Thursday, March 22, 2012

TEASER: Birthday celebration!

Salam,




psst: update pasal birthday party ni akan menyusul kemudia, tak tau bila, gamaknye kena tunggu aye siapkan semua assignment dulu kot hehe okay nak sambung buat assignment yang kena antar esok ni (*_*)


Thursday, March 15, 2012

Spring is here!

Salam,

Yup, spring is here! Winter is completely gone. Cuma takdakla panas kemain, masih sejuk jugak, cuma pakai light jacket ja. Last Sunday, the weather was very nice and lovely. It's time for an outdoor activity. Di sana sini boleh kelihatan orang jogging, hang out kat luar rumah, yelah dah lama terperap dalam rumah ja. Masa ni barulah aye nampak mat2 motor. Kalau tak memang jangan harapla nak tengok motor kat jalan raya kan.. Aye and husband pun tak ketinggalan nak merasa buat outdoor activity jugak. So kami decided nak ambil angin petang sambil bawak Amani jalan2 ke Waterloo Park (memangla takdak tempat lain kan, tulah satu2nya recreation place kat Waterloo ni kan). Mula2 rancang nak picnic kat situ ngan Yani tapi last minit cancel sebab dia tak berapa sihat. So mari layan gambar2 early spring ni.. 


clear sky and nice weather

Amani looking at Llama

Seronok kemain la itu budak.. dapat keluar kan (^^)

Early springs, takde lagi tunas bunga lagi.. Baru lepas winter semua pokok 'kejung'

Subhanallah, cantiknya waktu senja ni

Takmau balik lagi, ayahnya layan okay, ibu dah surrender tak larat nak melayan ini budak.. Aktif kemain

Ni kena marah ngan ayahnya sebab main air lumpur yang bertakung.. Isk isk kan dah kena babab

See pokok pun masih 'botak' lagi..


Nota untuk Aye!

Salam,

Rasa macam dah tak lama lagi nak menyambut kelahiran baby yang ke-2 ni. So aye pun dah rajin dok search pasal amalan berpantang yang betul-betul baik punya..  Sebelum ni masa anak yang pertama memang la dari A to Z diuruskan oleh mak ngan tok. Bangun pagi, air kukusan herba dah tersedia, tunggu aye mandi ja. Tok pulak akan buat ritual wajib setiap hari iatitu 'bertungku;. Tunggu tadah badan ja.. perghh memang heaven la masa bersalinkan Amani dulu. Amani pun aye tak urus sangat, tukar pampers kencing berak mak yang buat hihi kerja aye, breastfeed dia ja (^^) Tapi itu dolu ya rakan-rakan, sekarang ni jauh di perantaun, memangla 95% aye kena buat sendiri. Yang lagi 5%  tu hubby la kena buat. Lagipun dia pun kena uruskan Si kakak sulung. Nasib baikla dah ada sedikit pengalaman kan. Bolehla kot, mudah-mudahan. Aye tercari-cari jugak dalam internet amalan berpantang macamana yang sebetul-betulnya. Pastu  terjumpak kat sini, jom kita layan apa nak buat nanti, ni sebagai nota untuk aye:

