Showing posts with label Randomania. Show all posts
Showing posts with label Randomania. Show all posts

Friday, February 28, 2014

{Mode}: Rindu blog

Salam,

Rindu nak kongsi idea organize dalam ni.

Rindu nak spill out idea and run wild with words dalam ni. 

Rindu nak update organizing idea and life stories dalam ni.

But currently,

I have lots lots lots of works need to be done.

Review paper.

Another publication paper.

Abstract for conferences.

Experiments and sub-experiment.

and it need to be done before am taking ten days vacation on April {oh cant wait hehe} and I will share on how to organize or pack stuff for vacation {we opt for road trip so its gonna be a long list esp with the kids}

Okay, till then 

Tuesday, February 18, 2014

{Repurpose Idea}: Kek tak jadi

Salam,

Pernah tak buat kek, pastu kek tak berapa jadi. Kek tak naik, kek keras atau terleka jap pastu kek slightly burnt. Selalunya apa hampa buat? Takkan nak buang, makanla jugak sambil-meleleh-air-mata-kan hehe okay a bit drama disitu. Frust sebab kek tak jadi? Fret not, harini aye nak share pasal repurpose idea untuk kek yang tak menjadi ni. Ada banyak idea sebenarnya macamana nak reuse kek yang tak jadi ni. Salah satunya tukarkan kek tu ke pop cake. Sekarang quite popular this pop cake {ala2 pop candy}, tambahan pulak ramai suka especially kids. Okay what do we need to transform the cake from zero to hero aceh (^.^)



1) The zero cake - kek yang tak jadi {cake a bit hard, *ehem* I meant to do that (-.-")}



2) Pop cake decorating kit 

OR

Kalau takdak kit ni just guna bahan2 seperti gambar kat bawah ni:



** choc bar tu akan dicairkan, sprinkles sebagai hiasan, and candy sticks untuk cucuk pop cake tu nanti {guna lidi sate pun boleh}



3) Philadelphia cream cheese

Cara-cara:


1- Crumble the cake and mix with cream cheese {mix until boleh kepal2}
2- Kepal2 adunan macam buat meatball
3- Cucuk candy sticks {tips: dip sedikit choc cair dan cucuk} dan masukkan ke dalam fridge selama 10 minit
4- Celup ke dalam choc cair dan hiaskan dengan sprinkles.


HASILNYA...



Selamat mencuba!

Saturday, February 8, 2014

{Random thought}: Berhias diri di rumah

Salam,

Sekarang jam hampir pukul 4.35 petang waktu Kanada. Masih di lab menghabiskan sisa2 kerja. Kalau kat rumah memang tak jadi apa, dengan budak kecik jantung hati dua orang tu, kena layan setiap masa. Nak cerita pasal malam semalam {ke kelmarin eh takpala hentam jala}, aye bangun pukul 5 pagi sebab nak bangun sembahyang Isya' sebab tertidur {kat sini Subuh masuk pukul 6.15pagi}. Keletihan melayan Amru yang cranky sepanjang malam. Asyik nak 'melekat' dengan aye. Penat. Masuk bilik air, pastu tengok diri sendiri di cermin. MasyaAllah serabut dan kusutnya. Dengan rambut dan baju yang kusut. Bersihkan diri, sembahyang Isya'. Tak sempat nak sambung sembahyang malam. Amru merengek lagi. Kali ini dengan kakak nya join nangis. Serabut. Aye tidurkan diorang tapi tiba2 mata ni terkebil2 dan otak ligat berdialog dalaman. "Aku kat rumah ni serabut ja manjang, sepatutnya perlu berhias cantik2 untuk suami tapi dengan keadaan anak2, dengan study, diri sendiri tak sempat jaga. Sedih tengok diri sendiri. Harap2 suami tak kisahla"

Siapa ada masalah yang sama macam aye? Angkat tangan. Uihhh ramai hehe..  

Bukan apa, aye terfikir, kenapa wujudnya stigma masyarakat {uih ayat sopestikated gitu} yang mengatakan isteri kat rumah bukan main serabut tapi kalau keluar kemain cantik, patutnya kenala berhias untuk suami di rumah etc.. etc..etc.. Ya memang betul, aye tak nafikan memang dekat rumahla {I mean dekat suami} kita dapat kutip pahala banyak2. Tapi janganla harapkan penampilan si isteri ni macam model setiap masa {tapi takdala buruk setiap masa}. Dapat pakai baju kelawar dengan bedak {baby} pun dah untung tahu (^^)

Kadang2, baru nak mandi, anak pulak poo poo, siapa orang pertama akan angkat anak pergi bersihkan? Mandi baru 2 minit, anak menjerit nak makan {walaupun dia tahu ayahnya ada}. Mandi laju2, sabun pun sekadar perlu, nak shampoo tunggu hujung minggu. Baju, ambik yang mana dan {sempat}. Color blocking kat rumah, selalu dah. Kadang2 tak sedar terambik baju suami haha Bedak pun pakai anak punya {cuba jugak tu nak berhias ,p}. Siap. Sediakan makan minum. Anak senang hati kita apatah lagi. Buat aktiviti dengan anak. Selesaikan kerja2 rumah, kerja sekolah. Sedar tak sedar dah malam. Tambah2 dengan organize junkie macam aye ni, pantang nampak rumah berserabut, mulala hati pun cepat serabut haha Keadaan akan menjadi parah lagi kalau ada assignment nak kena hantar atau ada deadline kerja, bertambah kusut dan serabut tu. Jadi, bila masanya nak berhias? Jeng.. jeng..jeng..

