Saturday, February 8, 2014

{Random thought}: Berhias diri di rumah

Salam,

Sekarang jam hampir pukul 4.35 petang waktu Kanada. Masih di lab menghabiskan sisa2 kerja. Kalau kat rumah memang tak jadi apa, dengan budak kecik jantung hati dua orang tu, kena layan setiap masa. Nak cerita pasal malam semalam {ke kelmarin eh takpala hentam jala}, aye bangun pukul 5 pagi sebab nak bangun sembahyang Isya' sebab tertidur {kat sini Subuh masuk pukul 6.15pagi}. Keletihan melayan Amru yang cranky sepanjang malam. Asyik nak 'melekat' dengan aye. Penat. Masuk bilik air, pastu tengok diri sendiri di cermin. MasyaAllah serabut dan kusutnya. Dengan rambut dan baju yang kusut. Bersihkan diri, sembahyang Isya'. Tak sempat nak sambung sembahyang malam. Amru merengek lagi. Kali ini dengan kakak nya join nangis. Serabut. Aye tidurkan diorang tapi tiba2 mata ni terkebil2 dan otak ligat berdialog dalaman. "Aku kat rumah ni serabut ja manjang, sepatutnya perlu berhias cantik2 untuk suami tapi dengan keadaan anak2, dengan study, diri sendiri tak sempat jaga. Sedih tengok diri sendiri. Harap2 suami tak kisahla"

Siapa ada masalah yang sama macam aye? Angkat tangan. Uihhh ramai hehe..  

Bukan apa, aye terfikir, kenapa wujudnya stigma masyarakat {uih ayat sopestikated gitu} yang mengatakan isteri kat rumah bukan main serabut tapi kalau keluar kemain cantik, patutnya kenala berhias untuk suami di rumah etc.. etc..etc.. Ya memang betul, aye tak nafikan memang dekat rumahla {I mean dekat suami} kita dapat kutip pahala banyak2. Tapi janganla harapkan penampilan si isteri ni macam model setiap masa {tapi takdala buruk setiap masa}. Dapat pakai baju kelawar dengan bedak {baby} pun dah untung tahu (^^)

Kadang2, baru nak mandi, anak pulak poo poo, siapa orang pertama akan angkat anak pergi bersihkan? Mandi baru 2 minit, anak menjerit nak makan {walaupun dia tahu ayahnya ada}. Mandi laju2, sabun pun sekadar perlu, nak shampoo tunggu hujung minggu. Baju, ambik yang mana dan {sempat}. Color blocking kat rumah, selalu dah. Kadang2 tak sedar terambik baju suami haha Bedak pun pakai anak punya {cuba jugak tu nak berhias ,p}. Siap. Sediakan makan minum. Anak senang hati kita apatah lagi. Buat aktiviti dengan anak. Selesaikan kerja2 rumah, kerja sekolah. Sedar tak sedar dah malam. Tambah2 dengan organize junkie macam aye ni, pantang nampak rumah berserabut, mulala hati pun cepat serabut haha Keadaan akan menjadi parah lagi kalau ada assignment nak kena hantar atau ada deadline kerja, bertambah kusut dan serabut tu. Jadi, bila masanya nak berhias? Jeng.. jeng..jeng..

Kalau nak keluar jalan ke mana2 pulak, masa nila isteri2 ada SEDIKIT masa nak siapkan diri {tapi selalunya semuanya buat laju2 la kan}. Yelah takkan nak keluar 'ter'pakai baju suami, baju kelawar? Kan dah tak tutup aurat tu. Perlula pakai pakaian yang sesuai, menutup aurat sudah semestinya. Keluar tu pakaila bedak {baby} lebih sikit je. Letakla secalit lip gloss/lipstik {yang dah tinggal separuh sebab anak main conteng rumah haisshhh}. Pakai tudung tutup rambut yang kusut tu. Mungkin dah nampak cantik SIKIT ja dari duduk kat rumah kan. Sebab tula suami nampak isterinya LAIN sikit berbanding kat rumah. 

Alasan. 

Sebenarnya maksud aye disini. Kadang2 atau selalunya ibu2 ni tak sempat nak berhias. Bukan dia tak mahu. Memang aye tak nafikan ada ja isteri/ibu yang pandai curi masa nak berhias untuk suami. Ada. Well done untuk depa. Tapi mungkin situasi dia tak sama dengan kita {I mean yang tak sempat berhias ni}. Mungkin anaknya senang diurus, beza dengan anak yang agak cranky. Mungkin suaminya ringan tulang bantu kerja rumah, mungkin ada yang sebaliknya. 

Kesimpulannya, don't judge people.. don't judge.. Setiap orang adalah unik dan punya masalah dan situasi yang berbeza {even our thumb is unique okay, eh tetiba genetic pulak}. Janganla ringan mulut kata suami si toot.. toot cari lain sebab tak pandai berhias la etc. Mungkin si isteri tu dah cuba yang terbaik tapi manusia kan tak pernah sempurna. Sebab tu dalam Islam sendiri dah mengingatkan yang backbiting is haram! Ingat ya.. Semua ni adalah random thought aye. Takda kena mengena dengan sesiapa melainkan diri sendiri. Sesiapa in the same boat, sepp sikit (^_____________ ^)

** bila dalam sehari kita berhias special sikitla kan, mesti suami akan kata nak keluar pergi mana pulak ni? Eh berhias untuk dia pun tak boleh beza dah hehehe macam macam.. 

2 comments:

  1. Tu la kan min,aku pun Kdg2 mcm tu la..dlm hati mmg la nak berhias bg jd org plng cantik n wangi setiap masa..tp.....huhu

    ReplyDelete
  2. kannn.... EJ.. hehe sep sikit, tulah, teringin jugak nak cecantik kan, bila ada masa terluang tu rasanya semua org dah tido, termasukla ayahnya haha

    ReplyDelete