  • Amalan Intensif Ubat Periuk  (*tak boleh amalkan pun, nak cari ubat periuk tang mana huhu)
Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.
  • Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit (*yang ni aye guna suplemen dari Confine Mum Leesa Formula)
Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .
  • Rawatan Bertuam (*aye nak kerah hubby cari batu sungai kat Waterloo Park nun.. nasib baik sekarang ni time spring, memang senang sikit nak turun pi cari batu2 sungai)
Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
  • Rawatan Bertungku (*included skali dalam pakej Confine Mum tu, tapi bengkung moden la)
Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.
Bertungku selepas 44 hari.  Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.
  • Mandian Ibu Bersalin (*yang ni pun dah suruh mak poskan, tapi tak tau lak brand apa)
Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
  • Rawatan Urutan Tradisional (*harusla tak dak kan, aye ingat nak cari naturopathor ja (urutan cara mat salleh) sebb skarang ni pun aye dah sakit pinggang, lepas bersalin harusla sakit berganda2 lagi)
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
    • Rawatan Berlulur (*ada dalam pakej Confine Mum)
    Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
    • Rawatan Berbengkung (*ada dalam pakej Confine Mum)
    Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.
    Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
    • Rawatan Mandi Wap atau Bertangas (*memang best buat bertangas ni, dok cari idea lagi nak buat camana, cari kerusi yang berlubang pastu boh baldi kat bawah, pastu tutup dengan towel, pun boleh kan.. (^^))
    Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.
    • Rawatan Ukup Wangi (*hat ni tak pernah dengar dan takdak pun, so takkan buatla kan)
    Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.
    • Senaman Kemutan Otot Rahim (*macam susah ja nak buat, tapi kita torai ja!)
    Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.
    • Darah Nifas  (*okay take note!)
    Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair  sehingga berdebu kehitaman/coklat. Dan akhirnya kelaur cecair kekuningan sehingga men
    Apa macam boleh ke aye buat ni.. ehe takpa nanti aye nak sahut cabaran dan aye akan buat review pasal amalan berpantang ni selama 44 hari, insyaallah kalau rajin nak update and ada masa. Okay keep on updating!

    Saturday, March 10, 2012

    Inspiration for Amani's dress..

    Salam,

    I love Sophie and Rosie. Alaa 2 brit kids yang comel and jadi fofular nyanyi lagu 'Super Bass' from Nicki Minaj tu. Amani pun suka jugak sampaikan selalula suruh aye bkk vid tu,

    "Abu (ibu), boom badaboom boom bu.."

    kalau dia bgtau camtu tu mmg dia suruh bukakla vid Super bass tu. Kemain bebudak skarang (-_-"). Tapi bukanla nak bgtau pasal nyanyian depa tu, aye dapat inspirasi nak buat dress Amani (dengar macam dress Armani dah plak, kelas gituw!) for her second birthday ni ala2 frilly pink tutu's mcm Sophie n Rosie tu. Comels sangat!! Ala2 princess gituw. Aye pun nak tempah untuk Amani jugak tapi still tak decide lagi which color suits Amani best. kat sini ada la service untuk jahit tutu tu, nasib baik murah ja, around 20 dollar untuk tutu ja, if dress lengkap dalam 30 dollar camtu. Gambar2 yang aye amik dari pak Google ni, contoh2 kaler  untuk tutu. Nila contoh2 baju diorang.. harusla baju2 depa ni meletups kan..

    *I heart this one!*

    *putih pun cantek tapi harusla tak boleh sebab cepat kotoq*

    *ermmm aye tak berapa berkenan, cam pelik je color combination*

    So any suggestion frens? I have only 1 week ja lagi untuk tempah ni, aye nak tempah kat sini. Okay guys keep on updating!

    Friday, March 9, 2012

    Quick update on my baby growth

    Salam,

    Kemain ye engkau.. nak hapdet stiap jam ka? Dah mcm takdak keja pulak kan.. Tapi ini serius punya quick update dari check up tadi:

    Gest Age: 25weeks 4Days (6 bulan 11hari)
    Berat baby: 804g
    Predicted weight masa bersalin: > 4kg!! Dr Larton suggest for planned C-sect.. Ermm nanti nak kena jumpak specialist Dr Ross, kita tgk dia kata apa. Ikutkan aye nak normal delivery, tapi kalau ditakdirkan C-sect jugak aye pasrah ja asalkan baby sihat
    Overall baby growth: Normal (alhamdulillah)
    Test darah: semua normal kecuali HB rendah sikit tapi Dr Larton kata its normal
    Test urine : perfect score!
    Urs truly current weight: 77.5kg!
    Test done : Pap smears and mammograms

