Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Friday, October 5, 2012

One year already maaa..

Salam

Its been one year, to be exact 1 yr and 2 month I've been in Canada. Fuhh how time flies! Rasa mcm semalam ja aye dok sibuk2 nak packing barang nak migrate sementara ke Canada. Acewah. Hmm padahal dalam setahun ni banyaaaaakkkkkk benda dah berlaku. And most obvious dulu datang bertiga sekarang haa amik kau sekarang dah berempat **Hopefully it will remain 4 sekurang2nya sampai aye habis belaja kan kihkih .. Okla dalam setahun ni ape dah berubah lets check it out!

Fall 2011 - Amani pun tecik lagi masa ni alololo
Summer 2012 - Tambah sorang ahli Baby Amru



Dulu kemana2 naik bas uolls 


Sekarang ni alhamdulillah dah ada keta walaupun kecik je syukur
Dulu Hubby tak keja sbb masa tu kan aye dok ngandung la, pastu payah nak cari babysitter untuk Amani.. Sekarang alhamdulillah Hubby dah mula keja part time, bolehla tambah2 duit nak saving untuk balik Malaysia nanti Insyaallah. Alhamdulillah kehidupan family semakin stabil di sini tapi yang tak stabilnya dan masih pending is my study and research life wargghhhh.. Sedih je bila tgk kawan2 kat sini and yang sambung kat tmpt lain, their works are progressing.. Me? ermmm nak kata 20% pun payah sbb masih terkial2 mencari arah tuju research and masih struggle juggling between mommy's for my lil baby and 2yrs todd and Phd student. Its really hard tho, but I have to handle it anyway. 

Sedih, letih, frustrated and you name it, i felt everything. The negativity is surrounding me. But you know what, sesusah mana pun aye rasa dan hadapi, I can still smile, laugh at myself and even make silly jokes. Why? because I have ALLAH, HE knows what best for me, I'm not going to quit or give up easily. There is always a beautiful rainbow after a heavy storm. I believe in that. And you, yes you my loyal reader (kalau adala kan), don't dare to give up if you've been tested. Sesusah seteruk mana pun kita diuji masih ada insan lain yang lebih teruk diuji. Orang beriman pasti diujikan. Jadi banyakkan bersabar dan terus berusaha untuk capai kejayaan. Don't you dare to give up YAZMIN! Go Ibu, Go Ibu yeah yeah  =)

** nukilan ni sebenarnya untuk aye untuk fire up the spirit..  takda kena mengena dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia

 

Wednesday, February 29, 2012

Tolong bagi petua kat saya!

Salam,

It is almost 15 past 1 am, aye je malas nak tkr waktu jam kat blog ni. And si budak-merap-Amani dok kat sebelah aye ni dok melayan her favorite phonic songs.. Hrmm gitula dia dua tiga menjak ni, stay back teman aye gamaknya. Aye sekarang ni mmg busy dengan exam and assignment. Pagi tadi dah submit 1 paper, and I have another mooorreeee to submit. Amani punya sleeping time mmg dah change obviously sebab dia mcm dah ikut gaya ibunya tidur. Aye sekarang ni mmg tidur 2-3 pagi sebab nak men'study' kan diri, tapi sebenarnya takla boleh concentrate sangat pun sebab ada orang 'tolong' kan.. huarghhh sob sob (T_ T) Ada tak sapa2 yang ada petua camana nak bagi anak tidur awal? Tolongla share.. 

Aye ni jenis tak boleh tgk rumah berselerak, lemaih perut! Selalunya, after having dinner, aye akan seboleh2nya tidy up the kitchen, living room and toy station area. Barula ada semangat sikit nak sambung keja/study. Tapi in split seconds, rumah dah berselerak pulaaakkkkkk!!! Yerp that happen when you have 2 yrs toddler yang suka sepah2kan toys nye.. Huarghhhh ni yang nak bertukar jadik transformers ni. Or sebenarnya its normal?? Aye selalu dah ajar Amani after main kena simpan all her toys atau main kat toys area dia ja, tapi kadang kadang.. jarang jarang la kan dia buat.. Ada gak kadang2 tu tak tertahan, jadik mak tiri sat  Fuhhh mencabar keimanan seorang ibu betul. Kadang2 aye biarkan ja, tapi berapa lama la kan yang aye boleh tahan tgk keadaan rumah tunggang terbalik kan.. Ada tak sesapa yang ada petua nak ajar anak after main simpan all toys dengan sendirinya? (I know this sounds silly tapi manala tau sapa2 yang berjaya guna kaedah apa2 yang berjaya buat anak simpan toys dia kan) Tolongla share! 

Setakat ni Amani dah pandai sebut few words ja, sometimes aye rasa risau jugak tapi after google sana sini and ask around, sebenarnya setiap budak perkembangan dia lain2. Mungkin sebab Amani berjalan awal, dia bercakap lambat sikit. Tapi dia boleh faham basic instruction dan cuba nak bercakap dalam bahasa dia untk bgtau aye apa yang dia nak. Setakat ni dia boleh sebut: ayah, abu (ibu), ami (amani), shhh (sleep), shoes, bird, shu-shu (susu), dog, habih (habis), no, mamam (makan), Dora, baby, ajit (sakit), poot (perut), aki (kaki).. Ada tak petua nak bagi anak susun ayat untuk bercakap? Manala tau kan hehehe

Aye harap sapa2 yang ada petua best2 tu tolongla share ngan aye yang serba kekurangan ilmu parenthood ni. Perkembangan adik amani pulak, sekarang ni dah 6 bulan tapi aktif jugakla si boboy ni, malam2 ja bergerak sakan.. Moga2 aye dapat mengemudi bahtera rumahtangga ni dengan jayanya, dapat jadik seorang isteri yang baik, ibu yang dapat didik 2 orang anak menjadi seorang insan/khalifah yang terbaik dan jugak dapat PhD dengan cemerlangnya.. Amin sama2la kita berdoa ya! keep on updating guys (^^)



Friday, February 24, 2012

Congratulation Dr. Noorlisa!

