Showing posts with label Phd Journey. Show all posts
Showing posts with label Phd Journey. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Further your study to Waterloo

Salam,

Niat asal mmg nak tutup ja blog ni, kunun kunun nak buatla organizing bagai tapi sumpah tak sempat. Rumah macam tu jugak hehe tambah-tambah kitew baru jew balik dari Malaysia kan.. Oh how I miss Malaysia! 7 minggu lagi.. =) Baru seminggu la balik ni. Drastic change from 30 to -30deg y'all. hrmm memang badan ni tak tahanla kan. Minggu ni dijangkakan, we will experience vortex of deep cold weather. Tadi aye datang ke sekolah dengan -17 deg, tak taula real feel macamana kan, dah le kite ni nunggu bas, bas pulak datang lambat, beku oi! Mungkin sebab tu tak ramai yang nak sambung belaja sini aceh baru mukadimah sama dengan post title. 

Actually, ramai ja yang sambung belaja kat Kanada ni tapi mungkin ramai yang tak 'blog' about it. But in my place, Waterloo, mmg tak ramai. We have 2 Malaysian families, and a few undergrad and postgrad students. Kalau jumpa tu balik2 muka yang sama ja, sebab tu kami kat sini kalau jumpa ala2 melayu mmg akan  jadi jakun dan excited, haha.. Kat tempat lain as Toronto, Ottawa mmg ramai la Malaysian. So if you want to further your study or happen to be at Waterloo, do contact me at FB (Yazmin Bustami). Acewah dah macam lantik diri sendiri jadi ketua persatuan student Malaysia Waterloo pulak. Bukan apa bolehla kami tolong apa2 yang patut. 

Okay, till then, nanti nak update pasal balik malaysia pulak. Erm organizing project, insyallah will start very soon
.




Saturday, November 10, 2012

Quick update!

Salam,

Its been awhile tak menjengah kat blog ni, so just a quick update. 

Amani went to preschool or more like a day care center (cause they still take care of poo-pee stuff) for 2 weeks now. She is really well-behave at school, i really mean it! Kalau kat rumah apa saja Ibu dia suruh, dia buat taktau aje and I have to shriek ala2 Awie. Kalau tak mmg tak layan la itu budak. But when her 'teacher' told her to do anything, she just nod and follow. Anyonyo ini budak.. kalau kat rumah selalu aja temperature ibu naik tapi kat sekolah kemain lagi ekau yek! Alhamdulillah, she can adapt super fast but after this need to start potty training. Big girl dah tu, nak menyalin pampers bagai ibu dah tak dayo! 

Amru Rayyan growth pulak, hrmm mcm biasa at 5month old, I start feed him with solid food. But not every day. Susu mmg nak yang fresh dari ladang aje hehe He still refuse using bottle. Tak tau nak buat camana dah so just follow his flow jela. Tapi time dia betol2 kelaparan and I'm still at lab, dia tibai jugakla tapi jenuh ayahnya pujukla kan. 

Progress on research, alhamdulillah dah dapat momentum untuk start and go to finishing line! Banyak pulak fruitful ideas and supported pulak by my beloved sv, jadinya alhamdulillah my research is fine and hopefully momentum ni akan sentiasa berterusan sampai ke akhirnya.  Insyaallah.

Till then ppl, keep on updating


Wednesday, October 10, 2012

FALL 2012

Salam

The colorful season is here! Alhamdulillah dpt lg merasa keindahan alam pd musim luruh ni. Daun2 bertukar jadi kemerahan.. memang cantik sangat di Kanada sekarang ni. We went to Rockwood, Guelph for picnicking while the tempt reach 6deg. But real feel is like -1deg.. Brrr breezy day! We bundle up like in winter season. But it did'nt stop us to spent our quality time with family and friends while enjoy the beautiful nature. And also it harvest time! We spent our long weekend (holiday for Thanksgiving day) to Chudleigh's Farm, Halton Hills for apple picking. Tapi tahun ni tak semeriah mcm tahun lepas, dapat kutip yang hijau2 je.. nasib baik sedap.. dapatla bwk balik 2beg plastik kan.. =).. Okay lets enjoy the picture!
















Friday, October 5, 2012

One year already maaa..

Salam

Its been one year, to be exact 1 yr and 2 month I've been in Canada. Fuhh how time flies! Rasa mcm semalam ja aye dok sibuk2 nak packing barang nak migrate sementara ke Canada. Acewah. Hmm padahal dalam setahun ni banyaaaaakkkkkk benda dah berlaku. And most obvious dulu datang bertiga sekarang haa amik kau sekarang dah berempat **Hopefully it will remain 4 sekurang2nya sampai aye habis belaja kan kihkih .. Okla dalam setahun ni ape dah berubah lets check it out!

Fall 2011 - Amani pun tecik lagi masa ni alololo
Summer 2012 - Tambah sorang ahli Baby Amru



Dulu kemana2 naik bas uolls 


Sekarang ni alhamdulillah dah ada keta walaupun kecik je syukur
Dulu Hubby tak keja sbb masa tu kan aye dok ngandung la, pastu payah nak cari babysitter untuk Amani.. Sekarang alhamdulillah Hubby dah mula keja part time, bolehla tambah2 duit nak saving untuk balik Malaysia nanti Insyaallah. Alhamdulillah kehidupan family semakin stabil di sini tapi yang tak stabilnya dan masih pending is my study and research life wargghhhh.. Sedih je bila tgk kawan2 kat sini and yang sambung kat tmpt lain, their works are progressing.. Me? ermmm nak kata 20% pun payah sbb masih terkial2 mencari arah tuju research and masih struggle juggling between mommy's for my lil baby and 2yrs todd and Phd student. Its really hard tho, but I have to handle it anyway. 

