Salam... rasanya tak lambat lagi kot nak wish selamat tahun baru kat semua org since kita msh di awal mg tahun baru.. masih baru melangkah kaki masuk ke tahun 2011.. montot masih terasa kehangatan tahun 2010.. tahun yang banyak meninggalkan banyak memoir suka dan duka yang pastinya tetap akan dikenang.. Recap sekejap sepanjang tahun lepas ape yang telah berlaku....
Januari
Masa ni kandungan masuk bulan yang ke -7.. ke hulu hilir membawa perot yang kian memboyot.. perasaan masa ni tentunya tak sabaq nak menimang baby sendiri... masa ni labwork untuk master project dah siap.. dok pulun siapkan writing before deliver.. siap amik coti dah, kadang2 je masuk lab (wah ingatan i masih baik.. sukenya! )
Februari
I am 26 this year.. celebrate my birthday ngan fam yang tercenta.. Masa ni kandungan dah masuk bulan ke 8.. perot dah boleh buat meja (bayangkan betapa besarnye i huhu) gain almost ~20kilos.. ramai yang dah tak kenal i taw.. sedeh!
Mac
Bulan kegembiraan... menerima kedatangan baby girl. I bersalin secara cesarean sebb mengalami kesulitan di saat2 akhir nak bersalin.. takpelah aslkan baby and I selamat, I redho! Siti Khadijah Amani menambah kegembiraan dalam rumahtangga kami berdua.. amin
April
Dalam temph berpantang.. Mencabar betolla.. Bulan ni baru i terperasan yang i kena hantar 10 copies draft thesis before 30 april.. dalam pantang2 kena buat correction thesis plus print out 10 copies draft thesis plus hantar binding.. huhu seb bek dah hujung2 pantang redah jugak hantar binding.. Hubby lak kena g kursus.. Nasib baikla abg i baik hati nak antar pegi USM.. siap bwk baby yang masih lagi pink2.. huuhu Dah hantar tuh fuhh lega.. tinggal satu stage lagi before boleh dapat title Master in Science
Mei
Bulan ni me and hubby sambut our first anniversary.. baby tinggal kat umah kami dinner kat luar.. wpun tempoh pantang dah tamat still kena jaga makan.. Bestnye.. romantik gitu.. tapi makanan tak best kat restoren tu.. spoil betol.. scene dah romantikus tapi makanan hampes..
Jun
Memulakan tugas sebagai seorang Research Officer kat USM.. DR. Yahya suruh i sambung dengan dia.. sambung projek i yang dulu... Bila lama bercuti ni agak 'liat' sikit nak buat keje.. hehheehe
Julai
VIVA! hari yang sgt ditunggu2.. cuak, senak pewot, sakit kpala, nak muntah semua ada.. tapi berjaya control semua tu.. buat lawak bodo ngan kawan2 untuk hilangkan nerves.. AKHIRNYA! I berjaya lalui viva dengan jayanya.. alhamdulillah kena buat minor correction ja, panel bagi tempoh masa 6 bulan untuk antar thesis.. (dr yahya kata sbb i ada anak kecik sbb tu bg lama sikit kalau tak dorang suh antar by 3 bulan ja.. thanx dr!).. macam tak percaya i dah successfully completed my master degree.. aminnn
Ogos
Awal2 kedatangan Ramadhan kena berbuka dan bekerja kat USM.. sebabnye terpaksa tunggu hubby habis jadik imam untuk solat terawikh.. nasib baik seminggu je.. owh sangat takda life okay! mandi kat toilet lab, berbuka di KFC, Kenny Rogers, McD.. Kesian ooo dahla terpaksa berbuka sorang2 pastu stay back kat lab pun sorang2 sampai pukul 10mlm huhu (hubby i berbuka dengan jemaahnye.. malula nak join skali huhu). Nak ronda2 beli persiapan raya, malu kott, baru seminggu posa dah sebok nak beraya.. huhu jadik dok diam2 dalam lab wat keje.. rajin kan i ,p
September
First time berhari raya dengan baby.. lengkap rasanya hidup ni.. banyak persiapan tentulah untuk si kecik.. sbb i tak dapat lagi shape yang diidamkan.. beli baju kurung kaler itam je nak bagi nampak refleks kurus heheh boleh gitu! tapi hubby nak buat theme kaler kuning cair.. jadik last2 minit race g kedai beli baju jubah kaler kuning (mmg last minit punya persiapan sbb beli tu betul2 malam raya and kedai pun dah nak close dah hehehe.. )
Oktober
Kakak Jia (anak sedara hubby) konvo bulan ni kat UPM, serdang.. bawa amani jalan2 g putrajaya.. Berjaya siapkan correction thesis dan hantar ke IPS.. alhamdulillah dah settle and dapat konvo bulan mac tahun depan
November
Ramai member2 and sedara mara kawen.. so kebanyakan hujung minggu pada bulan ni attend kenduri kawen ja.. hujung bulan ni kami pegi ke terengganu untuk attend convocation faiz (anak sedara hubby).. best dapat berjalan2 sekitar terengganu..
Disember
Bulan paling banyak coti2 malaysia.. i kena attend conference kat bandung.. terpaksa tinggalkan anak n hubby, bawak adik temankan i.. bandung mmg superb la! nanti kalau de rezki lebih nak pegi lagi.. pastu teros sambung cuti balik kampung ke Johor.. kat Johor kami jalan2 g melaka.. g mahkota parade, boat riding, pastu makan kat Umbai ... OTW nak balik ke kedah kami singgah kat kl. Tido kat putrajaya and esoknya shopping kat sogo.. lunch kami pekena sate kajang.. sedaps weh.. penghujung disember kami pegi ke 'kebun binatang' kat taiping... entertain amani bawak tgk haiwan.. seronok je dia..
No comments:
Post a Comment