Zuhud bererti menjadikan hati agar tidak terlalu tertarik dengan kehidupan Duniawi. Menurut Imam Al Ghozali zuhud adalah memalingkan diri dari kehidupan Dunia, dan tertuju kepada Allah SWT. Sdangkan menurut Ibnu Taimiyah, Zuhud adalah ‘meninggalkan apa yang tidak bermanfaat, demi kehidupan Akhirat’. Atau mengatur kadar kecintaan kita terhadap kehidupan Dunia, agar dapat menjadikan Akhirat sebagai tujuan hidup utama.
(source: http://miftakhurriza.blogspot.com/ )
hebatnya jika kita dapat tanamkan sifat zuhud ni dalam diri kita.. tapi malangnya zaman ini kita lebih mementingkan duniawi berbanding akhirat.. hubby ada ceritakan tentang kisah yang berlaku pada zaman Hasan Al-Bana. secara ringkasnya terdapat 2 orang adik beradik, si adik seorang yang zuhud dan ada kekayaan yang melimpah ruah, istana yang tersegam indah, manakala si abang iaitu seorang ahli ibadat tapi miskin dan hanya mempunyai satu cerek yang digunakan untuk kegunaan beliau memasak, minum dan mengambil wuduk.. si adik tidak peduli dengan kekayaan yang dia miliki dan lebih mementingkan kecintaannya kepada ALLAH dan menunjukkan sifat zuhudnya manakala si abg sangat sayangkan satu2nya cerek yang dia ada tu.. si adik mendapat darjat yang tinggi berbanding si abang seorang ahli ibadat kerana sedikit kecintaannya kepada dunia.. untuk version yang sepenuhnya better tanya yang lebih mengetahui sbb my hubby pun sembang2 secara santai ja..
Bila difikirkan balik, bayangkan kalau kereta rosak atau calar sikit pun kita dah susah hati, macamna nak tanamkan sifat zuhud kalau camtu? hp, laptop rosak, barang kena curi, duit hilang.. tak senang duduk dah... hmmm wpun tak dpat nak tanamkan sifat zuhud sepenuhnya, i think kita kena berusaha ke arah tu.. mudah-mudahan kita dapat menggegam dunia tapi akhirat sentiasa dalam hati kita.. bak kata bidalan
"dunia dikelek, akhirat dijunjung"
No comments:
Post a Comment