Salam,

Best dak aye dok update entry hari2 ni.. hehe Biasala time reading week ni, kelas takdak and sambil2 nak siapkan assignment tu, 'terajin' la jugak kan nak update entry tiap2 hari ni. Okay, kisah ni terjadi minggu lepas, yakni jatuh hari yang sama dengan birthday aye, 16 Februari 2012. Aye attend Phd defense Kak Lisa. Kiranya dia la paling senior antara kami semua. Aye pegi dengan kakak2 senior yang lain nak bagi semangat 'Malaysia Boleh' kat Kak Lisa. Masa masuk bilik viva tu aye pulak yang rasa cuak, bukan apa, examiner ada 4 org (sorang thru phone), sorang chairperson, and 3 orang supervisor (sorang lagi thru phone). Terasa ooo perasaan berdebar tu, tapi aye tgk Kak Lisa ni rilek ja, chill ja.. fuhhh mmg susah ah nak jumpak orang camni. Tapi muka dia nampak letih sikit, mungkin sebab tak cukup tido nak menempuh hari yang penuh bersejarah ni. Rasanya lagi syok kalau sambil2 layan gambar kan (amboi mentang2 ada camera baru reja dok boh gambar ja noh) (^^)

*Perjuangan bermula*


Mula2 macam biasala, sesi presentation dalam 30 minit camtu, lepas tu la sesi Q&A yang buat aye pun cuak, setiap examiner akan diberi peluang untuk tanya soalan, tu baru 1st round, soalan jangan tanyala, semua peringkat2 Prof dah, soalan yang boleh buat otak bengkak kot.. Tapi aye cukup kagum dengan Kak Lisa, dia boleh ja dengan rileks ja jawab semua soalan, mmgla tak semua dia dapat jawab, biasala keadaan masa tu yang cukup tensed ditambah dengan soalan bertalu2 macam peluru. Rupanya ada lagi 2nd round, bayangkanla 1st round pun dah amik masa dekat 2jam, kalau 2nd round tu taktaula.. nasib baikla chairperson tu suruh setiap examiner and supervisor limit the question to only one brief question je untuk 2nd round ni, after menempuh 1jam setengah, tamatla sesi Q&A untuk PhD defense Kak Lisa. Kiranya overall PhD defense tu, 3 jam setengah.. Memang lenguhla kaki Kak Lisa sebab non stop and kena berdiri ja sepanjang viva tu. Then tibala masa yang dinanti2kan, kami semua diminta untuk berada di luar sementara examiners nak bincang2.. Then after 20 min camtu, susah payah, penat jerih Kak Lisa selama 4 tahun ni terbalas, dia berjaya dapat 1 (berjaya dengan minor correction).. Memang minor sangatla, tu pun typo error, memang aye respect habis kat dia..  

*supporter kuat Kak Lisa*
*Kak Lisa dipanggil masuk untuk terima keputusan*
*Ur's truly biasala berdebar jugak nak tau keputusan terjengok2 kat pintu tu*

*Alhamdulillah she made it -bersama panel jury*

Alhamdulillah sepanjang aye tgk viva Kak Lisa, sedikit banyak dah motivate aye dan aye dapat semangat nak siapkan Phd yang masih jauuuuuuhhhhh perjalanannya ni.. Boleh aye simpulkan beberapa point untuk peringatan  aye:

1) jaga hubungan dengan ALLAH- super-important things and you just cant deny it. If you are able to be a good and humble person in every single way (solat, jaga iman, aurat, hubungan dengan kawan2, family). Insyaallah , you can always see light at the end of the tunnel.. Yazmin.. hang rajin2la solat di awal waktu, baca al-quran, sembahyang sunat tu kalau boleh janganla tinggai.. yang penting jugak jaga hati/taat suami dan besarkan anak2 dengan sempurna naa.. (ni monolog dalaman kihkih)

2) knows your research very very well.. you should be an expertise, should conquer all the basic and background.. (e.g: as for me i should know about the principle of molecular biology/biochemistry, why this happen, why choose this method, elaborate and find connection between your research background and research findings, is there novelty in your research)


3) be super-good to your supervisor.. raised your supervisor trust on your works.. should be able to drag her/his attention on what are you doing (bukanla sampai jadi kak bodek hokay!). if produce quality research and work hard on your work, belief me, your supervisor will help you in your thesis/ viva (^^)

4) presentation on viva day must be simple yet complete for 4 years work- maybe this is quite challenging, you should know how to present and compile all your works in a few slides and make all the 'judges' understand what are you trying to tell them, and of course you should also understand them first. This can be done by doing a lots of practice (attend oral seminar/ presentation with friends/supervisor, kat rumah bercakap depan cermin) 