Kalau nak keluar jalan ke mana2 pulak, masa nila isteri2 ada SEDIKIT masa nak siapkan diri {tapi selalunya semuanya buat laju2 la kan}. Yelah takkan nak keluar 'ter'pakai baju suami, baju kelawar? Kan dah tak tutup aurat tu. Perlula pakai pakaian yang sesuai, menutup aurat sudah semestinya. Keluar tu pakaila bedak {baby} lebih sikit je. Letakla secalit lip gloss/lipstik {yang dah tinggal separuh sebab anak main conteng rumah haisshhh}. Pakai tudung tutup rambut yang kusut tu. Mungkin dah nampak cantik SIKIT ja dari duduk kat rumah kan. Sebab tula suami nampak isterinya LAIN sikit berbanding kat rumah. 

Alasan. 

Sebenarnya maksud aye disini. Kadang2 atau selalunya ibu2 ni tak sempat nak berhias. Bukan dia tak mahu. Memang aye tak nafikan ada ja isteri/ibu yang pandai curi masa nak berhias untuk suami. Ada. Well done untuk depa. Tapi mungkin situasi dia tak sama dengan kita {I mean yang tak sempat berhias ni}. Mungkin anaknya senang diurus, beza dengan anak yang agak cranky. Mungkin suaminya ringan tulang bantu kerja rumah, mungkin ada yang sebaliknya. 

Kesimpulannya, don't judge people.. don't judge.. Setiap orang adalah unik dan punya masalah dan situasi yang berbeza {even our thumb is unique okay, eh tetiba genetic pulak}. Janganla ringan mulut kata suami si toot.. toot cari lain sebab tak pandai berhias la etc. Mungkin si isteri tu dah cuba yang terbaik tapi manusia kan tak pernah sempurna. Sebab tu dalam Islam sendiri dah mengingatkan yang backbiting is haram! Ingat ya.. Semua ni adalah random thought aye. Takda kena mengena dengan sesiapa melainkan diri sendiri. Sesiapa in the same boat, sepp sikit (^_____________ ^)

** bila dalam sehari kita berhias special sikitla kan, mesti suami akan kata nak keluar pergi mana pulak ni? Eh berhias untuk dia pun tak boleh beza dah hehehe macam macam.. 

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan

Salam,

Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini.. Hari ni dah masuk 2 Ramadhan kat Waterloo, kami *ehem* hubby berjaya mengharungi puasa selama 17 jam.. alhamdulillah..  (Aye dok menghitung hari ja ni nak habis pantang/ darah nifas). Tahun ni bulan puasa jatuh mid summer, jadinya siang panjang.. malam pendek.. Subuh pkl 4pg and maghrib pkl 9 malam., isyak dekat pkl 11mlm, hubby terawikh kat masjid habis dekat pkl 1pagi jugakla. pastu dia balik tido dalam 2jam, pkl 3 bangun balik bersahur.. Lepas dah subuh mmg la mata tak larat nak bkk dah, pastu apa lagi caloo tidoq la sampai esok tengaharinya hehe (^^). Tula rutin  dia setiap hari eceh padahal baru hari kedua posa kan.. Insyaallah kalau terdaya aye akan cuba berpuasa, bukanpe aye EBM Amru Rayyan, mmg cepat dahaga cepat lapar.. Mudah2an aye dapat bertahanla..  Tahun ni dah tak sama macam tahun2 yang lepas, yang pertama of course la berpuasa kat Kanada, takde roh atau semangat ramadhan.. yelah kalau kat malaysia nun, terasa semangat ramadhan, kat tv, ceramah2 agama, bacaan tadarus kat surau2, rancangan tv berbentuk kerohanian/ke'ramadhan'an kat sini, mana ada, takleh tgk Ketuk2 ramadhan hehe tambah2 aye tak dapat berjemaah terawikh kat masjid, mmg tak rasa apa la kan, tambah lagi aye tak berpuasa.. hrmmm mmg rasa tak best.. uhuhu Satu lagi aye rindukan pengumuman puasa, kat sini nak tau puasa ka dak just tgk website ja.. Keduanya tentunya aye rindukan nak berbuka puasa ramai2 dengan family, kat sini hubby terpaksa berbuka dan bersahur sorang2 sbb aye kena jaga si kecik, kesian ja tgk dia.. Amru Rayyan still adjusting.. meaning merap dengan aye pantang letak la.. Nak makan terpaksa bergilir jaga.. Seterusnya tentunya aye rindukan bazaar ramadhan ehe.. Selalunya kalau kat malaysia ni, balik kerja ja mesti melangkah laju dari gerai ke gerai kat bazaar ramadhan Taman Ria tu.. Cari menu berbuka 'juadah tunjuk'.. Tapi inila adat orang merantau, moga diberikan kami kesabaran dan keberkatan dalm bulan yang penuh barakah ni. 

Sempena dengan bulan penuh rahmat ni, aye nak menghulur seribu kemaafan kalau2 ada yang terkecil hati, terasa dengan setiap tindak tanduk aye, ataupun rasa cam aye ni dok menunjuk ka maaf dipinta, sama2la kita berusaha meningkatkan ibadat dan menjadi insan yang lebih baik.


Salam Ramadhan semua!