Sedih, letih, frustrated and you name it, i felt everything. The negativity is surrounding me. But you know what, sesusah mana pun aye rasa dan hadapi, I can still smile, laugh at myself and even make silly jokes. Why? because I have ALLAH, HE knows what best for me, I'm not going to quit or give up easily. There is always a beautiful rainbow after a heavy storm. I believe in that. And you, yes you my loyal reader (kalau adala kan), don't dare to give up if you've been tested. Sesusah seteruk mana pun kita diuji masih ada insan lain yang lebih teruk diuji. Orang beriman pasti diujikan. Jadi banyakkan bersabar dan terus berusaha untuk capai kejayaan. Don't you dare to give up YAZMIN! Go Ibu, Go Ibu yeah yeah  =)

** nukilan ni sebenarnya untuk aye untuk fire up the spirit..  takda kena mengena dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia

 

Sunday, April 8, 2012

Exam Mode

Salam,

This is a quick update, currently on exam mode.. so wont 'membebel' banyak2 sangat, I owe you guys lots of stories.. Insyaallah will update very soon after my exam day, April 9, Monday for Stat in Eng and April 12, Thurs for Principle of Polymer Sc. After that horrrayyyy!! I will story about Amani's birthday celebration, hospital registration, short visit to Maple Syrup Festivals and our new ride..   So, hope u guys dapat tunggu my update dengan sabarnya okay! Nak sambung study balik, bye!

Wednesday, March 7, 2012

25 weeks, 15 more weeks to go

Salam

Malam2 camni terasa nak update pasal perkembangan my second baby pulak. Sebelum ni aye mcam selit2 ja dalam entri lain.. Mata memang dah ngantok tapi aye gagahkan diri jugak nak update ni sebab hari ni terasa letih pulak sepanjang aye mengandung ni. Sebelum ni aye memang aktif ja, boleh ja nak berjaga pkl 2-3 pagi tapi mungkin sbb kandungan semakin membesar aye jadi cepat mengah and cepat letih. Alhamdulillah sepanjang aye mengandung kali ni takdak masalah sangat (meaning masalah dengan kandungan). Tapi aye diuji dengan maha hebatnya masa kandungan mencecah 5 bulan., dengan pelbagai ujian. Masa nila aye ada masalah 'besar' dengan supervisor dan aye pernah terjatuh atas ais yang membeku. Ditambah pulak term ni aye amik 2 core course. Masa ni aye rasa stress sangat, tapi alhamdulillah aye dapat kekuatan dari ALLAH dan sokongan yang tak putus2 dari husband and kawan2. Aye bersyukur sangat, aye anggap musibah yang berlaku sebagai penguat semangat aye untuk teruskan perjuangan untuk genggam PhD.

Masa aye jatuh tu, ALLAH saja yang tau mcamana perasaann aye masa tu. Aye patah balik rumah (masa tu on the way nak ke kelas pagi2, pastu tak nampak black ice, terjatuh kedepuk mcam nangka busuk huhu). Balik rumah ja aye macam tak dapat kawal perasaan aye, pastu mula menangis kat hubby "Sayang anak kita sayangggg... huhuhuh huhuhuhu" sob sob sob Dahla masa tu tengah stress dengan study pastu terjatuh teruk pulak, hubby tengok pun termenangis sama tengok keadaan aye masa tu. Mungkin sebab stress dengan masalah study ditambah pulak jatuh masa 5 bulan mengandung sbbkan aye berfikir yang bukan-bukan. Terpikir dah gugur dah masa tu. Memang badan ni terasa sakit sangat, bahagian pelvic pun sama, terasa macam ada pressure kat bahgian situ. Aye balik rumah baring and kemudian check kot2 ada darah atau fluid keluar.  Petang tu terus check kat Dr Larton and bgtau kat dia yang aye terjatuh. Dia pun cuak and siap check ada tak contraction and dia siap check kalau2 berlaku dialation. Alhamdulillah ALLAH bagi peluang untuk aye teruskan kandungan ni. Baby selamat cuma aye je sakit2 badan dan bahagian pinggang ni mmgla sakit teramat sangat. Dr pun dah pesan if aye terasa contraction yang kerap terus ke hospital tapi setakat ni sekali ja aye pernah rasa contraction. Tapi kejap jala.

Setakat ni setiap minggu aye check perut. Minggu ni dah 25 weeks, jadi adala lebih kurang 15 weeks lagi. Alhamdulillah baby sangatla aktif dan membesar dengan sempurna. Nanti aye ada check up dengan dr specialist pulak 26 Mac ni. And 2kali aye scan, diorang detect baby boy. Alhamdulillah, aye pun bersyukur sangat baby ni dapat membesar dengan sihat walaupun dilanda macam2 dugaan. Aye berharap anak ini akan menjad seorang yang tabah dan kuat. Aye memang banyak berjalan dan kalau naik bas tu if bas penuh memang aye berdiri ja sbb perut tak nampak (winter coat tebal pastu tak nampak la perut yang memboyot ni ,p). Mudah2an senang bersalin la kan (^^) 

Okala guys tu ja nak cerita perkembangan my second baby setakat ni. Nama dah ada hehe tapi tunggula lepaih bersalin baru aye nak bgtau nama tu. Keep on updating! 