Hrmmm rasanya, tu jala kot yang aye leh simpulkan.. ni untuk peringatan diri sendiri.. Aye nak jugak berjaya dan mendapat apa yang dicita2kan selama ini.. Aminn.. Apapun aye nak ucapkan tahniah untuk Dr. Noorlisa  (^_________^)








Friday, February 10, 2012

Wajah baru semangat baru

Salam,

Akhirnya bertukar wajah jugak blog aye ni.. Nampak lebih fresh and vibrant kan.. Ni sempena semangat baru nak berblog, dah agak lama aye sepikan diri.. Apa yang aye boleh katakan sekarang ni, during 5 month pregnancy, aye 'jatuh tersungkur' dalam PhD journey ni.. Can u imagine only 5 month I started my Phd study dah 'tersungkur' huhu.. Hati sapa yang tak sedih, tapi dont worry ppl, I'm not going to discourage u by writing 'negative perception' about PhD.. I need to be stronger and fight till I can achieve my dreams.. And so are u guys, jangan mudah give up dan sentiasala bersabar dengan segala dugaan dalam hidup kita. 

Aye anggap ini sebahagian dari ujian dari ALLAH sebab ALLAH sayangkan aye dan sebagai penghapus dosa, " Ya ALLAH engkau berikanlah pahala atas musibah yang berlaku kepadaku, dan engkau gantilah dengan sesuatu yang lebih baik" .. KAdang2 memang ada ja syaiton cucuk kat jarum2 halus ni tapi aye kuatkan hati dan sebagai seorang muslim, senjata kita untuk musnahkan syaiton tu dengan solat dan berdoa. Alhamdulillah ppl can see me still smiling and even makes silly jokes.. Well that's me..  Aye pun harap agar kalian doakan aye..Permudahkan semua urusan, itu ja yang aje harapkan..

*penguat semangat aye*

Tuesday, June 7, 2011

Sihat sebelum Sakit

Macam penah dengar.. Ala yang lima sebelum lima tu.. Ni yang salah satunya.. Alhamdulillah dah sihat selepas sakit.. Entri ni adala kena mengena sikit ngan entri sebelum ni.. Rasa syukur sangat2 sbb dikurniakan kesihatan semula.. Aminn Ya ALLAH.. (^^).. Sebenarnya bagus bila kita diberi ujian sakit ni... Sbb kita dapat muhasabah balik diri kita .. cam dapat refresh balik segala perbuatan, percakapan, dosa, hubungan agar kita lebih berhati-hati kelak.. Ujian sakit ini juga bagi aye menandakan kita ni mmg banyak dosa tapi segera diingatkan oleh Yang Maha Esa perbuatan kita yang lalu dan perlu segera bertaubat.. Tapi kalau tak sedar2 tu ermm tak tahula nak cakap hape kan.. Ini jelas menunjukkan DIA masih sayangkan kita sbb DIA masih mahu kita sedar dan insaf lalu bertaubat atas kesalahan yang pernah kita buat.. 

Macam tu jugak aye.. mmg tak pernah terlepas dari membuat dosa, mungkin dosa yang aye sendiri sedar dan tak sedar... Sakit ini sbg peringatan untuk aye fikirkan dan muhasabah diri tentang diri sndiri.. Mungkin sebelum ni aye ter'sakitkan' hati orang, ter'kasar' bahasa, ter'lawan' cakap suami/mak/kwn2, ter'cakap' besar dan segala yang ter- ter- lagila.. Kat sini pun aye nak mintak mahap kalau ada salah satu ter- yang aye cakapkan tadi menggores hati kalian.. Aduhai syahdunya.. Nama pun manusia kan.. Tak perfect.. (*~*) Tapi ni bukan entri sedih tapi ni entri peringatan dan nak motivate diri sendiri.. Kot2 yang rasa termotivate diri tu sama2la kita share ye.. 

Sakit apa? Jumaat lepas, tiba2 ja perut aye jadik cramp yang maha dahsyat kat sebelah kanan pastu dengan kudrat yang ada aye berlari mendapatkan telefon lab *hp tertinggai (=.="), cuba mendail nombor hubby TAPI tak semena2 alam menjadi kelam, suasana menjadi bisu, bunyi kicauan burung tak kedengaran lagi.. *tu diaaaa... metafora hehehehe kedepapp aye jatuh kat atas lantai.. Masa ni aye sedihh sangat sbb pengsan sorang2 sbb takdak sapa2 kat lab lagi.. Masa ni fikir mcm2 dah sbb tak berdaya sangat tapi lepas few min aye gagahkan diri bangun dan cari Wani kat lab depan dan pinjam hp dia untuk call hubby.. Hubby sampai terus pi klinik and dr bgtau cam aye ni suspected mild appendic.. Terkejut punya pasal hubby bwk aye ke Hosp Pantai kat SP untuk detail med check up.. Dr pun kata 50-50 tak sure pun appendic ke tak, pastu dia terpaksa tahan la.. So end up aye kena warded.. Nasib baik sehari ja la.. sbb simptom2 appendic dah hilang.. Tapi dr bagi MC sampai hari ni sbb kulit aye masih dok gatal2 mungkin sbb infection kot.. sbb biasala bila dah keja kat lab.. macam2 mai dok hinggap, kulit lak sensitif.. jadik gatai2 tangan.. So dr soh rest dari pi lab.. 

