Thursday, September 30, 2010

8 to go!

harini saya berpuasa.. niat berpuasa ganti dan sunat erm TAPI banyak pendapat pasal hal ni.. ada yang kata kena habiskan puasa ganti dulu baru boleh buat puasa 6.. ada yang kata leh niat sekali.. hai mcm2.. tapi bila i asked my hubby (maklumla dia pun ustaz jugak) bout this matter, simple je dia kata..

"syg niat ja dua2, terima atau tak bukan urusan kita, kalau diterima kan bagus dapat pahala puasa 6.. kalau tak pun takpala dapat ganti puasa, islam itu  mudah"

betol jugak kata my hubby.. jadik i niat ja dua2.. yang penting dapat ganti puasa yang tertinggal masa bulan puasa yang lepas n dalam masa yang sama berpuasa 6.. Dr. Ahmad Hassan menerangkan dalam blognya pasal kelebihan berpuasa 6 ni antaranya:

Nabi saw telah menyatakan kepada umatnya tentang kelebihan puasa enam Syawal dan mendorong mereka dengan menggunakan teknik galakan supaya melaksanakan puasa 6 hari ini..sabda nabi saw:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)
 
Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

Ibn Rejab menukilkan dari Ibn Mubarak katanya: Bagi yang berpuasa 6 Syawal secara berkesinambungan selepas puasa Ramadhan, maka dia wajib memperolehi pahala puasa sepanjang tahun.

(petikan dari http://msmonline.net/ )

Besar ganjarannya kan tapi tak taula sempat ke tak sbb tinggal mg depan ja ni.. khamis mg lepas dah berpuasa sehari pastu bila hubby ajak berpuasa isnin ngan selasa yang lepas terlepas sahur pulak.. aiyaa mmg skarang ni kalau tak shr tak dptla berpuasa.. kanpe  my perut skarang tak boleh tahan lapar, kalau tak sahur mula jadi menggeletar satu bdn n rasa nak muntah, loya.. sblm ni ok ja even masa pregnant ritu pun ok tapi after deliver jadik tak boleh tahan lapar.. huhu jadik hrp2 hari ni boleh habiskan puasa tanpa rasa nak muntah atau pun loya.. aminnn

No comments:

Post a Comment