*hi aunty2 semua doakan saya sihat selalu ya* (^^)

Friday, February 24, 2012

Congratulation Dr. Noorlisa!

Salam,

Best dak aye dok update entry hari2 ni.. hehe Biasala time reading week ni, kelas takdak and sambil2 nak siapkan assignment tu, 'terajin' la jugak kan nak update entry tiap2 hari ni. Okay, kisah ni terjadi minggu lepas, yakni jatuh hari yang sama dengan birthday aye, 16 Februari 2012. Aye attend Phd defense Kak Lisa. Kiranya dia la paling senior antara kami semua. Aye pegi dengan kakak2 senior yang lain nak bagi semangat 'Malaysia Boleh' kat Kak Lisa. Masa masuk bilik viva tu aye pulak yang rasa cuak, bukan apa, examiner ada 4 org (sorang thru phone), sorang chairperson, and 3 orang supervisor (sorang lagi thru phone). Terasa ooo perasaan berdebar tu, tapi aye tgk Kak Lisa ni rilek ja, chill ja.. fuhhh mmg susah ah nak jumpak orang camni. Tapi muka dia nampak letih sikit, mungkin sebab tak cukup tido nak menempuh hari yang penuh bersejarah ni. Rasanya lagi syok kalau sambil2 layan gambar kan (amboi mentang2 ada camera baru reja dok boh gambar ja noh) (^^)

*Perjuangan bermula*


Mula2 macam biasala, sesi presentation dalam 30 minit camtu, lepas tu la sesi Q&A yang buat aye pun cuak, setiap examiner akan diberi peluang untuk tanya soalan, tu baru 1st round, soalan jangan tanyala, semua peringkat2 Prof dah, soalan yang boleh buat otak bengkak kot.. Tapi aye cukup kagum dengan Kak Lisa, dia boleh ja dengan rileks ja jawab semua soalan, mmgla tak semua dia dapat jawab, biasala keadaan masa tu yang cukup tensed ditambah dengan soalan bertalu2 macam peluru. Rupanya ada lagi 2nd round, bayangkanla 1st round pun dah amik masa dekat 2jam, kalau 2nd round tu taktaula.. nasib baikla chairperson tu suruh setiap examiner and supervisor limit the question to only one brief question je untuk 2nd round ni, after menempuh 1jam setengah, tamatla sesi Q&A untuk PhD defense Kak Lisa. Kiranya overall PhD defense tu, 3 jam setengah.. Memang lenguhla kaki Kak Lisa sebab non stop and kena berdiri ja sepanjang viva tu. Then tibala masa yang dinanti2kan, kami semua diminta untuk berada di luar sementara examiners nak bincang2.. Then after 20 min camtu, susah payah, penat jerih Kak Lisa selama 4 tahun ni terbalas, dia berjaya dapat 1 (berjaya dengan minor correction).. Memang minor sangatla, tu pun typo error, memang aye respect habis kat dia..  

*supporter kuat Kak Lisa*
*Kak Lisa dipanggil masuk untuk terima keputusan*
*Ur's truly biasala berdebar jugak nak tau keputusan terjengok2 kat pintu tu*

*Alhamdulillah she made it -bersama panel jury*

Alhamdulillah sepanjang aye tgk viva Kak Lisa, sedikit banyak dah motivate aye dan aye dapat semangat nak siapkan Phd yang masih jauuuuuuhhhhh perjalanannya ni.. Boleh aye simpulkan beberapa point untuk peringatan  aye:

1) jaga hubungan dengan ALLAH- super-important things and you just cant deny it. If you are able to be a good and humble person in every single way (solat, jaga iman, aurat, hubungan dengan kawan2, family). Insyaallah , you can always see light at the end of the tunnel.. Yazmin.. hang rajin2la solat di awal waktu, baca al-quran, sembahyang sunat tu kalau boleh janganla tinggai.. yang penting jugak jaga hati/taat suami dan besarkan anak2 dengan sempurna naa.. (ni monolog dalaman kihkih)

2) knows your research very very well.. you should be an expertise, should conquer all the basic and background.. (e.g: as for me i should know about the principle of molecular biology/biochemistry, why this happen, why choose this method, elaborate and find connection between your research background and research findings, is there novelty in your research)


3) be super-good to your supervisor.. raised your supervisor trust on your works.. should be able to drag her/his attention on what are you doing (bukanla sampai jadi kak bodek hokay!). if produce quality research and work hard on your work, belief me, your supervisor will help you in your thesis/ viva (^^)

4) presentation on viva day must be simple yet complete for 4 years work- maybe this is quite challenging, you should know how to present and compile all your works in a few slides and make all the 'judges' understand what are you trying to tell them, and of course you should also understand them first. This can be done by doing a lots of practice (attend oral seminar/ presentation with friends/supervisor, kat rumah bercakap depan cermin) 

Hrmmm rasanya, tu jala kot yang aye leh simpulkan.. ni untuk peringatan diri sendiri.. Aye nak jugak berjaya dan mendapat apa yang dicita2kan selama ini.. Aminn.. Apapun aye nak ucapkan tahniah untuk Dr. Noorlisa  (^_________^)








Wednesday, February 15, 2012

Exam hoi hoi..

