badan rasa sengal2, penat, lotih.. aishh kanpe pegi keje jem, balik keje jem aishh... berulang alik dari sp-penang hanya makan masa dalam ~45 min kalau tak jem terukla.. kalau jem teruk maunya tersangkut kat dalam keta ~2jam.. huhuhu tersangatla letih.. nasib bekla ada hubby bolehla bersembang2 gak.. kdg2 kesian jgk kat dia, drive dalam keadaan jem mmgla sgt meletihkan.. jadi masa ni la belaian seorang isteri diperlukan.. ada hikmahnya jugak jem ni.. dapat bermanja2an dalam kete hehehe...sambil2 picit and urut badan hubby kami bersembang2..
"ayah, pasni ibu nak pegi spa la.. pegi mengurut.. badan rasa tak sedapla... tapi ayah jangan pegi umah urut lak.. mai ibu je urut ayah hehehe... "
" boleh ja kalau nak pi tapi jangan amalkan selalu.. nanti badan jadi manja.. asyik nak kena ngurut ja.. hrmm teringatla satu kisah....."
pastu hubby pun mula bercerita tentang satu kisah ni.. tentang kisah Abu Dharda' dan Salman Al- Farisi. Mereka telah disaudarakan oleh Rasulullah s.a.w... pada satu hari Salman Al- Farisi berkunjung ke rumah Abu Dharda' dan berlaku beberapa peristiwa:
Peristiwa 1:
Apabila Salman Al- Farisi berkunjung ke rumah Abu Dharda', dia mendapati isteri Abu Dharda' ni berada dalam keadaan yang kusut masai.. sedangkan isteri sahabat2 Rasulullah s.a.w yang lain kalau ada di rumah mereka akan berhias dan berdandan cantik2 untuk suami msg2...maka bertanyala Salman Al- Farisi ini kepada isteri Abu Dharda' kenapa dia tak berhias dan berdandan cantik2 untuk suaminya.. maka isteri Abu Dharda' ni pun menjawab " suamiku sangat kuat mengerjakan ibadat sunat.... jadi apalah gunanya aku berhias dan berdandan cantik2 jika suamiku tak pandang pun ke arahku.. "
Peristiwa 2:
Peristiwa 2:
Sedang Salman Al-Farisi ini mendengar keluhan isteri Abu Dharda', pulanglah Abu Dharda' dari masjid sambil membawa makanan.. kemudian Abu Dharda' ni pun menghidangkan makanan kepada saudaranya itu sebagai tanda meraikan tetamu.. tapi apabila Salman Al-Farisi mengajak Abu Dharda' makan bersama2, Abu Dharda' menolak pelawaan dan berkata "sesungguhnya aku sedang berpuasa" ...
Peristiwa 3
Pada malam itu, Salman Al-Farisi menumpang tidur di rumah Abu Dharda'... Tepat jam 2 pagi, Abu Dharda' sudah bangun dan bersiap sedia untuk bersembahyang malam.. tapi Salman Al- Farisi menegur saudaranya itu dan menyuruh dia tidur kembali dan berkata " badan kamu pun memerlukan rehat"...
pada pukul 4 pagi, Salman Al-Farisi dan Abu Dharda' sama2 mengerjakan sembahyang sunat malam kemudian tazkirah pertama yang diberikan oleh Salman Al-Farisi pada pagi itu adalah berdasarkan peristiwa2 yang berlaku di rumah Abu Dharda'... Beliau menasihati saudaranya itu supaya sentiasa ingat ibadat yang terbaik adalah ibadat yang dilakukan sedikit tapi berterusan.. sesungguhnya badan pun perlukan rehat dan jangan lupa apa yang dipertanggungjawabkan kepd kita.. contohnya tanggungjawab terhadap isteri tidak boleh diabaikan.. (dipetik dari ceramah yang didengar oleh my hubby)
jadi apa motifnya this story... hehehe saja nak bagitau yang badan kita ni perlukan rehat jugak and nakla berkongsi cerita yang boleh dijadikan pedoman untuk kita.. nak buat apa2 pun kenala ada batasannya.. bayangkan kita guna bdan kita ni 24-7 untuk buat mcm2 aktiviti.. jadi skali skala, our body need a break.. dia dah berkerja keras untuk kita jadi sekali skala kenala manjakan dia.. antara tips nak restkan badan...
1) tido kena cukup dan berkualiti
2) urut2 manje - kalau suami tu biarlah isteri yang urutkan selain dapat hilangkan letih dpat mengeratkan hubungan kan..
3) detoxify- boleh guna banyak method (pakai pelekat ka, makan suplemen ka, minum herbal drink, makan ulam2ulaman).. its proven yang bila waste/toxic yang banyak dalam badan kita dikeluarkan, bdn akan jadik segar and sihat.. 4)take a holiday/ vacation
bestnya dapat rest camni hehehe |
No comments:
Post a Comment