Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

{Repurpose Idea}: Kek tak jadi

Salam,

Pernah tak buat kek, pastu kek tak berapa jadi. Kek tak naik, kek keras atau terleka jap pastu kek slightly burnt. Selalunya apa hampa buat? Takkan nak buang, makanla jugak sambil-meleleh-air-mata-kan hehe okay a bit drama disitu. Frust sebab kek tak jadi? Fret not, harini aye nak share pasal repurpose idea untuk kek yang tak menjadi ni. Ada banyak idea sebenarnya macamana nak reuse kek yang tak jadi ni. Salah satunya tukarkan kek tu ke pop cake. Sekarang quite popular this pop cake {ala2 pop candy}, tambahan pulak ramai suka especially kids. Okay what do we need to transform the cake from zero to hero aceh (^.^)



1) The zero cake - kek yang tak jadi {cake a bit hard, *ehem* I meant to do that (-.-")}



2) Pop cake decorating kit 

OR

Kalau takdak kit ni just guna bahan2 seperti gambar kat bawah ni:



** choc bar tu akan dicairkan, sprinkles sebagai hiasan, and candy sticks untuk cucuk pop cake tu nanti {guna lidi sate pun boleh}



3) Philadelphia cream cheese

Cara-cara:


1- Crumble the cake and mix with cream cheese {mix until boleh kepal2}
2- Kepal2 adunan macam buat meatball
3- Cucuk candy sticks {tips: dip sedikit choc cair dan cucuk} dan masukkan ke dalam fridge selama 10 minit
4- Celup ke dalam choc cair dan hiaskan dengan sprinkles.


HASILNYA...



Selamat mencuba!

Thursday, October 4, 2012

Molten Choc Lava Cake

Salam

Bersawang benor blog ni, sbb banyak sangat entri tertangguh.. (Banyak betol dalam draft).. Ehem apa kata aye serikan blog ni dengan manisan.. Acewah.. Dengan harapan nak 'gula2kan' semula blog yang dah hilang kemanisannya ni. Haritu aye adala pegi gathering sempena nak sambut kedatangan 'pengantin baru' ke Kanada ni. Dok berpikir lama apela nak dibawak untuk pot luck. Jengok2 dalam fridge, ada dark choc bar, telur, butter, instant choc cake.. Then wallah.. godek2 dalam my resepi maka terjadilah kek yang sumpah-senang-nak buat-sedap-yang- amat pulak tu.. Maka terhasilla jeng jeng



MOLTEN LAVA CHOC CAKE


Okay nama nak hebat kan, tapi sebenarnya senang je nak buat ni, you can enjoy this cake less than 30min termasuk preparation and baking this cake. Okay cara nak buat in my version lebih kurang mcm ni. 

Bahan-bahan
250g - dark choc/ semi-sweet choc 
6tbsp- butter
3biji telur
1/2 gula halus
3/4 instant choc cake flour

Hiasan
Strawberry
Vanilla Ice cream
Icing sugar

cara buat:
1- Campurkan dark choc n butter- cairkan guna microwave (approx: 1 and half min) atau guna cara double boil- aye guna mwave je, cepat n mudah 
2- Campur telur dan gula and pukul sampai sebati.
3- Campur choc yang dah cair tadi ke dalam 2 dan guna whisk untuk gaul kedua2 bahan
4- Masukkan instant choc cake flour dan  gaul sebati bahan2 tersebut
5- Masukkan ke dalam remekin atau muffin cup, kemudian sejukkan di dalam freezer selama 5min dan bakar pada suhu 180c selama 10min.( pre-heat oven dulu)
6- **Pastikan bake the cake less than 10min untuk dapatkan hasil lava itu ye.. 
7-  serve masa warm- baru ada letupan lava kebabom tu.. Nak makan ngan vanilla ice cream pun sodap..

Okay anak dah melalak nangis tu.. Nantikan update dari aye insyaallah.. k Bye selamat mencuba












Sunday, February 26, 2012

Hari rajin sedunia.. =)

Salam,

What a perfect time to enjoy 'laksa' petang2 camgini sambil menikmati snow yang turun.. Rumah dah kemas, anak dah tido, husband keluar beli groceries, solat zohor dah... Its time to chillex after spending hours at the kitchen made my very first laksa.. Ingat kat sini takdak mee laksa, dapatla aye hilangkan ngidam nak makan laksa walaupun dok jauh di perantauan. pasni dah berpantang mmg susah la, kena pantang laksa kurang2 dua thn atau dapat anak ke-3 pulak, isk not so soon kot (^^). Hari ni memang hari rajin sedunia bagi aye.. kalau tak jangan harapla nak tong tang tong tang kat dapur nun bermula dari breakfast sampai la ke lunch. 

Lepas sembahyang subuh pagi tadi, aye terpikir, nak buat apala untuk santap pagi2 ni, terpikir nak buat nasik lemak.. hrmm bukak rice cooker tgk nasi semalam banyak lagi, ayam rendang pun banyak lagi.. Pikir punya pikir, aye rancang nak buat pancake yang very the easy one.. Godek2 kat my resepi adala resepi pancake yang mmg mudah sangat.. Kalau nak try kat bawah ni, aye tunjukkan resepinya .... 

Resepi pancake yang mudah giler..

1 cawan tepung gandum
1 sk serbuk bikarbonat
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sb margarine
3 sb gula
sedikit garam

Hiasan: chocolate syrup, strawberry

Cara membuatnya:
1) Campurkan tepung & sebuk bikarbonat.
2) Asingkan telur putih dan kuning, pukul telur putih sampai kembang (nak guna whisk ke sudu ka asalkan dia kembang) dan campurkan telur kuning & susu segar & gula.
3) Kemudian campurkan margarine (yang telah dicairkan) dan campuran 2 ke dalam 1. Gaul sebati
4) Panaskan pan (api sederhana) dah masukkan satu senduk campuran pancake ke atas pan, bila dah tgk ada gelembung2 udara kat atas pan tu kaupkan ke bahagian yang satu lagi pulak..

