Wednesday, February 5, 2014

{Organizing Project}: Memaksimumkan penggunaan ruang dapur yang kecil

Salam,

Sejak dua menjak ni rajin pulak update blog kan. Maklumla tengah bersemangat ni. (^^) {harap2 bertahanla}. Hari sabtu yang lepas, memang tak dapat keluar kemana2. Flurries turun semalaman sampai ~10-15cm. Susah nak commute kemana2 bila salji dah menebal ni. Kalau nak keluar kena shovel parking kereta dulula, kena siapkan anak2 pakaikan winter coat etc.. Jadinya sepagi aye godak2 kemas dapur yang berselerak dan tak tersusun tu. Untuk pengetahuan semua, dapur aye ni kecik ja. Tapi mencukupi untuk kami sekeluarga. Sebab ruang yang ada sekarang ni memang kecil, jadinya aye terpaksa memaksimumkan penggunaan setiap ruang yang ada. Jadinya kerja2 menyusun adalah seperti berikut {ayat buku betul ,p}



1. Keluarkan barang2 yang ada dalam KC.
2. Stok2 dari KC aye longgokkan atas meja, senang nak menyusun dan asing2kan ikut kategori
3. Dah kosong KC, bersihkan dengan kain basah.
4. Susun setiap barang ikut kategori.

Begitula yang aye buat untuk setiap KC yang ada kat dapur ni. In total adala dalam 4 unit KC ja {atas dan bawah}. Kecil ja. Sebab tu aye kena maksimumkan setiap ruang yang ada. Sebelum ni main campak2 ja huhu {sebab tu susah nak cari barang}. Secara keseluruhannya, inila 4 unit KC yang aye ada:

KC Bahagian Atas



KC Bahagian Bawah






Disebabkan KC unit yang tak banyak ni, aye pening kepala pikir macamana nak letakkan dan susun barang2 ikut kategori. Sebelum ni memang main campak2 ja. Kadang2 bila nak membeli dan nak buat stock, tak dapat check barang2 tu dah ada ka belum, sebab tu aye keraskan hati nak susun ikut kategori, lagipun senang sikit nak check barang2 yang dah habis kan. Walaupun takdala sekemas dan tersusun sangat, tapi bagi aye ini dah buat aye senang hati.. hehe Next project is labeling dan susun dalam drawer yang berterabur tu. Sebelum tu jom kita tengok sebelum dan selepas kerja2 penyusunan ni dibuat. 




Okay, till then peeps

2 comments:

  1. waaa....sukanya tgkkk...dah kemas dan tersusun pun...senang nak guna pas ni kan...errr ameklaa gambar snow..nk tgk..eheh tetibe ;)

    ReplyDelete
  2. thanks fizah, tulah nampakla kemas dan tersusun sikit kan, sebelum ni huru hara hehe insyaallah kalau berkesempatan min akan upload k, mula2 turun tu mmgla excited tapi bila dah lama sangat ni, tak sabar nak tunggu spring ..

    ReplyDelete