gembirakan I.. orang lain i tak taula, tapi kalau i buat camtu ja mmg dah tersentuh dah.. Korang lak camana? Ada tak pengalaman romantik2 camni? ke lagi romantik dari I? Setiap orang mesti ada  pengalaman cinta masing2 kan... 
Kalau Hubby kurus cam Aizat, dia buat album leh laku dak? hihi

p/s: I tak pernah cakap depan2 kata suara En. Hubby sedap tau.. hehehe malaihla satgi dok perasan lebey lak

Friday, January 7, 2011

Bersabarla wahai teman...

Lama dah tak bebel2 pasal hal2 yang boleh memotivasikan diri dan nasihat2 ni kan. Kebetulan tgh tunggu En. Hubby ni bolehla  sembang2 santai petang.. Dalam keadaan cuaca yang suam2 kuku ni mmg sedap ah layan hal2 feeling meeling ni, teringat perbualan i dgn one of my ex-roomate masa sama2 study dulu. masa bulan 10 aritu, i jumpak dia dan dia cuba meluahkan masalah dia kat i.. ni la lbh kurang conversation kami...

teman: baru skarang saya paham perasaan awak camana min, kalau dulu saya yang halang awak sekarang hal ni jadi pulak kat saya, saya buntula min camana saya nak buat ni...

saya   : awak tgk saya skarang camana? (sambil tukar lampin anak...)

teman: saya tgk awak bahagia sangat min

saya   : dulu saya pun macam awak jugak, ragu2, sedih tapi saya kuatkan semangat dan banyakkan   berdoa, mohon kat ALLAH bagi petunjuk dan dipermudahkan segalanya, alhamdulillah saya rasa saya pilih jalan yang betul. kita kena kuat, jgn banyak dengar cakap orang... (ayat2 motivator cabuk..hehe)

teman : betol2..  insyallah saya akan ikut nasihat awak..

Perbualan kami terputus sbbnya.. Amani ngamoks.. isk.. I rasa ramai org  mengalami masalah yang sama, cerita yang sama dan isu ni bukanla isu baru sebenarnya.. Kisah jodoh tak SEKUFU.. Jadi sebgai kaunselor yang tak bertauliah I nak share nasihat2 yang berguna based on my own experience.. Apa tu sekufu? senang cerita pasal kasim selamat la ni... kisah dua darjat... kisah pasal yg perempuan kerja N41 yang lelaki kerja N17... tak paham lagi?  cerita pasal level wanita tinggi dari lelaki... yang perempuan ada ijazah/master/phd pelbagai tapi yang lelakinya ada spm/diploma ja. TAPI adakah kelayakan2, kelulusan, profesional career ni yang menjadi pengukur samada kita layak atau tak kawen dengan lelaki yang levelnya lebih rendah dari kita? Sudah tentu tak.. Bagi i kayu pengukur utama adalah IMAN...

Mmg diakui zaman skarang ni, ramai wanita masuk Univ berbanding leaki, ramai yang cerdik2, ramai yag bersemangat tinggi nak sambung hingga ke peringkat yang tertinggi.. Tapi bila melibatkan hal2 jodoh, janganlah kita meletakkan ego yang tinggi juga.. Ya, orang akan memuji kalau dapat jodoh yang sepadan, ramai yang akan kata "wah macam pinang dibelah duala, sama2 pandai", "elokla tu doktor sama doktor, mmg sesuwai sangat" tapi bila dapat yang sebaliknya, orang akan mengeji, mengata yang bukan2. mmg adat dunia macam tu...

Berbalik kepada persoalan asal, kenapa mesti nak malu/ avoid / dihalang bila dapat pemilik tulang rusuk kita yang gajinya tak sehebat gaji kita?  Tak high class? malu kat jiran2, sedara mara, kwn2? takut si dia kikis harta kita? pendapat tak sama sbb berbeda education level?