Tulah serba sedikit ceghita pasai sakit aye ni.. Yang entri sebelum ni sbb dr detect ada stone dalam kidney hubby so kena buat rawatan segera.. Tu yang sedih sikit sbb hubby jarang sakit.. Hrmm yang kelakarnya org lain sakit, yang lain lak admit hosp.. hehehe mcam2.. Sakit mmg sakit tapi kena fikirkan hikmah disebaliknya sbb aye dapat muhasabah diri ini yang hina dan penuh dosa (_ _")... Jadi janganla jadikan alasan sakit untuk kita menjauhkan diri dariNYA sbb sesungguhnya yang buruk datang dari kita dan yang baik itu datang dariNYA..

~ SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT BERAMAL~

Friday, January 7, 2011

Bersabarla wahai teman...

Lama dah tak bebel2 pasal hal2 yang boleh memotivasikan diri dan nasihat2 ni kan. Kebetulan tgh tunggu En. Hubby ni bolehla  sembang2 santai petang.. Dalam keadaan cuaca yang suam2 kuku ni mmg sedap ah layan hal2 feeling meeling ni, teringat perbualan i dgn one of my ex-roomate masa sama2 study dulu. masa bulan 10 aritu, i jumpak dia dan dia cuba meluahkan masalah dia kat i.. ni la lbh kurang conversation kami...

teman: baru skarang saya paham perasaan awak camana min, kalau dulu saya yang halang awak sekarang hal ni jadi pulak kat saya, saya buntula min camana saya nak buat ni...

saya   : awak tgk saya skarang camana? (sambil tukar lampin anak...)

teman: saya tgk awak bahagia sangat min

saya   : dulu saya pun macam awak jugak, ragu2, sedih tapi saya kuatkan semangat dan banyakkan   berdoa, mohon kat ALLAH bagi petunjuk dan dipermudahkan segalanya, alhamdulillah saya rasa saya pilih jalan yang betul. kita kena kuat, jgn banyak dengar cakap orang... (ayat2 motivator cabuk..hehe)

teman : betol2..  insyallah saya akan ikut nasihat awak..

Perbualan kami terputus sbbnya.. Amani ngamoks.. isk.. I rasa ramai org  mengalami masalah yang sama, cerita yang sama dan isu ni bukanla isu baru sebenarnya.. Kisah jodoh tak SEKUFU.. Jadi sebgai kaunselor yang tak bertauliah I nak share nasihat2 yang berguna based on my own experience.. Apa tu sekufu? senang cerita pasal kasim selamat la ni... kisah dua darjat... kisah pasal yg perempuan kerja N41 yang lelaki kerja N17... tak paham lagi?  cerita pasal level wanita tinggi dari lelaki... yang perempuan ada ijazah/master/phd pelbagai tapi yang lelakinya ada spm/diploma ja. TAPI adakah kelayakan2, kelulusan, profesional career ni yang menjadi pengukur samada kita layak atau tak kawen dengan lelaki yang levelnya lebih rendah dari kita? Sudah tentu tak.. Bagi i kayu pengukur utama adalah IMAN...

Mmg diakui zaman skarang ni, ramai wanita masuk Univ berbanding leaki, ramai yang cerdik2, ramai yag bersemangat tinggi nak sambung hingga ke peringkat yang tertinggi.. Tapi bila melibatkan hal2 jodoh, janganlah kita meletakkan ego yang tinggi juga.. Ya, orang akan memuji kalau dapat jodoh yang sepadan, ramai yang akan kata "wah macam pinang dibelah duala, sama2 pandai", "elokla tu doktor sama doktor, mmg sesuwai sangat" tapi bila dapat yang sebaliknya, orang akan mengeji, mengata yang bukan2. mmg adat dunia macam tu...

Berbalik kepada persoalan asal, kenapa mesti nak malu/ avoid / dihalang bila dapat pemilik tulang rusuk kita yang gajinya tak sehebat gaji kita?  Tak high class? malu kat jiran2, sedara mara, kwn2? takut si dia kikis harta kita? pendapat tak sama sbb berbeda education level?

Bukanka kita yang nak kawen? nak hidup bersama si dia sampai forever pun kita? nak bahagia hingga ke hujung langit pun kita? jadi kenapa harus nak meletakkan shield antara kita dengan si dia yang seamat pasti akan terus memberikan kebahagiaan tanpa jemu kepada kita? Memang benar pendapat orang lain penting untuk kita jadikan panduan untuk hadapi situasi mcm ni tapi jangan biarkan pendapat mereka menjadi dominan. Boleh mendengar tapi perlu filter dulu sebelum kita benar2 terima pendapat mereka.. I guarantee 95% akan kata "tak payahla, cari orang lainla", 4% akan kata "ikut suka u la, u yang nak kawen", dan hanya 1% saja yang akan setuju.... Jadi yang mana satu yang kita perlu dengar and terima, hanya kepadaNYA kita mampu minta dan mohon petunjuk, buatla semayang istikharah banyak2, hanya pendapatNYA lah yang perlu kita dengar masa ni..

Mungkin ada yang akan kata "habis nak kawen sbb cinta kan, nak bayar bil blah blah blah guna cinta jugak ka? terjamin ka nak bersama dengan orang yang camtu, nanti dok harap duit kita pulak patutnya dia yang bagi nafkah kat kita" Mmg i agak setuju dengan pertanyaan tu, tapi dalam sesebuah perkahwinan perlu ada give and take. Kalau kita dah tau suami tak mampu buat apa nak kaburkan mata nak mintak itu ini, nak bermewah2. Bagi i cukupla sekadar yang sedang2 saja, bersederhana kan lebih baik selaras dengan kemampuan suami. Yang mana tak cukup kita tolong tambah.. Kan bahagia camtu, janganla ego sampai "duit u duit i tapi duit i duit i je" . Kalau yang tak mampu nak mengharungi hidup saling bekerjasama ni, i nasihatkan better korang pikir banyak kali... takut tak tahan ja..

