Sunday, March 4, 2012

Ini betul2 random post

Salam

Selamat pagi peeps! Kabare? Waras ya? Harap sihat2 selalu tak gitu. Aye semangat kemain gigih ber'breakfast' sambil2 ber'FB' sambil BW sambil update post terbaru. Nikmat sangat pagi2 ni makan cereal pastu dok 'ketedarah' (makan) pulut serunding pulak kan.. Pergghhh mmg si lemak2 suka sangatla dok kat badan aye ni (*_*). Ditambah pulak anak syok tidoq pastu ayahnya 'tolong' tidokan sekali memang terbaik itu dua beranak.. Kali ni mmg aye nak update random post. Rasa lama dah tak buat random2 ni, selalunya spesifik kepada satu subjek ja.. pergh ayat kemain..

First aye nak cerita pasal 'pesanan' barang dari Malaysia.. Banyak kemain, sampai mak aye kena antar dua box besaaarrrrr la.. Barang2 yang aye pesan ni pun mmg barang penting, aye pesan barang untuk nak berpantang nanti. Aye suruh mak belikan set Confine Mum dari Leesa Formula sebab dok survey sana sini katanya set tu antara yang tebaik jugala. Kali ni aye determine nak berpantang 'betul-betul' punya. Nak makan jamu, jaga makan, berbengkung setiap masa, bertungku, dan segala yang ber- ber- lagila. Nak capai target turunkan badan macam zaman anak dare dedulu (^^). Yelah aye kan jauh dari family kenala jaga sendiri, nak harapkan sapa lagi sob sob.. Adala jugak aye suruh mak antar barang2 untuk baby macam bengkung, minyak yu yee, minyak telon, kanpe kat sini manala nak ada semua tu, omputih manala pakai. Hampa tau hubby aye tu pesan apa?? Bola takraw tahu.. hehehe aye pun tak taula bila masa nak main, tunggu summer la kot, main skarang ni mau ada yang 'freezing'.. kihkih

And kebanyakan barang yang berlambak 2 tu, barang2 untuk persediaan nak beraya.. amboi amboi puasa ganti pun baru habih sembang pasai raya thn ni dah. Aye pesan banyak jugakla macam stok2 makanan, ketupat Nona, kordial, kiub2 segera. Walaupun jauh beribu batu, akan aye beraya dalam suasana macam kat Malaysia jugak, and kali ni raya jatuh masa penghujung summer. Kita tgkla panaih dia mcamana kan, tapi okla dapat beraya dengan berbaju kurung bagai. Aye pun dah order set tudung bawal sulam terbaru, rasanyala, trend terbarukah di Malaysia? Tapi aye mmg suka pakai tudung bawal pun, tak kisahla. Pastu ada order set collagen dari Catalyst. Biasala kenala jaga penampilan lepas2 bersalin ni kan, nak dapatlan kulit mulus and cantik gak kan ,p

Keduanya aye nak cerita pasal persiapan sambutan birthday Amani yang ke-2 ni, kejap lagi kami nak ke rumah Yani (family baru dari Malaysia) nak bincang2 pasal hal ni. Kebetulan nama anak diorang pun sama  iaitu NorIman Amani. Kami panggil Amani Jr. hehe Kebetulan lagi birthday pun jatuh pada bulan yang sama dah tarikh dekat sangat. Amani aye  17 Mac 2009, Amani Jr 18 Mac 2010. Kiranya kami buat double celebration. Amani yang ke-2 and Amani Jr yang pertama. Kami dah sepakat nak buat majlis tu on 17th oif March, jimat pun jimat plus kami pun nak panggil orang yang sama jugak. Berapa kerat je Malaysian kat sini baikla kami celebrate sama2. Satgi nak pi bincang nak masak apa, nak panggil sapa, theme, perancangan majlis. Amboi kemain lagi mcam nak sambut raya ja (--"). Aye dah beli hadiah untuk my Amani, tapi takkan direvealkan dulu. Sabaarrrr nanti aye akan update pasal sambutan birthday yang besar2an tu kihkih Okayla pees tu je kot nak ceghita, nak pi survey hadiah nak beli kat Amani Jr ni.. Keep on updating! (^^)

No comments:

Post a Comment