Salam,

Esok aye ada exam Statistic.. Tengah dok pulun study ni, adoyai... lama dah tinggai math ni rasa macam 'bengap' plak huhu Takda apapun nak update, skarang ni tgh 'berkurung' dalam bilik, kalau tak Amani ni suka terjah masuk and ganggu proses pembelajaran ni.. Acewah.. Ermm nak update apa lagi, skarang ni mmg tengah heavy winter, so after exam ni bolehla pi berjimba main snow kat Chicopee. Aye almaklumla tengah sarat ni takdela nak ikut aktiviti skiing atau snow tubing tapi lebih kepada duduk dan makan hehehe Takpala tahun depan aye nak cuba gak, skiing antara 'things that I wanna do in my life'.. Dulu syok je tgk gambar kwn2 main ski ni, harusla dah ada opp ni aye nak cuba gak, tapi we'll see, ski sambil pgg 2 orag anak style dak hehehehe (=.=) . Oklah nak sambung study, baru rasa fresh sikit dapat berhenti gor a few min. Okay till see u ppl, keep on updating

Friday, February 10, 2012

Wajah baru semangat baru

Salam,

Akhirnya bertukar wajah jugak blog aye ni.. Nampak lebih fresh and vibrant kan.. Ni sempena semangat baru nak berblog, dah agak lama aye sepikan diri.. Apa yang aye boleh katakan sekarang ni, during 5 month pregnancy, aye 'jatuh tersungkur' dalam PhD journey ni.. Can u imagine only 5 month I started my Phd study dah 'tersungkur' huhu.. Hati sapa yang tak sedih, tapi dont worry ppl, I'm not going to discourage u by writing 'negative perception' about PhD.. I need to be stronger and fight till I can achieve my dreams.. And so are u guys, jangan mudah give up dan sentiasala bersabar dengan segala dugaan dalam hidup kita. 

Aye anggap ini sebahagian dari ujian dari ALLAH sebab ALLAH sayangkan aye dan sebagai penghapus dosa, " Ya ALLAH engkau berikanlah pahala atas musibah yang berlaku kepadaku, dan engkau gantilah dengan sesuatu yang lebih baik" .. KAdang2 memang ada ja syaiton cucuk kat jarum2 halus ni tapi aye kuatkan hati dan sebagai seorang muslim, senjata kita untuk musnahkan syaiton tu dengan solat dan berdoa. Alhamdulillah ppl can see me still smiling and even makes silly jokes.. Well that's me..  Aye pun harap agar kalian doakan aye..Permudahkan semua urusan, itu ja yang aje harapkan..

*penguat semangat aye*

Saturday, January 21, 2012

What inside my mind

Salam

Currently busy and below figure is what am thinking about my Phd study.. hehe 

Friday, December 23, 2011

Reviving Islamic Spirit

Salam

Its 3am now and I am wide awake and want to pack some stuff as we're going to take 4 days off to Toronto to attend R.I.S or Islamic Convention. After gone thru few hectic weeks, finally aye boleh merehatkan diri sambil menimba ilmu dan bawa family berjalan2, alhamdulillah. Convention ni diadakan setiap tahun, dan ini merupakan the best gateway for muslim sebab diadakan setiap kali krismas, yelah kita bukan nak sambut pun jadik ada baiknya attend majlis yang bermanfaat ni ye idak.. Nak cerita lebih lanjut pasal majlis ni pun aye malas sebab nak kena packing barang. Nanti after aye balik dari convention tu nanti aye akan cerita lebih lanjut sbb nak cerita sekarang pun bukannya tau sangat pun sebab first time attend kan.. Kat hotel ada ja wireless tapi tgkla tahap kerajinan aye nak update blog nak cerita pasal convention ni.. Convention ni 3 hari je bermula esok sampaila ahad, tapi aye extend stay kat sana for another 2days sbb ingat nak meronda Toronto city dan nak ber'boxing' day kat sana. Bila lagi nak merasa cuti panjang, lepas ni bila term dah start mmg konfirm sibuknye.. Okay till meet again ppl. 

Saturday, December 17, 2011

Yang kedua

Salam

Skarang ni still kat office lab menunggu nak sampling till pkl 1015malam, owh lambatnya masa berlalu.. Yerp u're right Puan Ku Nuha Ku Adnan.. hehehe I am 3month pregnant now, alhamdulillah. Sebenarnya kali kedua ni mcm 'teraccident' sbb silap kira plak, tapi apapun aye tetap syukur. Mungkin berkat semayang Dhuha (disarankan kepada wanita yang masih belum dapat anak, rajin2 la semayang dhuha, murah rezki nak dapatkan anak insyaallah). Masa mula2 check tu mcm takut ja nak bgtau kat sapa2 cuma recently ja aye burst the news sbb dah melepasi fasa2 high percentage nak miscarriage. Alhamdulillah aye semakin sihat sbb kali ni mmg alahan, morning sickness yang teruk masa 1st trimester tu. Sekarang ni alhamdulillah much better dan rasa semangat sangat nak buat kerja sampaikan on friday night pun boleh dok menggagahkan diri dok kat lab ni..Its really a tough job man! huhu  Namun syukur ALLAH bagi aye kekuatan nak menempuh segala dugaan ni.