    Need to do test: TSH test (check paras gula dalam darah) and Rubella injection(after baby born)
    Others: Register for prebirth service at Grand River Hospital (for hosp record), appointment with specialist, Dr Ross (March 26, at 10am)
    
    ps: lepas ni tak payah jumpak Dr Larton dah huhu gonna miss her, she's so nice! Terasa makin dekat nak bersalin ni rasa busy ya ampun sangat la pulak. Assignment ada 3 kena hantar, project statistic and  presentation seminar pun end of this month. Pertengahan April gerak gempur untuk final exam pulak. Ya ALLAH engkau berikan aku kekuatan! Nak siapkan satu assignment ni, minggu depan dah kena antar. Okay keep on updating guys!

    Mari men'list' barang baby

    Salam,

    Sementara nak tunggu check up perut ni, aye ingat nak update pasal list2 barang untuk my 2nd newborn ni. Rasa macam dah lama lak padahal baru ja 2 thn aye dok list barang2 untuk keperluan baby ni. Rasa excited pun ada tapi kali ni takleh la buat macam yang sulung. Asal nampak comel/berkenan ja aye beli.. Kenala on budget sikit, karang tak cukup duit nak koreks mana lak kan.  Kali ni sebab boboi aye banyak restrict kan baju/ barang dalam kaler2 tertentu. Memangla kalau ikutkan berkenan kaler terang/pinkish2 kan tapi tak sesuwaila pulak dengan boboi aye ni.. Biar nampak jantan gituw ,p Okla mari kita listkan barang2 keperluan untuk si boboi aye ni. 

    1) Baby gear (done!) - aye beli kat Bonnie Togs, Walmart ngan Winners ja. Haritu ada gak survey intai2 kat Baby Gap tapi harga tak runtuh sangat.. Nantila kita tunggu sales gila2 punya, baru besh membeli.. Of course kali ni membeli untuk si kakak and si adiknye..
    2) Socks, bibs, hooded towel, baby blanket, hat - done!
    3) Bassinet - survey kat Kijiji ja, beli yang 2nd hand, kat sini memangla murah and kebanyakannya elok2 lagi, tapi kenala pandai memilih ye. Aye pilih bassinet sebab senang nak simpan barang2 kat bahagian storage and siap ada function untuk jadik cradle, ada light night, vibrate bed and music. (lengkap kau.. siap murah lagi regenya dalam 35dollar ja)
    4) Tilam and bantal/ baby bath tub- Walmart udah tapi tak beli pun lagi, tunggu duit lebat sikit.. 
    5) Medela breast pump, Tommee Tippe complete starter, Britax car seat - Aye dah survey kat Toy r us. Tapi yang ni  beli masa dah nak dekat bersalin pun takpa sebab ada shipping, siap free lagi kalau beli 100 dollar and above. Yang britax car seat tu boleh dijadikan stroller, sbb attach ja kat stroller Britax B-Ready yang dah ade tu, jadila double stroller, yang atas with car seat untuk adik kat bawah pulak untuk kakaknya.. hrmm efficient kan (^^)

    Setakat ni tujela yang berlegar dalam kotak fikiran aye. Kalau bengkung baby, minyak telon bagai aye tunggu parcel dari Malaysia ja. So, yang nak kena beli barang2 dari list 3-5 jala.. mudaha2an aye larat lagilla nak merabat bas pi shopping2 barang2 ni kan.. Mudah2an.. Okla dah cukup masa nak jumpak dr ni, Ok keep on updating peeps! 