Wednesday, May 9, 2012

Ehem ehem bersiaran dari Early Years Center

Salam,

Gomen nasai! Janji macam2 tapi tak tertunai jugak nak update cerita2 terbaru.. huhuhu semangat nak update blog sesungguhnya ke lautan Pasifik. memang takde semangat la tambahnye dah 34 weeks ni rasa fatigue and exhausted makin menjadi2.. Asal duduk dekat recliner ja dah terlelap, tu cemana nak update blog.. Oh ya kali ni aye update blog dekat Early Years Center, Kitchener sementara tunggu Amani habis kelas at 11.15am. Aye dah mula antar Amani ke school for past few weeks. Aye masukkan dia dalam School Readiness Program which is FOC. sungguh ohsem kan hehe Mula2 memang nak antar child care center, tapi mahalnya memang aye tak mampula.. Full time aje dah CAD800.. fuuhhh habis duit elaun kerajaan bagi. Hubby pun tak keja lagi.. nak tunggu baby ni lahir dulu baru dia nak settle down hal2 keja. Program ni untuk 2jam aje starting 9am to 11.15am. Parents kena ada all the time and tak boleh tinggalkan this building tapi boleh aje lepak2 kat kitchen atau library, aye lepak kat library la sbb ada internet access kuikui.. Amani was placed in Yellow room for toddler age 2-3 years old. Aye hantar dia 3 hari je bermula Monday till Wednesday ja. Tapi okla dari dia boring dok kat rumah.

Mula2 tu aye risau jugak takut dia tak biasa dengan school tapi 2nd day ja aye dah buat separation process dengan dia, alhamdulillah she able to adjust with new environment super fast. Her teacher, Cynthia pun puji and surprise she can adapt so fast. Aye say good bye pun tak dihiraukan nye hehe But on her 1st day, aye stay all the time with her in the class, and she did a very good job. She able to share toys, listen to instruction and even be gentle with her new friends.. memang sangat behave la itu budak.. hehehe Tapi kalau kat rumah kemain lagi dia jadi lady boss eh.. semua toys dia punya, no share2 ni okay, tapi kalau kat kelas pandai pulak bawak diri. Tapi dia ada nangis 2 kali sebab kena 'buli' dengan senior kat kelas dia tu, tapi biasala budak2 aye biarkan aje.. Biar dia belajar. Sekarang ni after several weeks antar dia ke school ni, dia nampak makin positive and start to talk a lot.. Well I really mean it, a loooootttt sampai kadang2 tak terlayan la.. tapi she talks in her own language, tapi layan kan aja.. Lagu twinkle2 little star pun dia dah boleh nyanyi dengan sendirinya.. Ala2 macam ni la bunyinye (versi Amani)

"tinkle (twinkle).. tinkle likel (little) skar (star).. ow (how) i ander (wonder) what u are, up avof (above) the shky (sky) sho (so) i (high)  like a mon (diamond) in the shky.. tinkle..tinkle likel skar.. ow i ander what u are"

Ni antara favorite bed time songs dia.. jenuh aye nak buat aksi star semua tapi alhamdulillah berbaloi, she able to sings dah sekarang. Fuh tak sangka nak ajar todd ni susah kan, tapi as a parent we must try kan..Tu aje kot nak cerita pengalaman Amani goes to school. Insyaallah kalau ada kerajinan coff coff aye update cerita terbaru lagi hokay!

ps: update pasal baby: last week, 33 weeks aye dah start rasa baby is lowering down to the pelvic and pushing my pelvic, masyaallah sangatla sakitnya, and aye dah mula rasa contraction mungkin Brixton Higgs barangkali, apapun doakan aye selamat dan dipermudahkan semuanya ya..

Thursday, March 22, 2012

TEASER: Birthday celebration!

Salam,




psst: update pasal birthday party ni akan menyusul kemudia, tak tau bila, gamaknye kena tunggu aye siapkan semua assignment dulu kot hehe okay nak sambung buat assignment yang kena antar esok ni (*_*)


Thursday, March 15, 2012

Spring is here!

Salam,

Yup, spring is here! Winter is completely gone. Cuma takdakla panas kemain, masih sejuk jugak, cuma pakai light jacket ja. Last Sunday, the weather was very nice and lovely. It's time for an outdoor activity. Di sana sini boleh kelihatan orang jogging, hang out kat luar rumah, yelah dah lama terperap dalam rumah ja. Masa ni barulah aye nampak mat2 motor. Kalau tak memang jangan harapla nak tengok motor kat jalan raya kan.. Aye and husband pun tak ketinggalan nak merasa buat outdoor activity jugak. So kami decided nak ambil angin petang sambil bawak Amani jalan2 ke Waterloo Park (memangla takdak tempat lain kan, tulah satu2nya recreation place kat Waterloo ni kan). Mula2 rancang nak picnic kat situ ngan Yani tapi last minit cancel sebab dia tak berapa sihat. So mari layan gambar2 early spring ni.. 


clear sky and nice weather

Amani looking at Llama

Seronok kemain la itu budak.. dapat keluar kan (^^)

Early springs, takde lagi tunas bunga lagi.. Baru lepas winter semua pokok 'kejung'

Subhanallah, cantiknya waktu senja ni

Takmau balik lagi, ayahnya layan okay, ibu dah surrender tak larat nak melayan ini budak.. Aktif kemain

Ni kena marah ngan ayahnya sebab main air lumpur yang bertakung.. Isk isk kan dah kena babab

See pokok pun masih 'botak' lagi..


Saturday, March 10, 2012

Inspiration for Amani's dress..