Lagipun kita tak pasti dengan masa depan kita.. kita tak bisa nak meramal apatah lagi nak menghakimi apa yang bakal berlaku dalam hidup kita nanti.. Sbb tula jangan menilai seseorang melalui kelayakan, kekayaan, education level dia... tapi selami dan selidikila imannya dulu.. Kalau iman dan ketaatan pada Maha ESA menjadi tunjang utama si dia, nah.. buat apa kita berlengah lagi.. zaman skarang cukup susah mencari seorang suami berkualiti sebegini.. harus lagi ka kelayakan pelajaran? bagi i cukup sekadar kelayakan untuk membimbing kita ke arah yang betol untuk kehidupan yang hakiki kelak.. dunia ni tempat persinggahan ja.. jangan kita dikaburi dengan nikmat keduniaan takut kelak merana diri..

 i bercakap begini bukanla sbb memandai nak bagi pendapat tapi its really happen in my life.. bukan i suka suki nak sokong dan nak lontarkan pendapat. i jadikan kehidupan i skarang sebagai reference dalam entri ni.. jadi terpulangla kepada setiap individu nak terima atau nak tolak pendapat i yang tak bertauliah ni.. bagi i ini adala pendapat yang ikhlas lahir dari hati untuk membantu meringankan beban otak para gadis yang dalam dilema menghadapi situasi sebegini.. Yang paling penting be strong dan kentalkan semangat menghadapi dugaan hidup yang mendatang.. Moga kebahagiaan senantiasa bersama kalian.. Aminn  

Dah jadik medan perang pulok dah...

Apa yang dah jadik medan perang? sapa yang terlibat? kat mana medan pertempurannya? tajuk en3 kali ni mmg dasat.. rasa cam nak mengomel panjang2 dalam en3 kali ni..

Jangan risau... medan perang ni tak melibatkan pertumpahan darah TAPI takut gak boleh melarat.. yelah sakit hati punya pasal... zaman skarang ni nothing is impossible.. harap2 dijauhkan la.. Ok stop sat min mukadimah panjang kemain aih.. ok.. ok straight to the point..

Skarang ni zaman mmg dah canggih.. budak darjah 1 sampai nenek umur 60 taun pun  dok layan facebook@ twitter @ blogging @ friendster dan rakan2 yang sewaktu dengannya... Mmg ICT habisla manusia zaman skarang ni.. tapi yang tak bestnya bila medium2 ni dah mula jadik medan peperangan dan perbalahan sesama kita.. tak best aa camtu.. banyak dah jadi, and even i pun dah pernah terlibat (tapi tak serius la), kwn2 pun ada yang terlibat.. kebanyakan 'perang' terjadi apabila menjadi terlalu expressive @ open @ mengata secara sengaja @ teguran tak membina @ nak famous cepat @tak paham kegunaan medium2 tadi untuk apa @ jeles ngan org lain @ senang cerita mmg nak carik gaduh!

Ahyoo banyak betol penyumbang2 kepada hal2 yang nak bergadoh2 ni.. tak baikla kita kan 1 Malaysia.. hehehe takmo gadoh2 ni tak baik.. tak mau tak mau camgitu.. shake hand cepat.. good girl/boy.. Hubby penah kata kalau kita memutuskan silaturrahim sesama kita nanti tak bau syurga.. takut kan.. better kita carik kawan ramai2 dari meramaikan/menambahkan jumlah musuh kita.. yerp mmg senantiasa org tak berpuas hati dan tak ngam dengan cara kita.. biarla, kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak sbb manusia tak pernah sempurna tapi kita perlu menuju ke arah kesempurnaan..  

Jadi ada tak jalan penyelesaiannya? insyaallah setiap pertikaian ada jalan penyelesaiannya samala cam setiap penyakit ada ubatnya.. apa yang penting kita kenala berusaha nak avoid dari terlibat perang2 yang remeh2 ni.. kita kembali kepada yang asal..

sekian terima kasih..


Monday, December 13, 2010

Suka Atau Duka?

minggu ni dah tiba

bakal bawa cerita suka atau duka

aku di sini ttp menunggu dgn hati yang terbuka

tak mau menaruh harapan tinggi takut hati bakal terluka

hadapi minggu ini dengan tabah dan dgn hati yang berbunga-bunga

kena redha sbb ALLAH dah tetapkan rezeki untuk kita

jadi hadapi la minggu ini dengan penuh ceria

---------------------------------------------


Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru!