    Wednesday, March 7, 2012

    25 weeks, 15 more weeks to go

    Salam

    Malam2 camni terasa nak update pasal perkembangan my second baby pulak. Sebelum ni aye mcam selit2 ja dalam entri lain.. Mata memang dah ngantok tapi aye gagahkan diri jugak nak update ni sebab hari ni terasa letih pulak sepanjang aye mengandung ni. Sebelum ni aye memang aktif ja, boleh ja nak berjaga pkl 2-3 pagi tapi mungkin sbb kandungan semakin membesar aye jadi cepat mengah and cepat letih. Alhamdulillah sepanjang aye mengandung kali ni takdak masalah sangat (meaning masalah dengan kandungan). Tapi aye diuji dengan maha hebatnya masa kandungan mencecah 5 bulan., dengan pelbagai ujian. Masa nila aye ada masalah 'besar' dengan supervisor dan aye pernah terjatuh atas ais yang membeku. Ditambah pulak term ni aye amik 2 core course. Masa ni aye rasa stress sangat, tapi alhamdulillah aye dapat kekuatan dari ALLAH dan sokongan yang tak putus2 dari husband and kawan2. Aye bersyukur sangat, aye anggap musibah yang berlaku sebagai penguat semangat aye untuk teruskan perjuangan untuk genggam PhD.

    Masa aye jatuh tu, ALLAH saja yang tau mcamana perasaann aye masa tu. Aye patah balik rumah (masa tu on the way nak ke kelas pagi2, pastu tak nampak black ice, terjatuh kedepuk mcam nangka busuk huhu). Balik rumah ja aye macam tak dapat kawal perasaan aye, pastu mula menangis kat hubby "Sayang anak kita sayangggg... huhuhuh huhuhuhu" sob sob sob Dahla masa tu tengah stress dengan study pastu terjatuh teruk pulak, hubby tengok pun termenangis sama tengok keadaan aye masa tu. Mungkin sebab stress dengan masalah study ditambah pulak jatuh masa 5 bulan mengandung sbbkan aye berfikir yang bukan-bukan. Terpikir dah gugur dah masa tu. Memang badan ni terasa sakit sangat, bahagian pelvic pun sama, terasa macam ada pressure kat bahgian situ. Aye balik rumah baring and kemudian check kot2 ada darah atau fluid keluar.  Petang tu terus check kat Dr Larton and bgtau kat dia yang aye terjatuh. Dia pun cuak and siap check ada tak contraction and dia siap check kalau2 berlaku dialation. Alhamdulillah ALLAH bagi peluang untuk aye teruskan kandungan ni. Baby selamat cuma aye je sakit2 badan dan bahagian pinggang ni mmgla sakit teramat sangat. Dr pun dah pesan if aye terasa contraction yang kerap terus ke hospital tapi setakat ni sekali ja aye pernah rasa contraction. Tapi kejap jala.

    Setakat ni setiap minggu aye check perut. Minggu ni dah 25 weeks, jadi adala lebih kurang 15 weeks lagi. Alhamdulillah baby sangatla aktif dan membesar dengan sempurna. Nanti aye ada check up dengan dr specialist pulak 26 Mac ni. And 2kali aye scan, diorang detect baby boy. Alhamdulillah, aye pun bersyukur sangat baby ni dapat membesar dengan sihat walaupun dilanda macam2 dugaan. Aye berharap anak ini akan menjad seorang yang tabah dan kuat. Aye memang banyak berjalan dan kalau naik bas tu if bas penuh memang aye berdiri ja sbb perut tak nampak (winter coat tebal pastu tak nampak la perut yang memboyot ni ,p). Mudah2an senang bersalin la kan (^^) 

    Okala guys tu ja nak cerita perkembangan my second baby setakat ni. Nama dah ada hehe tapi tunggula lepaih bersalin baru aye nak bgtau nama tu. Keep on updating! 