Nasib baikla medical check up ni boleh pakai kad UHIP which setiap student Uni of Waterloo wajib enroll. Tak payah bayaq sesen pun sampaikan nanti nak bersalin pun pakai kad ni ja. Setakat ni dah 2kali aye jumpa personal dr (kat sini wajib ada personal doc) which sangatla baik. Masa kat Malaysia dulu doc just check yang perlu2 ja, tapi diorang ni siap bagi consultation lagi and banyak info yang diorang bagi sangat informative. hari tu dah dengar degupan jantung baby, alhamdulillah dapat lagi merasakan perasaan indah tu bila dengar second child heart beat. At first, doc tu cuba banyak kali tapi still tak dengar heart beat lagi. aye ni dah mulala cuak, tapi I think after 30 min, barula dapat dengar heart beat. Terus je doc tu cakap " Because this baby gives us hard time, I think it might be a boy" hahaha pandai doc tu buat preiction no, kalau betul alhamdulillah, boleh dapat sepasang tapi tu setakat predict camtu je, mmg baby boy stubborn sikit eh? ,p  Nanti aye akan cerita lagi pasal susah senang mengandung yang kedua ni sbb banyak cabarannya. Moga anak ini pun akan menjadi kuat dan tabah sbb skarang ni aye mmg lasak berbanding ngandungkan amani dulu. Mengandung masa winter, jauh di perantauan dan baru start Phd ja.. nantikan bagaimana cabarannya nanti hehehe

Sorry la kepada reader yang jemu dok tengok aye menulis panjang2, insyaallah lepas ni aye akan upload gambar, sebab misi nak beli camera eos tu hampir tercapai hehehe nanti kita tengok ada bakat ka tak jadik photogh tak bertauliah ni hehehe Lagipun taklama lagi xmas holiday, best amik gambar ni. Tapi mgkin tahn ni diorang sambut xmas without snow, sbb mmg takdak setitik snow pun kat sini tapi mmgla udara kat sini sangat breeze and freezing sbb kadang2 ada jugak turun snow flurries tapi pastu hilang.. hrmmm entahla mgkin global warming kot sbb tempt macam tak stabil.  

Thursday, December 15, 2011

No mood for xmas holiday

Salam

Bagi most ppl kat North America ni, the most waiting month is December. Lagu2 'raya' as Santa is coming to town, and classic song Happy Xmas berkumandang merata2 tmpt including at Walmart, Conestoga Mall, Fairview Mall and even kat health department (kbtulan aye ada appointment ngan doc, macam2 lagu raya ada versi Justin Bieber la). Dorang pun cam kitala, sambutannya aye tgk mmg lebih kurang sama, di sana sini semua excited nak sambut Xmas termasukla my labmates, semangat nak take few weeks off for long holiday. Kalau macam aye, even tak sambut Xmas ni, ternanti2 holiday masa Xmas ni sbb Uni will close almost 1 week, jadi masa nila nak plan vacation ke mana2. Ada kawan2 aye plan nak ke Disneyland LA, Montreal, Quebackla.. tapi bagi aye mmg teringin nak pegi vacation, tapi aye takde mood sbb baru start labwork and I have tons of labworks to complete. Kirenya sbbkan load works yang super duper banyak aye takde semangat pun nak take few days off, hrmm rasenya time Xmas and Boxing day jela kot aye terpikir nak kemana2 tu pun rasa2 attack shopping mall jela kot, nak carik gift/barang2 yang murah2.

Last week, banyak kejadian yang berlaku tapi tak sempat lagi nak cerita2 kat sini. But will update very soon and reveal a really 'big' news untuk dikongsi ngan hampa semua =)

Friday, November 25, 2011

End of Autumn

Salam

Im down with cold fever last two days, but luckily its not getting worse. I just bed ridden. But, alhamdulillah Im fully recovered now. Last Monday, I went home a bit late as weekly meeting with my sv end almost at 5pm and at that time the weather was -2 deg.. It was a breeze and damn cold night. Dahla kena nunggu bas around 30min,  dengan ketahanan badan dalam keadaan sejuk kureng, apalagi, the next day mmg kepala rasa berat sangat and sah aye kena penangan angin-sejuk-dah-nak-winter. Harini masa aye told my labmates yang aye kena fever, diorang kata skarang ni tak sejuk lagi, and some says "Welcome to Canada" hehehehe.. Pahamla maksud diorang tu kan. ,p Its gonna be worse during winter. Owh gosh, cant really imagine how worse/ damn cold it would be.. Hrmm apapun life must go on and need to 'tahan' la.. Owh Im moving next week yeehuu and nak gatai2 tangan nak listkan bebarang yang perlu dibeli untuk rumah baru nnti:

1) Sofa bed/Futon
2) Dining table
3) Tv rack
4) Blender
5) Britax stroller

Setakat ni bebarang ni yang bermain dalam minda aye, yang lain2 akan di updatekan lagi.

pssst: ade berite tergempar/hot nak dikhabarkan but will not update later, bagi ada unsur suspen sikit hahaha kejam dak ,p (tupun kalau ade yang baca blog hang min.. kihkih ade akak kesah) 

Friday, November 18, 2011

Snowing

Salam

Hari ni 2nd time snowing kat bumi Waterloo ni.. Ramai kata turun awal, suhu asik main2 dalam 1-10 deg ja, tapi feel like minus degree dah sebb campur dengan wind. Sabor jela, aye kan naik bas.. Tunggu bas 5minit pun dah freezing dah! huhu nah rasekan nak rasa snow sangat kan ;p Tapi masa awal2 turun tu mmg kami sekeluarga teruja lbh (aye n suami je.. amani buat tak tau ja)... Yelah first time ever dapat pgg and merasa snow. Minggu lepas masa 1st time snow turun, 'keperakan' jugakla.. hehehe Teringat dulu masa kecik2 teringin nak ada salji kat rumah, ape lagi kikih ais kat freezer, hahaha last2 kena marah ngan mak sebb lecak satu rumah.. Tadi ada bace pasal prediction untuk winter tahun ni kemungkinan winter tahun ni akan menjadi lbh sejuk dari kebiasaan. Uih tak taulah camano.. harap2 aye boleh la survive melalui winter yang luar biasa sejuknye ni.. Takpe 'alah bisa tegal biasa'





Wednesday, November 2, 2011

Bye autumn.. Holla winter!

