Aye pun tak tau apa dah jadi ngan entri yang lepas… Kenapa tah tak keluar entri dia.. yang terpampang hanyalah title saja.. huhu (_ _”) Takpala untuk entri kali ni dan akan datang kebanyakannya aye akan cerita pasal persiapan aye nak ke Canada.. bukan poyo tapi nak share serba sedikit info sbb aye pun sebelum ni dok cari gak orang buat blog pasal preparation nak ke canada..Apa nak buat, doc apa yang nak kena prepare, barang apa nak kena bawak… tapi harammmm takde pun yang buat mungkin ada tapi kebanyakan nak melancong la, nak ke UK so aye sediakan entri ni khas untuk kome2 yang bakal atau nak sambung belajar ke Canada khasnya… Jom cekedout apa yang kena prepare dan ape yang aye dah settle…
1) Passport –Aye satu family buat 5thn yelah nak dok sana 4thn kan, kami buat kat Pej Imegresen Sungai Petani (ala kat Wisma Keladi tu) Payment: adult: rm300 infant/children: rm150 - settle!
2) *Surat perjanjian – yang ni optional, untuk mereka2 yang dapat SLAB/SLAI/ASTS SAHAJA.. kena settle kan surat perjanjian 2mg dari tarikh yang tercatat kat surat twrn.. banyak gak prosedur, kena buat medical checkup kat gov hospital (free)-settle! , stamping (rm10 setiap salinan), saksi…
3) Visa Application Form- yang ni boleh didownload kat website atau mintak kat Embassy Canada (banyak nak kena isi siap kena detail)
4) Visa Medical Clearance- untuk visa ke Canada ada designated clinic ja tau, macam kat Penang aye pilih Oh Medical Clinic kat Jalan Burmah, Penang Payment: RM560 (after submit VISA application form)
5) Declaration Form- kepada sesapa yang nak ke overseas kena ada form ni untuk mengesahkan kita tak buat sebarang jenayah kat Malaysia, pastu kena angkat sumpah and sign pesuruhjaya sumpah payment: rm4 sehelai- settle!
6) Good Conduct Certificate: Yang ni kena apply on9 kat website Kementerian Luar Negeri pastu bwk passport+ declaration form + good conduct certificate ni kat wisma putra (Boleh siap sehari)
Buat masa ni, doc2 seperti kat atas nila yang paling penting.. Yang lain2 akan aye update kan kemudian sbb banyak lagi kot hal yang perlu disettle kan..
No comments:
Post a Comment