Salam,

I love Sophie and Rosie. Alaa 2 brit kids yang comel and jadi fofular nyanyi lagu 'Super Bass' from Nicki Minaj tu. Amani pun suka jugak sampaikan selalula suruh aye bkk vid tu,

"Abu (ibu), boom badaboom boom bu.."

kalau dia bgtau camtu tu mmg dia suruh bukakla vid Super bass tu. Kemain bebudak skarang (-_-"). Tapi bukanla nak bgtau pasal nyanyian depa tu, aye dapat inspirasi nak buat dress Amani (dengar macam dress Armani dah plak, kelas gituw!) for her second birthday ni ala2 frilly pink tutu's mcm Sophie n Rosie tu. Comels sangat!! Ala2 princess gituw. Aye pun nak tempah untuk Amani jugak tapi still tak decide lagi which color suits Amani best. kat sini ada la service untuk jahit tutu tu, nasib baik murah ja, around 20 dollar untuk tutu ja, if dress lengkap dalam 30 dollar camtu. Gambar2 yang aye amik dari pak Google ni, contoh2 kaler  untuk tutu. Nila contoh2 baju diorang.. harusla baju2 depa ni meletups kan..

*I heart this one!*

*putih pun cantek tapi harusla tak boleh sebab cepat kotoq*

*ermmm aye tak berapa berkenan, cam pelik je color combination*

So any suggestion frens? I have only 1 week ja lagi untuk tempah ni, aye nak tempah kat sini. Okay guys keep on updating!

Sunday, March 4, 2012

Ini betul2 random post

Salam

Selamat pagi peeps! Kabare? Waras ya? Harap sihat2 selalu tak gitu. Aye semangat kemain gigih ber'breakfast' sambil2 ber'FB' sambil BW sambil update post terbaru. Nikmat sangat pagi2 ni makan cereal pastu dok 'ketedarah' (makan) pulut serunding pulak kan.. Pergghhh mmg si lemak2 suka sangatla dok kat badan aye ni (*_*). Ditambah pulak anak syok tidoq pastu ayahnya 'tolong' tidokan sekali memang terbaik itu dua beranak.. Kali ni mmg aye nak update random post. Rasa lama dah tak buat random2 ni, selalunya spesifik kepada satu subjek ja.. pergh ayat kemain..

First aye nak cerita pasal 'pesanan' barang dari Malaysia.. Banyak kemain, sampai mak aye kena antar dua box besaaarrrrr la.. Barang2 yang aye pesan ni pun mmg barang penting, aye pesan barang untuk nak berpantang nanti. Aye suruh mak belikan set Confine Mum dari Leesa Formula sebab dok survey sana sini katanya set tu antara yang tebaik jugala. Kali ni aye determine nak berpantang 'betul-betul' punya. Nak makan jamu, jaga makan, berbengkung setiap masa, bertungku, dan segala yang ber- ber- lagila. Nak capai target turunkan badan macam zaman anak dare dedulu (^^). Yelah aye kan jauh dari family kenala jaga sendiri, nak harapkan sapa lagi sob sob.. Adala jugak aye suruh mak antar barang2 untuk baby macam bengkung, minyak yu yee, minyak telon, kanpe kat sini manala nak ada semua tu, omputih manala pakai. Hampa tau hubby aye tu pesan apa?? Bola takraw tahu.. hehehe aye pun tak taula bila masa nak main, tunggu summer la kot, main skarang ni mau ada yang 'freezing'.. kihkih

And kebanyakan barang yang berlambak 2 tu, barang2 untuk persediaan nak beraya.. amboi amboi puasa ganti pun baru habih sembang pasai raya thn ni dah. Aye pesan banyak jugakla macam stok2 makanan, ketupat Nona, kordial, kiub2 segera. Walaupun jauh beribu batu, akan aye beraya dalam suasana macam kat Malaysia jugak, and kali ni raya jatuh masa penghujung summer. Kita tgkla panaih dia mcamana kan, tapi okla dapat beraya dengan berbaju kurung bagai. Aye pun dah order set tudung bawal sulam terbaru, rasanyala, trend terbarukah di Malaysia? Tapi aye mmg suka pakai tudung bawal pun, tak kisahla. Pastu ada order set collagen dari Catalyst. Biasala kenala jaga penampilan lepas2 bersalin ni kan, nak dapatlan kulit mulus and cantik gak kan ,p

Keduanya aye nak cerita pasal persiapan sambutan birthday Amani yang ke-2 ni, kejap lagi kami nak ke rumah Yani (family baru dari Malaysia) nak bincang2 pasal hal ni. Kebetulan nama anak diorang pun sama  iaitu NorIman Amani. Kami panggil Amani Jr. hehe Kebetulan lagi birthday pun jatuh pada bulan yang sama dah tarikh dekat sangat. Amani aye  17 Mac 2009, Amani Jr 18 Mac 2010. Kiranya kami buat double celebration. Amani yang ke-2 and Amani Jr yang pertama. Kami dah sepakat nak buat majlis tu on 17th oif March, jimat pun jimat plus kami pun nak panggil orang yang sama jugak. Berapa kerat je Malaysian kat sini baikla kami celebrate sama2. Satgi nak pi bincang nak masak apa, nak panggil sapa, theme, perancangan majlis. Amboi kemain lagi mcam nak sambut raya ja (--"). Aye dah beli hadiah untuk my Amani, tapi takkan direvealkan dulu. Sabaarrrr nanti aye akan update pasal sambutan birthday yang besar2an tu kihkih Okayla pees tu je kot nak ceghita, nak pi survey hadiah nak beli kat Amani Jr ni.. Keep on updating! (^^)

Thursday, February 23, 2012

Birthday ke 28

Salam

Tudiaaa aih..dah masuk 22hb baru nak cerita pasal hal birthday yang minggu lepas punya.. Takpala kita masih di bulan Februari kan, kiranya tak lambatla sangat kan nak berceqita kat sini.. (mood baca dalam bahasa kedah naa.. selama ni dok mix bahasa english ngan melayu ja lani kita layan bahasa jiwa bangsa saya) Tanggal 16hb Februari 1984, lahirla seorang puteri (puteri ka??) bertempat di Kampung Sungai Baru, Aloq Setaq, Kedah. Saya tak lahir kat hospital macam hampa semua.. Saya lahir kat sebuah rumah papan beratap zink, di malam maulidur rasul (kalau saya tak silap la, ni pun mak saya yang ceqita). Mak saya ceqita, dia dah tak tahan nak terberanak dah, tu yang tak sempat nak pi hospital, mgkin sbb tu saya ni jenih yang tak boleh tunggu lama.. Tunggu lama sikit mula la panaih telinga.. hehe  Saya disambut oleh bidan merangkap nurse kampung.. 