Alhamdulillah, ALLAH bg lagi kesempatan sambut tahun baru awal muharram.. masih lagi dapat bernafas, dapat lagi menjadi khalifah kat dunia ni dan yang pentingnya masih lagi diberi kesempatan utk menambah dan memperbaiki 'saham' utk bekalan syurga atau neraka kelak ... aminn bersyukur ke hadratmu  ya allah..

dan utk tahun ni kegembiraan ni dikongsi bersama insan2 tersayang.. dapat berjamaah membaca doa akhir dan awal tahun ... membaca yaasin mensyukuri rahmatNYA.. Ya ALLAH.. aku b'syukur sangat2.. bertambah seri lagi dengan kehadiran si Amani tersayang yang makin hari makin banyak akalnye.. teringat tadi, masa kami berjamaah si kecik ni ikut serta jugak.. naik gelihati tgk dia... syukur dia mmbesar dgn sihat, ya itulah impian dan harapan setiap ibu... (amboi entri kalini cam skima sikit ja hehehe)

Syukur Ya ALLAH, kehidupan i skarang mmg benar2 bahagia.. dijodohkan dengan insan teristimewa iaitu my HUBBY Salihin... Ayang cinta sama B.. hihik B lah jodoh terbaek untk ayang... syukur ALLAH dah kabulkan doa i masa tgh singel mingle dulu supaya dijodohkan dengan insan yang terbaek.. mmgla my hubby terbaek dari ladangla punye.. hehehe kehidupan kami serba sederhana.. tapi badan kami kurang sederhana.. makin memBESAR hehehe takpe B kita sama2 eksesais ye ,p 

saja letak gambar masa zaman anak dara teruna dedulu la ni tak celuih msuk gambq dah hehehe
kebahagian kami dah jadik berganda2 dngn kehadiran Siti Khadijah Amani, tanda chenta, perkongsian hati kami ceeewah ayat power seh...  (kwn2 cepat kawen weh.. kawen itu best.. hebat dan ...... isikla ngan ayat yang indah2 tau)... ramai yang tanya adik amani coming soon ka? hehehe belom lagila cik kak.. sabau ye.. kasik amani besau dulu baru dia leh tlg2 tgkkan adiknye...

she is gojes and momel kan.. huhu my kesayangan

 moga kebahagian ini menjadi milik kami utk thn ini, depan dan selamanya... aminn


p/s: I dapat band 6.5 utk test ielts yang i dok bising2 arituh, passed.. alhamdulillah
p/s/s : sapola yang dok main merecun malam2 buta ni.. anak aku nak tidola weh.. isk   

Tuesday, October 19, 2010

still.. Long journey to go..

petang2 camni tiba2 teringat pepatah lama ni..

'jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak'

pandai betol orang2 lama mereka bait2 kata yang indah and kreatif macamni.. baru skarang i hargai apa yang diorang maksudkan ini.. bcoz its the truth of mylife.. still.. its a long journey to go.. kena tabah and hadapi semua dugaan and cabaran dengan senyuman..

Friday, October 8, 2010

badan pun perlu rehat..

badan rasa sengal2, penat, lotih.. aishh kanpe pegi keje jem, balik keje jem aishh... berulang alik dari sp-penang hanya makan masa dalam ~45 min kalau tak jem terukla.. kalau jem teruk maunya tersangkut kat dalam keta ~2jam.. huhuhu tersangatla letih.. nasib bekla ada hubby bolehla bersembang2 gak.. kdg2 kesian  jgk kat dia, drive dalam keadaan jem mmgla sgt meletihkan.. jadi masa ni la  belaian seorang isteri diperlukan.. ada hikmahnya jugak jem ni.. dapat bermanja2an dalam kete hehehe...sambil2 picit and urut badan hubby kami bersembang2..

"ayah, pasni ibu nak pegi spa la.. pegi mengurut.. badan rasa tak sedapla... tapi ayah  jangan pegi umah urut lak.. mai ibu je urut ayah hehehe... "

" boleh ja kalau nak pi tapi jangan amalkan selalu.. nanti badan jadi manja.. asyik nak kena ngurut ja.. hrmm teringatla satu kisah....."

pastu hubby pun mula bercerita tentang satu kisah ni.. tentang kisah Abu Dharda' dan Salman Al- Farisi. Mereka telah disaudarakan oleh Rasulullah s.a.w... pada satu hari Salman Al- Farisi berkunjung ke rumah Abu Dharda' dan berlaku beberapa peristiwa:

Peristiwa 1:
Apabila Salman Al- Farisi berkunjung ke  rumah Abu Dharda', dia mendapati isteri Abu Dharda' ni berada dalam keadaan yang kusut masai.. sedangkan isteri sahabat2 Rasulullah s.a.w yang lain kalau ada di rumah mereka akan berhias dan berdandan cantik2 untuk suami msg2...maka bertanyala Salman Al- Farisi ini kepada isteri Abu Dharda' kenapa dia tak berhias dan berdandan cantik2 untuk  suaminya.. maka isteri Abu Dharda' ni pun menjawab " suamiku sangat kuat mengerjakan ibadat sunat.... jadi apalah gunanya aku berhias dan berdandan cantik2 jika suamiku tak pandang pun ke arahku.. "

Peristiwa 2:
Sedang Salman Al-Farisi ini mendengar keluhan isteri Abu Dharda', pulanglah Abu Dharda' dari masjid sambil membawa makanan.. kemudian Abu Dharda' ni pun menghidangkan makanan kepada saudaranya itu sebagai tanda meraikan tetamu.. tapi apabila Salman Al-Farisi mengajak Abu Dharda' makan bersama2, Abu Dharda' menolak pelawaan dan berkata "sesungguhnya aku sedang berpuasa" ...
 