Salam

Pagi tadi aye berjalan dalam 'fogging condition' which sangatla sejuk.. dengan selamba tak pakai gloves aye meredah nak ke Uni. Dengan nak kena tunggu bas tepi jalan yang takde bus shelter sangatla mencabar.. rasa cam nak patah balik ja tadi.. End of autumn ni mmg weather sangat gloomy and sejuk kadang2 cecah 0deg.. Kadang2 aye pun terikut dengan weather yang sejak hari2 ni agak gloomy and foggy.. mood semacam je.. Tapi apa kata kita layan gambar2 aktiviti aye sepanjang autumn ni.. lagipun dah nak winter ni.. Holla baju berlapis-lapis- booties mencecah -15deg




Gambar2 kat ats ni masa pegi apple picking kat Brantford Farm.. makan apple yang fresh from da trees sangatla merangupkan dan sangat maness.. Insyaallah kalau ada kesempatan aye nak pegi lagi.. setiap season ada buah lain2..



Gambar2 ni pulak masa kitorang visit Niagara falls.. sebnarnya alang2 dah sewa keta 2hari tu yang after pegi apple picking esoknye kami terus meluncur laju ke niagara falls.. subhanallah tempat ni sangat cantek, ALLAH maha kuasa menjadikan alam ni secantik2nya.. pertembungan antara 2 buah sungai ye kwan2 sungai not laut.. From US and Canada river terhasilla falls yang maha suci hebatnya kuasa ALLAH, kat sini sangatla sejuk.. Campur dengan weather yang alsedia maklum sejuk plus mist from this fall lagi,, Teketar2 menahan sejuk.. Sebelum tu kami shopping kat Factory outlet kat Niagara ni.. Murahnyela all branded stuff kat sini.. Kalau ada kesempatan pasti nak serbu lagi tempat ni..



Ehem ni bukan Kojol ngan Sarukhan ye.. ni pengambaraan ala2 cerite Autumn In my Heart.. Nasib baik kami ada photogh prof yang tak berbayar.. Diala yang snap all the pics here.. Cantikkan all those trees dengan kaler kekuningan subhanallah... masa ni weather agak mengejutkan sbb tetiba increase till 25deg.. Agak panas sbb tu selamba je tak pakai coat.. santai je.. Best sangat kena sinaran panas matahari.. Bersyukurla korang kat Malaysia nun sebab kena matahari all the time.. kat sini baru reti rasa nikmatnya sinaran panas matahari.. huhu (T_T) mas ni weekend dan tak tau nak buat ape kat umah so calling2 semua orang ajak berpiknik kat Waterloo Park.. Weather, makanan, picnic spot, birds, trees all were perfect..

Saturday, October 8, 2011

Busy

Salam

Currently, my updated status is super bee-zee PhD candidate-mommy-wife -or u name it .. Dont worry, will updated this blog very soon.. Wait for me ya.. ade bende nak cerite hihi.. nak bagi hint sikit - insyaallah, nak buat biz kecil2an sikit.. Sini barang best punya.. ,p Tungguuu ya... Barang best ni.. 

Tuesday, September 6, 2011

Sejuk oi kat sini!

Salam

Kat sini dah nak masuk fall, sejuk kemain oi, dengan hujan plus angin plus suhu mencecah 11deg, pagi tadi keluar jalan2 cari rumah *konon ada appointment tapi telah dikecewakan oleh agen ceh.. Okay part tu kita skip takmo cerita yang sedih2.. 

Berjalan dalam keadaan suhu 13deg sangatla sejuk ditambah pulak dengan angin nasib baik tak hujan. Biasala kat sini kami kemana2 naik bas n jalan kaki ja, nak beli keta lesen takdak lagi.. Plus kena ada rumah dulu kereta kemudian takpe. Kesian kat Amani sebb aye terlupa bawak warm jacket dia,  kalut sebab kami dah terlewat nak ke appointment asalnya. Mulut ngan tangan dah naik biru2 manje tapi dia still maintain, aye je yang terketar2 dah. 

Bila dah kehulu kehilir cari rumah tak dapat, kami amik keputusan ke Kishki nak beli ayam mentah and rempah ratus, pastu terus jalan laju2 tunggu bas, nasib baik kat bus stand ada wind shield, dapatla menghalang kesejukan masuk ke kalbuku *kemain metafora. Balik2 rumah je lapor terus, hubby rajin buat nasik tomato dengan ayam masak merah.. Hilang terus segala penat lelah. Sekian laporan cuaca untuk hari ni hihihi eh tetibaaa... Dan kita sudahi dengan sekeping gambar aye tunggu bas dengan fashion tudung terkini.. enjoicee..