Bukanka kita yang nak kawen? nak hidup bersama si dia sampai forever pun kita? nak bahagia hingga ke hujung langit pun kita? jadi kenapa harus nak meletakkan shield antara kita dengan si dia yang seamat pasti akan terus memberikan kebahagiaan tanpa jemu kepada kita? Memang benar pendapat orang lain penting untuk kita jadikan panduan untuk hadapi situasi mcm ni tapi jangan biarkan pendapat mereka menjadi dominan. Boleh mendengar tapi perlu filter dulu sebelum kita benar2 terima pendapat mereka.. I guarantee 95% akan kata "tak payahla, cari orang lainla", 4% akan kata "ikut suka u la, u yang nak kawen", dan hanya 1% saja yang akan setuju.... Jadi yang mana satu yang kita perlu dengar and terima, hanya kepadaNYA kita mampu minta dan mohon petunjuk, buatla semayang istikharah banyak2, hanya pendapatNYA lah yang perlu kita dengar masa ni..

Mungkin ada yang akan kata "habis nak kawen sbb cinta kan, nak bayar bil blah blah blah guna cinta jugak ka? terjamin ka nak bersama dengan orang yang camtu, nanti dok harap duit kita pulak patutnya dia yang bagi nafkah kat kita" Mmg i agak setuju dengan pertanyaan tu, tapi dalam sesebuah perkahwinan perlu ada give and take. Kalau kita dah tau suami tak mampu buat apa nak kaburkan mata nak mintak itu ini, nak bermewah2. Bagi i cukupla sekadar yang sedang2 saja, bersederhana kan lebih baik selaras dengan kemampuan suami. Yang mana tak cukup kita tolong tambah.. Kan bahagia camtu, janganla ego sampai "duit u duit i tapi duit i duit i je" . Kalau yang tak mampu nak mengharungi hidup saling bekerjasama ni, i nasihatkan better korang pikir banyak kali... takut tak tahan ja..

Lagipun kita tak pasti dengan masa depan kita.. kita tak bisa nak meramal apatah lagi nak menghakimi apa yang bakal berlaku dalam hidup kita nanti.. Sbb tula jangan menilai seseorang melalui kelayakan, kekayaan, education level dia... tapi selami dan selidikila imannya dulu.. Kalau iman dan ketaatan pada Maha ESA menjadi tunjang utama si dia, nah.. buat apa kita berlengah lagi.. zaman skarang cukup susah mencari seorang suami berkualiti sebegini.. harus lagi ka kelayakan pelajaran? bagi i cukup sekadar kelayakan untuk membimbing kita ke arah yang betol untuk kehidupan yang hakiki kelak.. dunia ni tempat persinggahan ja.. jangan kita dikaburi dengan nikmat keduniaan takut kelak merana diri..

 i bercakap begini bukanla sbb memandai nak bagi pendapat tapi its really happen in my life.. bukan i suka suki nak sokong dan nak lontarkan pendapat. i jadikan kehidupan i skarang sebagai reference dalam entri ni.. jadi terpulangla kepada setiap individu nak terima atau nak tolak pendapat i yang tak bertauliah ni.. bagi i ini adala pendapat yang ikhlas lahir dari hati untuk membantu meringankan beban otak para gadis yang dalam dilema menghadapi situasi sebegini.. Yang paling penting be strong dan kentalkan semangat menghadapi dugaan hidup yang mendatang.. Moga kebahagiaan senantiasa bersama kalian.. Aminn  

Dah jadik medan perang pulok dah...

Apa yang dah jadik medan perang? sapa yang terlibat? kat mana medan pertempurannya? tajuk en3 kali ni mmg dasat.. rasa cam nak mengomel panjang2 dalam en3 kali ni..

Jangan risau... medan perang ni tak melibatkan pertumpahan darah TAPI takut gak boleh melarat.. yelah sakit hati punya pasal... zaman skarang ni nothing is impossible.. harap2 dijauhkan la.. Ok stop sat min mukadimah panjang kemain aih.. ok.. ok straight to the point..