Peristiwa 3
Pada malam itu, Salman Al-Farisi menumpang tidur di rumah Abu Dharda'... Tepat jam 2 pagi, Abu Dharda' sudah bangun dan bersiap sedia untuk bersembahyang malam.. tapi Salman Al- Farisi menegur saudaranya itu dan menyuruh dia tidur kembali dan berkata " badan kamu pun memerlukan rehat"...
 
pada pukul 4 pagi, Salman Al-Farisi dan Abu Dharda' sama2 mengerjakan sembahyang sunat malam kemudian tazkirah pertama yang diberikan oleh Salman Al-Farisi pada pagi itu adalah berdasarkan peristiwa2 yang berlaku di rumah Abu Dharda'... Beliau menasihati saudaranya itu supaya sentiasa ingat ibadat yang terbaik adalah ibadat yang dilakukan sedikit tapi berterusan.. sesungguhnya badan pun perlukan rehat dan jangan lupa apa yang dipertanggungjawabkan kepd kita.. contohnya tanggungjawab terhadap isteri tidak boleh diabaikan.. (dipetik dari ceramah yang didengar oleh my hubby)
 
jadi apa motifnya this story... hehehe saja nak bagitau yang badan kita ni perlukan rehat jugak and nakla berkongsi cerita yang boleh dijadikan pedoman untuk kita.. nak buat apa2 pun kenala ada batasannya.. bayangkan kita guna bdan kita ni 24-7 untuk buat mcm2 aktiviti.. jadi skali skala, our body need a break.. dia dah berkerja keras untuk kita jadi sekali skala kenala manjakan dia..  antara tips nak restkan badan...
 
1) tido kena cukup dan berkualiti
2) urut2 manje - kalau suami tu biarlah isteri yang urutkan selain dapat hilangkan letih dpat mengeratkan hubungan kan..
3)  detoxify- boleh guna banyak method (pakai pelekat ka, makan suplemen ka, minum herbal drink, makan ulam2ulaman).. its proven yang bila waste/toxic yang banyak dalam badan kita dikeluarkan, bdn akan jadik segar and sihat..  
4)take a holiday/ vacation




bestnya dapat rest camni hehehe














Wednesday, October 6, 2010

syukur alhamdulillah

alhamdulillah diberikan kesembuhan dan kesihatan semula.. 2 hari yang lepas i was so sick.. got gastric.. dah lama dah tak dapat gastric.. masa mengandung dulu kalau silap makan ja, mmg akan dapat gastric yang teruk.. rasa sebu macam menikam2 kat urat perut ni adusss sakitnya ALLAH ja yang tahu.. terguling2 gakla.. hari isnin terpaksa amik half day sbb dah tak tahan sgt.. pastu kemarin still rasa sakit lagi sampai terpaksa cucuk ubat muntah and angin.. alhamdulillah selepas dah makan ubat and rest secukupnya.. baru lega.. kalau tak makan ja muntah.. harini dah dapat datang bekerja and dapatla attend fermentor training.. dapat 2 berita gumbira harini.. alhamdulillah..  Mr Shaman which is our trainer untuk fermentor training belanja KFC.. hehehe dapat makan free harini.. satu lagi adalah berita yang paling ditunggu2.. alhamdulillah.. Sesungguhnya ALLAH itu maha adil DIA berikan kita kesakitan tapi kemudian diberikan kita kegembiraan.. apapun ku bersyukur kepadaMU kerana diberikan segala kenikmatan ini.. iaitu nikmat kesakitan dan nikmat kegembiraan.. ALHAMDULILLAH...

Thursday, September 30, 2010

DUNIA dalam genggaman AKHIRAT sentiasa di hati

dah tengahari.. perut pun dah mula rasa kriuk kriuk.. astaghfirullah sabar2..  sambil2 tunggu waktu zohor masuk teringat sembang2 between me and  hubby masa otw balik kerja dari penang ke sp.. dia ada explain to me tentang sifat zuhud iaitu DUNIA dalam genggaman AKHIRAT sentiasa di hati. bila i 'google' this topic, terbaca pasal sifat2 zuhud.

Zuhud bererti menjadikan hati agar tidak terlalu tertarik dengan kehidupan Duniawi. Menurut Imam   Al Ghozali zuhud adalah memalingkan diri dari kehidupan Dunia, dan tertuju kepada Allah SWT. Sdangkan menurut Ibnu Taimiyah, Zuhud adalah ‘meninggalkan apa yang tidak bermanfaat, demi kehidupan Akhirat’. Atau mengatur kadar kecintaan kita terhadap kehidupan Dunia, agar dapat menjadikan Akhirat sebagai tujuan hidup utama.

hebatnya jika kita dapat tanamkan sifat zuhud ni dalam diri kita.. tapi malangnya zaman ini kita lebih mementingkan duniawi berbanding akhirat.. hubby ada ceritakan tentang kisah yang berlaku pada zaman Hasan Al-Bana. secara ringkasnya terdapat 2 orang adik beradik, si adik seorang yang zuhud dan ada kekayaan yang melimpah ruah, istana yang tersegam indah, manakala si abang iaitu seorang ahli ibadat tapi miskin dan hanya mempunyai satu cerek yang digunakan untuk kegunaan beliau memasak, minum dan mengambil wuduk.. si adik tidak peduli dengan kekayaan yang dia miliki dan lebih mementingkan kecintaannya kepada ALLAH dan menunjukkan sifat zuhudnya manakala si abg sangat sayangkan satu2nya cerek yang dia ada tu.. si adik mendapat darjat yang tinggi berbanding si abang seorang ahli ibadat kerana sedikit kecintaannya kepada dunia.. untuk version yang sepenuhnya better tanya yang lebih mengetahui sbb my hubby pun sembang2 secara santai ja..
Bila difikirkan balik, bayangkan kalau kereta rosak atau calar sikit pun kita dah susah hati, macamna nak tanamkan sifat zuhud kalau camtu? hp, laptop rosak, barang kena curi, duit hilang.. tak senang duduk dah... hmmm wpun tak dpat nak tanamkan sifat zuhud sepenuhnya, i think kita kena berusaha ke arah tu.. mudah-mudahan kita dapat menggegam dunia tapi akhirat sentiasa dalam hati kita..  bak kata bidalan

