Thursday, March 10, 2011

Kanda dinda ver Min


 LIRIK LAGU KANDA DINDA
by atilia & monolog (u/suai sikit ver Min)

P) Oh Kekanda jangan irihati,
Dinda sambung belajar lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki,
malah Kanda support bini..

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin habiskan PhD dulu,
(L) Tapi Kanda mahu tambah cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Oh Adinda, jangan study jauh,
study dalam negara saja
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu tambah ilmu,
cari pengalaman

 
(L) Kanda kerja tetap, susah ambik cuti,
(P) Ambik cuti tanpa gaji saja
(L) Tapi nanti Kanda tak dapat gaji
(P) Jangan risau nanti USM taja
(L) Nanti nak buat apa?
(P) Kanda jaga anak,
(L) Kena jaga berapa lama?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

pssst: OOhhhh I heart this songs..=), cuba tgk nyanyi macam biasa, masuk dak lirik yang aye  buat tu hehehe..

1 comment: