Salam
Tudiaaa aih..dah masuk 22hb baru nak cerita pasal hal birthday yang minggu lepas punya.. Takpala kita masih di bulan Februari kan, kiranya tak lambatla sangat kan nak berceqita kat sini.. (mood baca dalam bahasa kedah naa.. selama ni dok mix bahasa english ngan melayu ja lani kita layan bahasa jiwa bangsa saya) Tanggal 16hb Februari 1984, lahirla seorang puteri (puteri ka??) bertempat di Kampung Sungai Baru, Aloq Setaq, Kedah. Saya tak lahir kat hospital macam hampa semua.. Saya lahir kat sebuah rumah papan beratap zink, di malam maulidur rasul (kalau saya tak silap la, ni pun mak saya yang ceqita). Mak saya ceqita, dia dah tak tahan nak terberanak dah, tu yang tak sempat nak pi hospital, mgkin sbb tu saya ni jenih yang tak boleh tunggu lama.. Tunggu lama sikit mula la panaih telinga.. hehe Saya disambut oleh bidan merangkap nurse kampung..
Alhamdulillah mak kata sepanjang dia besarkan saya, saya ni jenih tak banyak songeh.. Cuma degil sangat ja.. (biasala ada 2 pusaran).. Kiranya macam takla susah sangat nak besarkan saya sebab saya ni jenih ikut ja cakap mak ayah..kihkih puji diri sendiri (^^) Alhamdulillah saya dibesarkan dalam suasana yang sederhana, tak kaya takla miskin sangat... Biasa2 saja, dan saya pun sebenarnya bersyukur sebab saya tak dibesarkan dalam suasana yang mewah sebab saya kena berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang saya nak. Kalau dalam hal pelajaran semua tu mak ayah saya akan cuba berikan yang terbaik. Ayah memang seorang yang tegas dalam pelajaran, bayangkan sampai masa nak masuk universiti pun dia yang pilih kos apa yang saya patut ambik, dia siap buat research lagi pasai kos yang saya amik tu.. Tapi saya sedih sangat sebab saya konvo tanpa kehadiran dia, dia pergi menghadap ilahi masa saya di tahun akhir universiti.. Masa konvo hati ni rasa sayu ja bila kenangkan orang yang bersusah payah membesarkan saya dan sediakan segalanya untuk pelajaran saya tak sempat meraikan kejayaan saya dapat segulung ijazah.
Lepaih dah dapat ijazah, saya kerja sat kat Jabatan Perangkaan dan masa tula jumpa dengan jodoh saya hikhik Mohamad Salihin Abdul Wahab. Lepaih dah lama sangat dok tunggu kerja gomen, (sebab saya dapat biasiswa JPA) dan dok interview ja tapi depa tak panggil2 kerja, saya pun ambik keputusan nak sambung master kat USM. Dan tak lama tu, saya ditawarkan rlka/slab , biasiswa untuk jadi pensyarah kat USM. Alhamdulillah.. Pastu tak lama lepaih tu saya amik keputusan nak kahwin dengan pilihan hati saya... Tak lama lepaih tu saya disahkan mengandung dan lahirkan seorang baby perempuan yang comel bernama Siti Khadijah Amani pada 17 Mac 2010. Elok ja lepaih habih pantang, saya pun dipanggil viva dan alhamdulillah saya lulus dan saya kena sambung PhD pulak. Lepas 3 bulan saya konvo untuk master, saya terbang ke Waterloo untuk sambung pelajaran saya di peringkat Phd pulak.. Sebulan lepaih menetap kat sini, saya disahkan mengandung kali kedua, dan skarang ni kandungan saya dah nak masuk 6 bulan dan insyaallah dijangka saya akan bersalin bulan 6 ni.. Jadi inilah rentetan hidup saya sepanjang 28 tahun ni.. Alhamdulillah ALLAH kurniakan rezeki yang melimpah ruah, walaupun kerap kali juga dugaan datang tapi ALLAH bagi saya kekuatan untuk tempuhi semua ini dengan tenangnya.. Terima kasih pasa yang ucap birthday kat saya.. Doakan yang terbaik untuk saya.. Walaupun 28 nampak macam dah tua tapi saya still maintain awet muda lagi hahaha (^^) .. Teruskan membaca blog saya ni naaa...
No comments:
Post a Comment