Alhamdulillah mak kata sepanjang dia besarkan saya, saya ni jenih tak banyak songeh.. Cuma degil sangat ja.. (biasala ada 2 pusaran).. Kiranya macam takla susah sangat nak besarkan saya sebab saya ni jenih ikut ja cakap mak ayah..kihkih puji diri sendiri  (^^) Alhamdulillah saya dibesarkan dalam suasana yang sederhana, tak kaya takla miskin sangat... Biasa2 saja, dan saya pun sebenarnya bersyukur sebab saya tak dibesarkan dalam suasana yang mewah sebab saya kena berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang saya nak. Kalau dalam hal pelajaran semua tu mak ayah saya akan cuba berikan yang terbaik. Ayah memang seorang yang tegas dalam pelajaran, bayangkan sampai masa nak masuk universiti pun dia yang pilih kos apa yang saya patut ambik, dia siap buat research lagi pasai kos yang saya amik tu.. Tapi saya sedih sangat sebab saya konvo tanpa kehadiran dia, dia pergi menghadap ilahi masa saya di tahun akhir universiti.. Masa konvo hati ni rasa sayu ja bila kenangkan orang yang bersusah payah membesarkan saya dan sediakan segalanya untuk pelajaran saya tak sempat meraikan kejayaan saya dapat segulung ijazah.

Lepaih dah dapat ijazah, saya kerja sat kat Jabatan Perangkaan dan masa tula jumpa dengan jodoh saya hikhik Mohamad Salihin Abdul Wahab. Lepaih dah lama sangat dok tunggu kerja gomen, (sebab saya dapat biasiswa JPA) dan dok interview ja tapi depa tak panggil2 kerja, saya pun ambik keputusan nak sambung master kat USM. Dan tak lama tu, saya ditawarkan rlka/slab , biasiswa untuk jadi pensyarah kat USM. Alhamdulillah.. Pastu tak lama lepaih tu saya amik keputusan nak kahwin dengan pilihan hati saya... Tak lama lepaih tu saya disahkan mengandung dan lahirkan seorang baby perempuan yang comel bernama   Siti Khadijah Amani pada 17 Mac 2010. Elok ja lepaih habih pantang, saya pun dipanggil viva dan alhamdulillah saya lulus dan saya kena sambung PhD pulak. Lepas 3 bulan saya konvo untuk master, saya terbang ke Waterloo untuk sambung pelajaran saya di peringkat Phd pulak.. Sebulan lepaih menetap kat sini, saya disahkan mengandung kali kedua, dan skarang ni kandungan saya dah nak masuk 6 bulan dan insyaallah dijangka saya akan bersalin bulan 6 ni.. Jadi inilah rentetan hidup saya sepanjang 28 tahun ni.. Alhamdulillah ALLAH kurniakan rezeki yang melimpah ruah, walaupun kerap kali juga dugaan datang tapi ALLAH bagi saya kekuatan untuk tempuhi semua ini dengan tenangnya.. Terima kasih pasa yang ucap birthday kat saya.. Doakan yang terbaik untuk saya.. Walaupun 28 nampak macam dah tua tapi saya still maintain awet muda lagi hahaha (^^) .. Teruskan membaca blog saya ni naaa... 

Wednesday, February 15, 2012

Exam hoi hoi..

Salam,

Esok aye ada exam Statistic.. Tengah dok pulun study ni, adoyai... lama dah tinggai math ni rasa macam 'bengap' plak huhu Takda apapun nak update, skarang ni tgh 'berkurung' dalam bilik, kalau tak Amani ni suka terjah masuk and ganggu proses pembelajaran ni.. Acewah.. Ermm nak update apa lagi, skarang ni mmg tengah heavy winter, so after exam ni bolehla pi berjimba main snow kat Chicopee. Aye almaklumla tengah sarat ni takdela nak ikut aktiviti skiing atau snow tubing tapi lebih kepada duduk dan makan hehehe Takpala tahun depan aye nak cuba gak, skiing antara 'things that I wanna do in my life'.. Dulu syok je tgk gambar kwn2 main ski ni, harusla dah ada opp ni aye nak cuba gak, tapi we'll see, ski sambil pgg 2 orag anak style dak hehehehe (=.=) . Oklah nak sambung study, baru rasa fresh sikit dapat berhenti gor a few min. Okay till see u ppl, keep on updating

Friday, December 23, 2011

Reviving Islamic Spirit

Salam

Its 3am now and I am wide awake and want to pack some stuff as we're going to take 4 days off to Toronto to attend R.I.S or Islamic Convention. After gone thru few hectic weeks, finally aye boleh merehatkan diri sambil menimba ilmu dan bawa family berjalan2, alhamdulillah. Convention ni diadakan setiap tahun, dan ini merupakan the best gateway for muslim sebab diadakan setiap kali krismas, yelah kita bukan nak sambut pun jadik ada baiknya attend majlis yang bermanfaat ni ye idak.. Nak cerita lebih lanjut pasal majlis ni pun aye malas sebab nak kena packing barang. Nanti after aye balik dari convention tu nanti aye akan cerita lebih lanjut sbb nak cerita sekarang pun bukannya tau sangat pun sebab first time attend kan.. Kat hotel ada ja wireless tapi tgkla tahap kerajinan aye nak update blog nak cerita pasal convention ni.. Convention ni 3 hari je bermula esok sampaila ahad, tapi aye extend stay kat sana for another 2days sbb ingat nak meronda Toronto city dan nak ber'boxing' day kat sana. Bila lagi nak merasa cuti panjang, lepas ni bila term dah start mmg konfirm sibuknye.. Okay till meet again ppl. 