Tahu tak berapa jadik hihi *_*

Monday, September 5, 2011

Journey to Canada- Part 2

Salam

Kita sambung lagi.... kat mana kita? oh ya.. On August 23rd, we took hotel's bus dari Concorde Inn ke KLIA and took 15min ride, tak kalut sangatla pagi tu sbb sahur disediakan.. kami siap2 dalam kul 7am terus ke KLIA.. Check in baggage.. Ok kali ni dah cool sikit sbb dah tau procedure, yang hooray lagi tak payah 'kutip' bag kat HK dah sbb diorang terus check in masuk ke Air Canada terus alhamdulillah.. Masa nak boarding, tetiba aye terkejut sbb dengar deruman orang berlari masa tu mmg dah cuak sbb ingatkan ada hal kecemasan ka.. rupa2nya.. a bunch of girl tgh dok kejar sorang hot korean guy, tak sure nama apa tapi one of boys over flower actor, ala group F4 kot, yang cute2 yang suke tido tu haa yang tula.. He's rite behind me when he's PA showed up, dok tolak2 aye and commanded the police bagi laluan kat diorang.. 

"Well hello excuse me miss.. Keep in  line please..Why are u keep pushing me? can't u see I have baby here.. Hello!!" 

Okeh tipu aye tak cakap camtu.. hanya bermonolog dalam hati.. Tapi sungguh dia tolak2 aye.. konon2 diorang mooooreee important.. Boooo.. Hangin dah tapi nasib baikla polis yang baik hati marah2 diorang suruh tunggu and keep in line.. Pastu boleh PA dia tu cam buat muka tak puas hati lak.. Eh ko pehal mai negara orang hormatla sikit.. Nak buat diva2 kat sini.. Pigidahhhh!!!! Dan jugakla took a snapshot of him.. Hehe nk tunjuk bukti kedivaan mereka.. He is ok but his PA gotto work more on her attitude.. Masuk kandang kambing mengembekla woi.. 



Spot him?? I stood quite distance from him plus we're in a rush.. Nampak sikit pun jadikla

Dah on-board semuanya lega dah and its time to say bye-bye Malaysia.. Jumpa lagi after 2yrs *target balik raya tuh* Insyaallah. And MAS airline was tiptop.. And we got seated in a roomy seat (Economy seat).. Eventhough Amani kena dok on lap tapi no worries sebab tak rasa sangatla sebab ada space for her to play and sit and play and sleep.. Tulah keje dia in-flight kan.. And talking about the foodies.. MAS is the best ever!! Disbbkan kami berpuasa, so just fed amani je with those yummy foodies.. telan ayaq liur jela.. Luckily the flight took about 3hrs and we landed early from the scheduled. And we even got a 'present' from in-flight attendance, sbb diorang kesian kot tgk kami tak makan apa2.. Nice one!! Love MAS.. naikla MAS weh wpun mahal sikit tapi kompom hampa tak keciwa ngan perkhidmatan diorang =)

Kini ceritera bermula bila di negara orang. HK Airport superb and sangatla besaaaaaarrrrrrr. Tapi in terms of perkhidmatan diorang, sub-zero okayyy! Dahla kami tersilap masuk terminal, signage tak jelas and nak communicate dengan diorang pun punyala payah.. Dahla tak ramah tamah, muka masam mencuka ja.. Takpe, kami sabar je, sebab puasa kan.. Bila dah ke Information Counter, barula paham rupanya kami ni tersalah masuk terminal dan kena patah balik, dahla moving ramp takde, terpaksa jalan/berlari ke arah bertentangan rasa2 lebih kurang 3km kot kami jalan.. Dahla masa tu pkl 2.30pm, kena on-board dah sepatutnya sbb flight pkl 3.05pm, kalut sangat masa ni.. Bila dah jumpak dan nak check in cuak pulak sbb dia mintak study permit and work permit, bila tunjuk letters from Visa office dia kata bukan, adoyai.. Rupa2nya dia yang tersilap, pastu dia leh cakap camni kat kami..

" Go upstairs right now, you're late! On-board immediately!" Dengan muka garang cam singa.. Ceh.. Manner please!! Sabarr.....sabarrr ... Grrrrr grrrr

Sbb lambat, kami sempat bergambar kejap je kat HK

Masuk je kapal, lalu first class, besarrr, masuk je economy seat.. Adoyai.. punyala sempit.. Dahla dapat seat kat hujung pulak tu, seat muat2 ja ngan kami, Amani dahla kena on lap.. Owh USM, kan aye dah bagitau, bagila extra seat untuk kami.. mana ada bassinet pun,, 14hrs on lap tahu.. Takpela, kebas pun takpe, orang dah bagi ye tak.. Nak tidur pun mana ada space, meragam pulak tu, yelah sempit kot.. Mencabar betol, dah lama sangat dalam flight and Amani tak larat nak tido aye bawakla dia ke belakang nak stretch out our leg yang dah kekebasan..  Okla ada gakla space dia nak main2 and tak meragam sangat.. Nak cakap pasal makanan.. erm tak payahla.. Yang penting kalau sesapa berhajat nak datang sini make sure Air Canada is your LAST choice!! Bagai langit dengan bumi antara MAS and AC airlines.. huhu dahla takmo cakap pasal AC lagi huhu it makes me reminds to those unpleasant time. To MAS, do add Toronto in your list, pleasee! Air Asia pun boleyy.. =)
In the 'shoebox' flight.. hehehe gotta say this 