    *hi aunty2 semua doakan saya sihat selalu ya* (^^)

    Sunday, March 4, 2012

    Ini betul2 random post

    Salam

    Selamat pagi peeps! Kabare? Waras ya? Harap sihat2 selalu tak gitu. Aye semangat kemain gigih ber'breakfast' sambil2 ber'FB' sambil BW sambil update post terbaru. Nikmat sangat pagi2 ni makan cereal pastu dok 'ketedarah' (makan) pulut serunding pulak kan.. Pergghhh mmg si lemak2 suka sangatla dok kat badan aye ni (*_*). Ditambah pulak anak syok tidoq pastu ayahnya 'tolong' tidokan sekali memang terbaik itu dua beranak.. Kali ni mmg aye nak update random post. Rasa lama dah tak buat random2 ni, selalunya spesifik kepada satu subjek ja.. pergh ayat kemain..

    First aye nak cerita pasal 'pesanan' barang dari Malaysia.. Banyak kemain, sampai mak aye kena antar dua box besaaarrrrr la.. Barang2 yang aye pesan ni pun mmg barang penting, aye pesan barang untuk nak berpantang nanti. Aye suruh mak belikan set Confine Mum dari Leesa Formula sebab dok survey sana sini katanya set tu antara yang tebaik jugala. Kali ni aye determine nak berpantang 'betul-betul' punya. Nak makan jamu, jaga makan, berbengkung setiap masa, bertungku, dan segala yang ber- ber- lagila. Nak capai target turunkan badan macam zaman anak dare dedulu (^^). Yelah aye kan jauh dari family kenala jaga sendiri, nak harapkan sapa lagi sob sob.. Adala jugak aye suruh mak antar barang2 untuk baby macam bengkung, minyak yu yee, minyak telon, kanpe kat sini manala nak ada semua tu, omputih manala pakai. Hampa tau hubby aye tu pesan apa?? Bola takraw tahu.. hehehe aye pun tak taula bila masa nak main, tunggu summer la kot, main skarang ni mau ada yang 'freezing'.. kihkih

    And kebanyakan barang yang berlambak 2 tu, barang2 untuk persediaan nak beraya.. amboi amboi puasa ganti pun baru habih sembang pasai raya thn ni dah. Aye pesan banyak jugakla macam stok2 makanan, ketupat Nona, kordial, kiub2 segera. Walaupun jauh beribu batu, akan aye beraya dalam suasana macam kat Malaysia jugak, and kali ni raya jatuh masa penghujung summer. Kita tgkla panaih dia mcamana kan, tapi okla dapat beraya dengan berbaju kurung bagai. Aye pun dah order set tudung bawal sulam terbaru, rasanyala, trend terbarukah di Malaysia? Tapi aye mmg suka pakai tudung bawal pun, tak kisahla. Pastu ada order set collagen dari Catalyst. Biasala kenala jaga penampilan lepas2 bersalin ni kan, nak dapatlan kulit mulus and cantik gak kan ,p

    Keduanya aye nak cerita pasal persiapan sambutan birthday Amani yang ke-2 ni, kejap lagi kami nak ke rumah Yani (family baru dari Malaysia) nak bincang2 pasal hal ni. Kebetulan nama anak diorang pun sama  iaitu NorIman Amani. Kami panggil Amani Jr. hehe Kebetulan lagi birthday pun jatuh pada bulan yang sama dah tarikh dekat sangat. Amani aye  17 Mac 2009, Amani Jr 18 Mac 2010. Kiranya kami buat double celebration. Amani yang ke-2 and Amani Jr yang pertama. Kami dah sepakat nak buat majlis tu on 17th oif March, jimat pun jimat plus kami pun nak panggil orang yang sama jugak. Berapa kerat je Malaysian kat sini baikla kami celebrate sama2. Satgi nak pi bincang nak masak apa, nak panggil sapa, theme, perancangan majlis. Amboi kemain lagi mcam nak sambut raya ja (--"). Aye dah beli hadiah untuk my Amani, tapi takkan direvealkan dulu. Sabaarrrr nanti aye akan update pasal sambutan birthday yang besar2an tu kihkih Okayla pees tu je kot nak ceghita, nak pi survey hadiah nak beli kat Amani Jr ni.. Keep on updating! (^^)