Friday, November 25, 2011

End of Autumn

Salam

Im down with cold fever last two days, but luckily its not getting worse. I just bed ridden. But, alhamdulillah Im fully recovered now. Last Monday, I went home a bit late as weekly meeting with my sv end almost at 5pm and at that time the weather was -2 deg.. It was a breeze and damn cold night. Dahla kena nunggu bas around 30min,  dengan ketahanan badan dalam keadaan sejuk kureng, apalagi, the next day mmg kepala rasa berat sangat and sah aye kena penangan angin-sejuk-dah-nak-winter. Harini masa aye told my labmates yang aye kena fever, diorang kata skarang ni tak sejuk lagi, and some says "Welcome to Canada" hehehehe.. Pahamla maksud diorang tu kan. ,p Its gonna be worse during winter. Owh gosh, cant really imagine how worse/ damn cold it would be.. Hrmm apapun life must go on and need to 'tahan' la.. Owh Im moving next week yeehuu and nak gatai2 tangan nak listkan bebarang yang perlu dibeli untuk rumah baru nnti:

1) Sofa bed/Futon
2) Dining table
3) Tv rack
4) Blender
5) Britax stroller

Setakat ni bebarang ni yang bermain dalam minda aye, yang lain2 akan di updatekan lagi.

pssst: ade berite tergempar/hot nak dikhabarkan but will not update later, bagi ada unsur suspen sikit hahaha kejam dak ,p (tupun kalau ade yang baca blog hang min.. kihkih ade akak kesah) 

Tuesday, November 1, 2011

Sapa nak order weh?

Salam

Ada kesempatan ni aye nak update blog laju2.. insyaallah lepaih ni nak try sehari se'entri' sebab bagi aye tempat blog ni tempat aye nak melepas rasa.. menghamparkan perasaan sedih suka duka.. tapi of course la tak smua yang dapat diceritakan kat sini sbb ada yang ikut blog ni dikalangan family and rakan taulan.. ada seprais yang aye nak  "keep it secrets" bior masa je menentukannya hehe.. ok back to my main post.. sebelum ni aye ada bagitau kan ada benda nak share kan..  nak buat biz bagai.. sebab ada something happened.. tak jadikla nak berbiz.. huhuhu cuma nak berkongsi kegembiraan ngan kawan2 semua.. sesapa yang inginkan barangan branded yang mahal nak mamp kat malaysia nun.. bolehla kirim ngan aye.. kat sini coach, gucci, osh kosh, gap, cartier, or anything yang korang rasa mahal nak mamp kat malaysia nun bolehla bagitau aye.. insyaallah aye bolehla carikan tapi perhatian bukan la murah giler2 yang macam fake branded item tu.. cuma bear in mind harga nya yang reasonable and kena kali currency sekarang ye.. hehehe macam haritu aye ada beli levis hargenye cume cad23 yo.. ade nak dapek kek malaysia nun hehe cubo kali 3.10 baru dalam rm70 lobih jo.. haritu belikan kat amani baby gap, levis baru berapa dollar je ni semua aye beli kat factory outlet.. murahla kat situ.. nanti ada plan nak ke New York.. nak ke factory outlet kat situ.. which mooorrrreeee murah , tapi tak tau lagila bile kan hehehe cuma tunggu ye rakan2 mana tau ada rezki korang nak bergaya dengan barangan2 branded.. tapi this offer affected untill aye bagita bila gamaknya aye nak ke NY tu ye hahahah tahpapa min ni.. aye kanpe bagi masa nak korang2 semua ngumpul duit kan ,p jangan marah ar.. perangat perangat tinggai hehehe

Friday, June 24, 2011

SEMOGA HUBBY CEPAT SEMBUH

Malam ni takda semangat nak tulis entri panjang2 sbb teringatkan hubs kat hospital.. Doakan semoga hubs cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya ya.. Aminn.. 
Cepat sembuh ye sayang ^-^  

psst: dah booking tarikh nak ke Canada.. mudah2an dipermudahkan segala urusan

Thursday, June 2, 2011

Rawatan batu karang

RAWATAN batu buah pinggang sebahagian besarnya bergantung kepada saiz dan jenis batu. Pesakit selalunya digalak untuk meminum air dengan banyak dan selalunya, batu akan keluar dengan sendiri. Ini kerana saluran ureter iaitu saluran yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing mempunyai kapasiti untuk membawa turun batu karang sebesar 6 mm dan ke bawah.Jika lebih besar dari itu, ada kemungkinan batu akan tersangkut dalam saluran ureter. Ini boleh menimbulkan kesakitan dan bengkak pada buah pinggang.