Skarang ni zaman mmg dah canggih.. budak darjah 1 sampai nenek umur 60 taun pun  dok layan facebook@ twitter @ blogging @ friendster dan rakan2 yang sewaktu dengannya... Mmg ICT habisla manusia zaman skarang ni.. tapi yang tak bestnya bila medium2 ni dah mula jadik medan peperangan dan perbalahan sesama kita.. tak best aa camtu.. banyak dah jadi, and even i pun dah pernah terlibat (tapi tak serius la), kwn2 pun ada yang terlibat.. kebanyakan 'perang' terjadi apabila menjadi terlalu expressive @ open @ mengata secara sengaja @ teguran tak membina @ nak famous cepat @tak paham kegunaan medium2 tadi untuk apa @ jeles ngan org lain @ senang cerita mmg nak carik gaduh!

Ahyoo banyak betol penyumbang2 kepada hal2 yang nak bergadoh2 ni.. tak baikla kita kan 1 Malaysia.. hehehe takmo gadoh2 ni tak baik.. tak mau tak mau camgitu.. shake hand cepat.. good girl/boy.. Hubby penah kata kalau kita memutuskan silaturrahim sesama kita nanti tak bau syurga.. takut kan.. better kita carik kawan ramai2 dari meramaikan/menambahkan jumlah musuh kita.. yerp mmg senantiasa org tak berpuas hati dan tak ngam dengan cara kita.. biarla, kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak sbb manusia tak pernah sempurna tapi kita perlu menuju ke arah kesempurnaan..  

Jadi ada tak jalan penyelesaiannya? insyaallah setiap pertikaian ada jalan penyelesaiannya samala cam setiap penyakit ada ubatnya.. apa yang penting kita kenala berusaha nak avoid dari terlibat perang2 yang remeh2 ni.. kita kembali kepada yang asal..

sekian terima kasih..


Wednesday, January 5, 2011

SElamat Tahun Baru!

Salam... rasanya tak lambat lagi kot nak wish selamat tahun baru kat semua org since kita msh di awal mg tahun baru.. masih baru melangkah kaki masuk ke tahun 2011.. montot masih terasa kehangatan tahun 2010.. tahun yang banyak meninggalkan banyak memoir suka dan duka yang pastinya tetap akan dikenang.. Recap sekejap sepanjang tahun lepas ape yang telah berlaku....

Januari
Masa ni kandungan masuk bulan yang ke -7.. ke hulu hilir membawa perot yang kian memboyot.. perasaan masa ni tentunya tak sabaq nak menimang baby sendiri... masa ni labwork untuk master project dah siap.. dok pulun siapkan writing before deliver.. siap amik coti dah, kadang2 je masuk lab (wah ingatan i masih baik.. sukenya! )

Februari
I am 26 this year.. celebrate my birthday ngan fam yang tercenta.. Masa ni kandungan dah masuk bulan ke 8.. perot dah boleh buat meja (bayangkan betapa besarnye i huhu) gain almost ~20kilos.. ramai yang dah tak kenal i taw.. sedeh!

Mac
Bulan kegembiraan... menerima kedatangan baby girl. I bersalin secara cesarean sebb mengalami kesulitan di saat2 akhir nak bersalin.. takpelah aslkan baby and I selamat, I redho! Siti Khadijah Amani menambah kegembiraan dalam rumahtangga kami berdua.. amin

April
Dalam temph berpantang.. Mencabar betolla.. Bulan ni baru i terperasan yang i kena hantar 10 copies draft thesis before 30 april.. dalam pantang2 kena buat correction thesis plus print out 10 copies draft thesis plus hantar binding.. huhu seb bek dah hujung2 pantang redah jugak hantar binding.. Hubby lak kena g kursus.. Nasib baikla abg i baik hati nak antar pegi USM.. siap bwk baby yang masih lagi pink2.. huuhu Dah hantar tuh fuhh lega.. tinggal satu stage lagi before boleh dapat title Master in Science

Mei
Bulan ni me and hubby sambut our first anniversary.. baby tinggal kat umah kami dinner kat luar.. wpun tempoh pantang dah tamat still kena jaga makan.. Bestnye.. romantik gitu.. tapi makanan tak best kat restoren tu.. spoil betol.. scene dah romantikus tapi makanan hampes..