Dan hasilnyaa tarrrraaa....





 


Pastu tengahari tadi teringin nak makan laksa pulak, aye godek2 fridge cari bahan2 nak buat laksa, nasib baikla ada kecuali bunga kantan. Kat sini takdak jual, takpela tak cukup satu bahan ja janji aye nak makan laksa ala2 perantauan ni.. Kebetulan ada ja stok mee laksa dan ikan.. So bermula dari pagi tadi aye buat aktiviti masak laksa. Esok bolehla jamu geng2 malaysia.. hehe Nak resepi jugak ka? hrmm korang google je, aye punya resepi ni tak lengkap sebab tak cukup bahan.. Pakai ja apa yang ada, tapi rasanya tetap malatop! (^^).. Layan gambar jala noh.. 






p/s: tadi dok sakan 'bertukang' kat dapur aye mcm rasa kejang kat perut, mgkin Braxton hicks kot- false contraction, erm baru nak masuk 6 bulan kottt.. harap2 aye bersalin pada waktunya.. Doakan aye and kandungan selamat ya


Thursday, December 9, 2010

Strawberry Triffle

tadi dok godek2 gambar dlam folder my picture.. so terjumpakla gambar trifle yang buat aritu.. sedap sgt and senang ja nak buat.. sesuwai dihidang time ada fam gathering, birth party, tapi yang small2 nye gathering okeh kot.. nak wat kenduri kawen hrmmm tak sesuwai kot.. untuk hidang kat meja beradap ke sesuwaila.. sebagai pemanis mulut.. erm yummiee! jomla cuba buat ni.. senang ja..

Bhn2:

1 kek swiss roll
1 kotak kristal jelly perisa strawberry (i guna cap NONA)
1 tin fruit cocktail
2 tbp tpg kastard
3 tbp gula
3 cwn susu segar/ susu cair

cara2

1) campurkan tepung kastard, gula dan susu segar dan masak shg menggelegak dan pekat, pastu angkat dan biarkan sejuk (*pastikan jgn berketul, kalau berketul2 tambah susu sedikit2.. adjustla kepekatan dia tu sendirik ye)
2) potong kek swiss roll dan susun ke dalam bekas (*kalau nak nampak cantek tu masukkan kat dalam bekas kaca, baru leh nampak full lenght triffle tu)
3) ambil sedikit jus buah cocktail dan sprinkle sikit2 atas kek tadi
4) tuangkan kastard tadi ke atas kekshg rata
5) kemudian taburkan buah dalam cocktail tersebut ke atas kastard
6) bancuh kristal jeli dan tuangkan ke atas buah tadi
7) masukkan dalam peti sejuk




nampak dak 3 layered itu.. wah sooo tempting!


Add caption

Tuesday, December 7, 2010

Lychee NAta SmOOthies

lama kan tak update pasal resepi so kali ni nak share pasal resepi ni dicedok dari blog my fren- HAWA beliaw tersangatla rajin masak2 nih.. lama dah buat ni.. saja memalam ni rajin terlebih nak boh this resepi.. mmg sedapla sampai menjilat gelas.. sgt sesuai diminum masa panas2 manja.. kalau sejuk banget tak sesuai kot.. nanti menggeletarq bdn bila minum..

Bahan2:
  • laici dalam tin
  • 250 ml susu segar (i guna HL vanilla)
  • 100 ml susu cair
  • 1 1/2 tsb susu pekat manis
  • 200 ml jus laici dalam tin
  • icu cube (ikut suka nak letak berapa)
Cara2 nak buat:

senang je.. blender semua skali dan hasilnye seperti di bwh ni






Tuesday, September 28, 2010

Resipi Oreo Cheesecake

Masa raya yang lepas banyak betol permintaan suruh sy bake cheesecake.. depa dah jatoh cinta ngan my cake hehe.. and this recipe pun dedicated to one of my frens yang nak belajar buat cheesecake.. tak ingat dari mana i copy this recipe tapi mmg menjadila.. so enjoy and try it at home k!

Bahan-bahan ( 18cm )
  • 250g cream cheese
  • 200g sour cream/plain yogurt
  • 30g butter
  • *40g gula halus
  • *20g susu pekat manis
  • *20g madu
  • 2 biji telur kuning
  • 1 biji telur
  • 100ml fresh cream
  • 50ml fresh milk
  • 25g corn starch
  • 1/2 biji lemon jus
  • 1/2 biji kulit lemon
  • 10 titik vanila oil

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik.
  2. Letak cookies padat-padat ke dalam loyang.(untuk cookies gantikan dengan oreo ja cepat and pantas)
  3. Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk cream. Masukkan bahan yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.
  4. Masukkan sour cream. Mix sampai sebati.
  5. Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.
  6. Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.
  7. Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama 60 minit. Biarkan sejuk di dalam loyang. Tak perlu test dgn lidi sebab cheesecake memang lembik.. akan keras sendiri bila dah sejuk.
  8. Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.
Cara untuk buat base 
          
     1. Hancurkan oreo (satu paket besar) dan masukkan butter (masukkan sikit2) yang telah dicairkan ke dalam biskut oreo yang telah hancur.
     2. pastikan adunan tersebut dapat dikepal dan masukkan padat2 dalam loyang
     3. bakar adunan ini selama 10min.
      


nila lbh kurang cheesecake tu (ni first time buat sbb tu tak lawa sangat hehe).. sebagai hiasan bhagian atas layered dengan blueberry sedap rasanya!