Sekiranya batu karang ginjal bersaiz di antara 1 sentimer (sm) hingga 2 sm, rawatan yang boleh diberi adalah dengan cara rawatan Extra Corporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL).Kaedah ini adalah menggunakan sejenis alat yang mengeluarkan gelombang yang akan memecahkan batu karang ginjal. Pesakit perlu baring atas alat itu dan gelombang akan diberi secara berkala.Untuk setiap rawatan, sebanyak lebih kurang 4,000 tembakan akan diberi untuk memecah batu karang. Rawatan ini dilakukan secara pesakit luar dan pesakit akan diberi suntikan ubat penahan sakit semasa proses pemecahan batu karang dilakukan.Masalah yang sering dialami adalah batu karang tidak pecah sepenuhnya selepas satu sesi rawatan. Sekiranya ini berlaku, buah pinggang perlu direhatkan selama sebulan sebelum sesi kedua bermula.Had maksimum rawatan dengan cara ini adalah sebanyak empat sesi. Jika batu masih lagi tidak pecah, rawatan lain perlu dibincangkan dengan pesakit. Sekiranya teknik ini berkesan, serpihan batu karang akan keluar bersama dengan air kencing. Kerap kali juga selepas rawatan, air kencing akan bercampur dengan darah tapi keadaan ini akan pulih selepas beberapa hari.


Jika batu karang bersaiz lebih dari 2 sm atau berada pada tempat yang sukar untuk dipecahkan dengan cara ESWL, rawatan pembedahan yang dikenali sebagai Percutaneous Nephrolitotomy perlu dilakukan.Pembedahan ini membabitkan proses menebuk buah pinggang dari permukaan kulit dan batu karang akan dipecahkan dengan menggunakan alat ultrasound atau Laser. Pembedahan ini memerlukan pesakit berada dalam wad beberapa hari. Ini kerana pembedahan ini memerlukan pesakit dibius secara umum (general anaesthesia).Dalam pembedahan jenis ini, dalam kebanyakan pesakit, seluruh batu karang boleh dikeluarkan dan parut selepas pembedahan adalah kecil.Jika mempunyai masalah gout atau masalah peningkatan asid uric dalam darah, batu karang yang saudara hidapi kemungkinan besar dari jenis asid urik.

Untuk batu karang jenis ini, rawatan yang dikenali sebagai chemolysis boleh diberi. Rawatan chemolysis ini membabitkan pemberian ubat Allopurinol untuk mengurangkan paras uric asid dalam badan dan pemberian ubat urinary alkaliniser seperti URAL untuk menjadikan air kencing beralkali.Kombinasi ubat ini boleh menghancurkan sebahagian besar dari batu karang ginjal. Ini kerana batu karang dari jenis uric asid adalah lembut dan mudah larut dalam suasana yang beralkali.Untuk makluman , batu karang ginjal boleh berulang selepas dirawat. Sehubungan itu, bagi mengelak berlakunya pembentukan batu karang, langkah-langkah berikut perlu diambil:

  • Minum banyak air kosong. 
  • Minum sekurang kurangnya 12 gelas air sehari dan perlu ditingkatkan jika saudara kerap berpeluh atau melakukan aktiviti lasak.
  • Kurangkan mengambil minuman seperti kopi, cola dan teh kepada satu atau dua cawan sehari .Ini kerana minuman ini mengandungi kafein dan kafein boleh menyebabkan peningkatan pengkumuhan air dari badan
  • Jika mempunyai masalah uric asid yang tinggi dalam darah, perlu mengurangkan pengambilan daging merah (red meat) organ dalaman seperti otak, paru dan beberapa jenis kekacang

Info ni berguna untuk aye ... huhu nantila aye bagitau sbb apa .. hati tgh sedih dan tak sedap lagi.. sob sob.. 







Wednesday, June 1, 2011

5 Ways to Screw Up Your Chance of Scoring a Cheap Flight

I got this tips from this website.. Very useful for those traveler-holic using airline... Sbb kan  Airasia slalu promo ticket murah gila ahh..  So enjoice... (^^)

5 Ways to Screw Up Your Chance of Scoring a Cheap Flight

1. Buy Your Tickets on the Weekend

Buy your plane tickets on Friday, Saturday and Sunday, and you will pay more – usually.
What should you do? Easy: the best day to buy airline tickets is generally Tuesday. I’ll get even more specific: Tuesday at about 3pm Eastern.
The reason for this is that Monday evening has become the traditional launch day for big sales (see our daily listing of airline deals and airfare sales and note the many AirTran and Southwest deals that are posted on Tuesday mornings).
Once this happens, the other airlines match the sales, and it usually shows up in their prices by Tuesday at 3pm, giving you, the shopper, the most low airfares (and airlines) to choose from.
By the way, these days airfare sales do not last long, so those who put off buying tickets until the weekend are out of luck.

2. Make Reservations for Fridays and Sundays

Makes sense to fly on Fridays and Sundays, right? It gives us the most “vacation time” bang for the buck – but the airlines know this because they know when you want to fly – and they will make you pay.
The cheapest day to fly is Wednesday followed by Tuesday and Saturday, so if you really want to save money, be flexible enough to move your vacation time around to coincide with these days.
Ok, so you want to come back on Sunday to maximize that Vegas trip — then leave on a Tuesday or Wednesday and get half the benefit of the cheaper days.
Even better, Tuesday, Wednesday and Saturday are not only cheaper, but you might even have an empty middle seat next to you — wouldn’t that be a welcome change?

3. Check a Bag – In Fact, Check Two

If you really want to throw your money away, by all means, check a bag – no, check two – and with most airlines, you’ve just added $100 dollars in roundtrip bag fees to your air travel total.
Fly JetBlue or Southwest or for free first checked-bags – or even better, always use a carryon bag. Except on Spirit – the only U.S. airline that charges a fee for this “privilege”.