Jun
Memulakan tugas sebagai seorang Research Officer kat USM.. DR. Yahya suruh i sambung dengan dia.. sambung projek i yang dulu... Bila lama bercuti ni agak 'liat' sikit nak buat keje.. hehheehe

Julai
VIVA! hari yang sgt ditunggu2.. cuak, senak pewot, sakit kpala, nak muntah semua ada.. tapi berjaya control semua tu.. buat lawak bodo ngan kawan2 untuk hilangkan nerves.. AKHIRNYA! I berjaya lalui viva  dengan jayanya.. alhamdulillah kena buat minor correction ja, panel bagi tempoh masa 6 bulan untuk antar thesis..  (dr yahya kata sbb i ada anak kecik sbb tu bg lama sikit kalau tak dorang suh antar by 3 bulan ja.. thanx dr!).. macam tak percaya i dah successfully completed my master degree.. aminnn

Ogos
Awal2 kedatangan Ramadhan kena berbuka dan bekerja kat USM.. sebabnye terpaksa tunggu hubby habis jadik imam untuk solat terawikh.. nasib baik seminggu je.. owh sangat takda life okay! mandi kat toilet lab, berbuka di KFC, Kenny Rogers, McD.. Kesian ooo dahla terpaksa berbuka sorang2 pastu stay back kat lab pun sorang2 sampai pukul 10mlm huhu (hubby i berbuka dengan jemaahnye.. malula nak join skali huhu). Nak ronda2 beli persiapan raya, malu kott, baru seminggu posa dah sebok nak beraya.. huhu jadik dok diam2 dalam lab wat keje.. rajin kan i ,p

September
First time berhari raya dengan baby.. lengkap rasanya hidup ni.. banyak persiapan tentulah untuk si kecik.. sbb i tak dapat lagi shape yang diidamkan.. beli baju kurung kaler itam je nak bagi nampak refleks kurus heheh boleh gitu! tapi hubby nak buat theme kaler kuning cair.. jadik last2 minit race g kedai beli baju jubah kaler kuning (mmg last minit punya persiapan sbb beli tu betul2 malam raya and kedai pun dah nak close dah hehehe.. )

Oktober
Kakak Jia (anak sedara hubby) konvo bulan ni kat UPM, serdang.. bawa amani jalan2 g putrajaya.. Berjaya siapkan correction thesis dan hantar ke IPS.. alhamdulillah dah settle and dapat konvo bulan mac tahun depan

November
Ramai member2 and sedara mara kawen.. so kebanyakan hujung minggu pada bulan ni attend kenduri kawen ja.. hujung bulan ni kami pegi ke terengganu untuk attend convocation faiz (anak sedara hubby).. best dapat berjalan2 sekitar terengganu..

Disember
Bulan paling banyak coti2 malaysia.. i kena attend conference kat bandung.. terpaksa tinggalkan anak n hubby, bawak adik temankan i.. bandung mmg superb la! nanti kalau de rezki lebih nak pegi lagi.. pastu teros sambung cuti balik kampung ke Johor.. kat Johor kami jalan2 g melaka.. g mahkota parade, boat riding, pastu makan kat Umbai ... OTW nak balik ke kedah kami singgah kat kl. Tido kat putrajaya and esoknya shopping kat sogo.. lunch kami pekena sate kajang.. sedaps weh.. penghujung disember kami pegi ke 'kebun binatang' kat taiping... entertain amani bawak tgk haiwan.. seronok je dia..