"dunia dikelek, akhirat dijunjung"

8 to go!

harini saya berpuasa.. niat berpuasa ganti dan sunat erm TAPI banyak pendapat pasal hal ni.. ada yang kata kena habiskan puasa ganti dulu baru boleh buat puasa 6.. ada yang kata leh niat sekali.. hai mcm2.. tapi bila i asked my hubby (maklumla dia pun ustaz jugak) bout this matter, simple je dia kata..

"syg niat ja dua2, terima atau tak bukan urusan kita, kalau diterima kan bagus dapat pahala puasa 6.. kalau tak pun takpala dapat ganti puasa, islam itu  mudah"

betol jugak kata my hubby.. jadik i niat ja dua2.. yang penting dapat ganti puasa yang tertinggal masa bulan puasa yang lepas n dalam masa yang sama berpuasa 6.. Dr. Ahmad Hassan menerangkan dalam blognya pasal kelebihan berpuasa 6 ni antaranya:

Nabi saw telah menyatakan kepada umatnya tentang kelebihan puasa enam Syawal dan mendorong mereka dengan menggunakan teknik galakan supaya melaksanakan puasa 6 hari ini..sabda nabi saw:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)
 
Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

Ibn Rejab menukilkan dari Ibn Mubarak katanya: Bagi yang berpuasa 6 Syawal secara berkesinambungan selepas puasa Ramadhan, maka dia wajib memperolehi pahala puasa sepanjang tahun.

(petikan dari http://msmonline.net/ )

Besar ganjarannya kan tapi tak taula sempat ke tak sbb tinggal mg depan ja ni.. khamis mg lepas dah berpuasa sehari pastu bila hubby ajak berpuasa isnin ngan selasa yang lepas terlepas sahur pulak.. aiyaa mmg skarang ni kalau tak shr tak dptla berpuasa.. kanpe  my perut skarang tak boleh tahan lapar, kalau tak sahur mula jadi menggeletar satu bdn n rasa nak muntah, loya.. sblm ni ok ja even masa pregnant ritu pun ok tapi after deliver jadik tak boleh tahan lapar.. huhu jadik hrp2 hari ni boleh habiskan puasa tanpa rasa nak muntah atau pun loya.. aminnn

Wednesday, September 29, 2010

HaRApan?

 kita sentiasa diberikan harapan.. tapi perlukah kita percaya sepenuhnya  pada harapan?? setelah banyak kali dikecewakan, arghhh!!!  kdg2 mmg tak nak dan enggan percaya tapi kenapa hati ni tetap menaruh tinggi pada harapan..  haila hati, haila jantung, haila limpa.. buang jauh2 harapan tu (tapi masih berharap harapan tu akan menjadi kenyataan ).. tapi yang pasti hanya berserah padaNYA sesungguhnya ALLAH adalah sebaik2 perancang.. redha dengan ketentuanNYA.. tiba2 teringat lagu harapan dari fazli zainal hehehe kita layan sikit bait2 lagu ni..


Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa
Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan
Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpik
u



banyyakan berdoa pasti harapan yang indah akan menjelma









eXerCISing

Fuhh, dah lama rasanya tak berjalan naik bukit.. hehe harini saja2 jln kaki bfast kat bakti which located atas bukit.. so kenala climb sikit.. rasa bdn amatt segar. rasanya kena buat rutin harian.. bdn pun mkn mengembang and i need to keep in shape.. (typical women kan.. hehehe).. kenapa tiba2 nak excercise? sebb i check my BMI kat website National Heart Lung and Blood Institute (http://www.nhlbisupport.com/bmi/bmi-m.htm...) wahhh dah overweight (BMI-28) !!!!pastu bila bc risk2 dia sangat2 menakutkan.. i NEED TO LOSE WEIGHT!!

Risk Factors for Diseases and Conditions Associated With Obesity

Along with being overweight or obese, the following conditions will put you at greater risk for heart disease and other conditions:
Risk Factors
  • High blood pressure (hypertension)
  • High LDL cholesterol ("bad" cholesterol)
  • Low HDL cholesterol ("good" cholesterol)
  • High triglycerides
  • High blood glucose (sugar)
  • Family history of premature heart disease
  • Physical inactivity
  • Cigarette smoking
For people who are considered obese (BMI greater than or equal to 30) or those who are overweight (BMI of 25 to 29.9) and have two or more risk factors, it is recommended that you lose weight. Even a small weight loss (between 5 and 10 percent of your current weight) will help lower your risk of developing diseases associated with obesity. People who are overweight, do not have a high waist measurement, and have fewer than two risk factors may need to prevent further weight gain rather than lose weight.
The good news is even a small weight loss (between 5 and 10 percent of your current weight) will help lower your risk of developing those diseases