4. Ignore Twitter and Facebook

Actually, you ignore social media at your peril. Here’s what they offer:
Deals. Like many companies, airlines use Twitter and Facebook to offer customers exclusive deals found nowhere else – so don’t miss out.
Stuck at the Airport?
Airlines staff their Twitter and Facebook accounts with PR folks who really don’t like bad things being said about their brand — so if you have a question or a problem, go there for help, first. You’re much more likely to receive an answer from social media than from a hard-to-reach call center a million miles away.
Businesses including airlines are very active in social media and looking to be more active in the near future as the roles of these popular networks near 1 billion — with many of them frequent daily users.
And don’t worry – this isn’t just for the young – sure, people like Ashton Kutcher have five million followers on Twitter – but you do know he’s 32, right?

5. All Summer Vacation Days are Equal

No, sadly, they are not. Many carriers have added surcharges to most summer dates, and then there’s the big holiday periods of Memorial Day and the Fourth of July, and as we all know, holiday periods are typically more expensive.

Tuesday, May 31, 2011

Transformers

This is just a quick update yaw.. Nak nengok rope aye yang terkini.... Tardaaaa......


Before 



Muka budak-kurang-matang-mintak-cekelat-doploh sen... mintak penampar pun ye... (=.=')


Recent looks



Move over!! Here she comes nerdy-looks-menghadap-buku-doploh pat-tujuh (^^)

Wednesday, April 27, 2011

Hidup in akan aman sekiranya.....

..... Bercakap tak sakitkan hati orang lain... Tak bermulut celupar macam-dia-bagus-sangat... Tahu menghormati orang lain seperti orang menghormati dia.. Tahu bercakap secara berlapik dan tengok sekeliling sebelum mengutarakan sesuatu tanpa berbekas dalam hati... Tak payah nak bercakap seperti kita ni budak hingusan dan Finally.. Jangan nak tunjuk yang anda tu bagus sangat, tahu everything-under-the-sun sedangkan itu akan menyerlahkan kebodohan anda sendiri...

Psst: tak perlula aye nak panjangkan list.. Kalau dapat 'fix' yang disebutkan ni pun kita dapat hidup bahagia dah... Aye tgh piss off sangat2 skarang ni.. (T_T)

Wednesday, April 20, 2011

Evolusi sebuah telefon bimbit..

Pagi2 ni rasa nak update... sbb kalau dah terpikir sesuatu tu aye kena tulih terus kalau tak pakai peram jadik pekasam la jawabnya... Dok layan jem tadi tiba2 terpikir nak berceghita pasal telefon bimbit aka handphone... jom kita tengok evolusi hp ni... dari mula2 diperkenalkan sampai la canggih mcm skarang ni..


1) Dulu kalau ada hp kira jutawan dah la... hp pulak gedabak mcam kat bawah ni.. kadang2 kalau ada call  kena dok tengah padang nak cari line (dulu orang kuning tak pi merata lagi)... Kadang2 tak da call pun buat2 cakap nak bagi satu kampung tau dia ada hp hihi...  Tapi cecuba pakai zaman skarang ni... isk isk.. maunya semua senget sebelah bawak hp macamni... hehe

* kompom tak kena curi ni*

2) Pastu bila dah canggih sikit keluar la hp jenis ni... Okla dari sebelum ni tapi  harga still mahal.. sapa yang betol2 mampu ja dapek pakai hp camgini... Kiranya golongan2 profesional jala yang mampu.. yang lain2 telan air liur jala nengok.. kalau nak pakai hp jugak kumpul gaji dekat setahun baru la dapek pakai hp.. Masa ni kes2 curi line telefon awam berleluasa... (geng2 budak skolah banyak terlibat ni termasukla aku (-.-') yala nak pakai hp tak dapek.. Pakai telefon awam pun jadila.. (^^)


* i ada hp? u takdak u miskin... bluwekkk *

3) Bila Cik Norkiah eh silap.. Nokia keluarkan hp.. berpusu2 orang nak beli.. Ni kira keluaran pertama depa 3310.. tapi mmgla tahan hp jenis ni.. Aye pun dok pakai hp jenis ni sampaila skarang.. tahap kekentalan dan kekebalan dia ni mengalahkan isk lupa pulak mamat yang makan muntah jin tu sapo dio eh.. haaaa badang... Jatuh banyak kali pun steady ja lagi, siap jatuh bederai pun ada call in rilek ja masih berbunyi and kita masih boleh bercakap.. Kental tak kental hp ni... (*.*).. Lepas tu bermula la era dimana semua orang wajib ada hp... Termasukla budak tadika... isk isk canggih canggih

* Akulah yang terkental n terhebat *
 4) Sekarang.. huh sapa takdak hp tu memangla taktau aye nak kato apa.. kemain canggihla hp sekarang ni.. MMS, WIFI, GPRS, macam2 lagila aye pun tak tau dah yang canggih2 ni .. Kalau aye ni jenis 'gadget freak' mmgla setiap bulan tukar hp sbb macam2 jenis dah ada kat pasaran skarang ni ..Tak terkejar, sbb tu aye dok setia dengan si kental nokia 3310 tu..

* hai we are the greatest IPHONE 4 *

Apa motif utamanya aye dok ceghita pasal evolusi hp ni sebenarnya... 

=




=


sebenarnya...


=




Aye nak tukar hp.. tolongla bagitau mana satu hp yang ok.. isk malu la pulak (*.*) Bab2 hp ni mmgla aye failed... Tolongla ye bagi suggestion, kome semua kan pakai hp yang canggih manggih dah skarang ni.. Aye ni lambat sikit.. Tq ye kepada yang baca entri ni dan tolong ye bagi cadangan ye..


Terima Kasih (^^)