Thursday, March 15, 2012

Nota untuk Aye!

Salam,

Rasa macam dah tak lama lagi nak menyambut kelahiran baby yang ke-2 ni. So aye pun dah rajin dok search pasal amalan berpantang yang betul-betul baik punya..  Sebelum ni masa anak yang pertama memang la dari A to Z diuruskan oleh mak ngan tok. Bangun pagi, air kukusan herba dah tersedia, tunggu aye mandi ja. Tok pulak akan buat ritual wajib setiap hari iatitu 'bertungku;. Tunggu tadah badan ja.. perghh memang heaven la masa bersalinkan Amani dulu. Amani pun aye tak urus sangat, tukar pampers kencing berak mak yang buat hihi kerja aye, breastfeed dia ja (^^) Tapi itu dolu ya rakan-rakan, sekarang ni jauh di perantaun, memangla 95% aye kena buat sendiri. Yang lagi 5%  tu hubby la kena buat. Lagipun dia pun kena uruskan Si kakak sulung. Nasib baikla dah ada sedikit pengalaman kan. Bolehla kot, mudah-mudahan. Aye tercari-cari jugak dalam internet amalan berpantang macamana yang sebetul-betulnya. Pastu  terjumpak kat sini, jom kita layan apa nak buat nanti, ni sebagai nota untuk aye:

  • Amalan Intensif Ubat Periuk  (*tak boleh amalkan pun, nak cari ubat periuk tang mana huhu)
Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.
  • Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit (*yang ni aye guna suplemen dari Confine Mum Leesa Formula)
Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .
  • Rawatan Bertuam (*aye nak kerah hubby cari batu sungai kat Waterloo Park nun.. nasib baik sekarang ni time spring, memang senang sikit nak turun pi cari batu2 sungai)
Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
  • Rawatan Bertungku (*included skali dalam pakej Confine Mum tu, tapi bengkung moden la)
Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.
Bertungku selepas 44 hari.  Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.
  • Mandian Ibu Bersalin (*yang ni pun dah suruh mak poskan, tapi tak tau lak brand apa)
Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
  • Rawatan Urutan Tradisional (*harusla tak dak kan, aye ingat nak cari naturopathor ja (urutan cara mat salleh) sebb skarang ni pun aye dah sakit pinggang, lepas bersalin harusla sakit berganda2 lagi)
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
    • Rawatan Berlulur (*ada dalam pakej Confine Mum)
    Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
    • Rawatan Berbengkung (*ada dalam pakej Confine Mum)
    Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.
    Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
    • Rawatan Mandi Wap atau Bertangas (*memang best buat bertangas ni, dok cari idea lagi nak buat camana, cari kerusi yang berlubang pastu boh baldi kat bawah, pastu tutup dengan towel, pun boleh kan.. (^^))
    Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.
    • Rawatan Ukup Wangi (*hat ni tak pernah dengar dan takdak pun, so takkan buatla kan)
    Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.
    • Senaman Kemutan Otot Rahim (*macam susah ja nak buat, tapi kita torai ja!)
    Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.
    • Darah Nifas  (*okay take note!)
    Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair  sehingga berdebu kehitaman/coklat. Dan akhirnya kelaur cecair kekuningan sehingga men
    Apa macam boleh ke aye buat ni.. ehe takpa nanti aye nak sahut cabaran dan aye akan buat review pasal amalan berpantang ni selama 44 hari, insyaallah kalau rajin nak update and ada masa. Okay keep on updating!

    No comments:

    Post a Comment