Toronto from above, nice view.. green!
We safely landed at 6pm, on August 23rd at Pearson Intl, Toronto. Everything went well including in Immigration Office, and finally got stamped Study permit and work permit on our passport. Dah collect baggage semua, kena cari Airway transit untuk ke Waterloo pulak, dari Toronto it took 1 1/2 hrs, kami yang kepenatan mmg tido jela.. Bila dah sampai, aye jadik macam clueless sebab lupa yang aye bagitau K. As yang kami akan sampai around 6am on August 24th, dahla lupa tanya rumah diorang no berapa.. huhu *perhatian: kat sini lambat 12hrs so mmg sampai hari yang sama jugakla, aye lupa*. Nasib baikla, masa dok cari2 rumah tu, hubby terjumpak dengan K. Lisa and now we're safe. Nasib baikla K.Lisa yang baru balik dari masjid ternampak kami and dia terus amik kunci and tunjukkan rumah K.Lin. Diorang siap maskkn untuk kami lagi huhu.. Thanks sangat kat kakak semua, really appreciate it! Now, we're here.. berhari raya kat sini pun sudah.. Past 2 weeks kami still jet-lag sebab tu amik masa nak update blog hehe skarang dah ok.. We're doing good here just lil bit cold, still adapting with  new env. and alhamdulillah so far it was okay lagi.. Dah banyak aye berceloteh tunggu plak Part 3.. eh takdela gurau ja, nanti aye cerita pasal sambutan lebaran kat sini pulak k.. Bye have a nice day.. and not to late to say this...

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tmpt kami menumpang nice!

Journey to Canada- Part 1

Salam

*hasil penulisan ini terkepam agak lama and dah basi pun.. hihi harap maklum*

I'm back!! Weehuuuu after settling and adjusting in this new environment, I'm here to strike back.. Will keep on updating everyday.. Insyaallah.. Puhyoo kemain poyo tulis in eng ewww.. hehehe kanpe adapting! Ade ke yang merindu hasil tulisan aye ni, sapela aye si penulis blog kecil2an hehe okla cut the crap. Ok nak cerita pasal journey aye ke Canada, negara yang far-far away which takes 18hours in plane yo.. Urgh freaking exhausted and ada gak kadang2 nak kedebom dengan karenah org yang pelbagai.. Nsb baik bulan ramadhan, itu syaiton tak kacau, tapi adala sikit2 gak hampir nak meletup.. huhu biasala manusia tak perfect! Ok kat mana ek nak start ermm sambil tgk gambar aye berceghita k.. Baru y'all feelin it.. 

Aye bertolak dari Penang on August 22nd, pkl 8.40pm awal sejam dari original booking.. Nasib baik aye call travel agency kalo dak tak tau pun flight tukar.. Dahla dari Sungai Petani bertolak dalam pkl 5ptg camtu, pastu jammed plak kat Penang (jalan nak ke Penang Airport).. Dalam hati Tuhan saja yang tau, takut terlepas flight la sbb quite heavy jammed.. Alhamdulillah sampai dalam pkl 7pm camtu aye terus check in baggage, tapi di situ kisah bermula ya.. Kami bwak excess luggage, mmg dah agak pun sebab yelah bwk barang kemain banyak.. ehem 4thn taw.. tapi bila cik abg kat kaunter tu kata will have prob masa kat HK nanti, masa tu aye baru cuak, terpaksa re-arrange luggage balik supaya each bag weigh no more than 23kilos *peringatan ye kawan2*, so di-advise beli another bag.. jadi bertambahle beg kitorang, tapi takpe biar beg banyak asalkan kurang dari 23kilos, yang syoknya tak tgk dah kiri kanan, punggah beg.. pastu masa tu pakat tolong 'punggah' beg kitorang.. hehehe kena marah le sebb bwk banyak sangat barang hihi nak buat camana, lama cek nak pi nih.. pastu dah settle barang sampai bkk posa pun tak ketahuan hala.. Nasib baik aye cuti hehe.. Kesian kat hubbyla..
Berbuka posa dengan McD je.. sbb kekalutan huhu

Tok gagahkan diri hantar kami huhu really miss her T_T
Pastu dalam 8.00pm baru kami settle check in and kena boarding dah.. Masa nak masuk tu mmg rasa sayu n sedih sangat.. Sedu-sedan dibuatnya.. Berlenang ayaq mata jugakla.. Peluk sedara mara yang mai.. peluk mak lagila.. syahdu sesangat.. Amani buleh buat muka hairan kenapala ibu dia dok nangis.. Dah on-board risau jugak kalau amani buat perangai ka, yela first time, tapi mmgla itu budak sangat behave.. senyap ja duduk and baik2 tido atas seat... We safely landed on 9.45pm.. dan terus menuju ke Concorde Inn Hotel, tak banyak cerita terus tido sebab esok nak bangun awal untuk ke HK dan seterusnya ke Toronto..Ok stop sat nanti kita ke Part 2.. which more adventure and mmgla sangat mencabar keimanan kami... Enjoy the pics okeh..



Mandat terakhir before boarding


Sebahagian sepupu n makcik n SIL yang hantar  terharunya ramai hantar

Detik syahdu.. hugs mak kuat2 huhu really miss her T_T

Its time to go, really hard to let Amani go arent you? huhu