Wednesday, February 29, 2012

Tolong bagi petua kat saya!

Salam,

It is almost 15 past 1 am, aye je malas nak tkr waktu jam kat blog ni. And si budak-merap-Amani dok kat sebelah aye ni dok melayan her favorite phonic songs.. Hrmm gitula dia dua tiga menjak ni, stay back teman aye gamaknya. Aye sekarang ni mmg busy dengan exam and assignment. Pagi tadi dah submit 1 paper, and I have another mooorreeee to submit. Amani punya sleeping time mmg dah change obviously sebab dia mcm dah ikut gaya ibunya tidur. Aye sekarang ni mmg tidur 2-3 pagi sebab nak men'study' kan diri, tapi sebenarnya takla boleh concentrate sangat pun sebab ada orang 'tolong' kan.. huarghhh sob sob (T_ T) Ada tak sapa2 yang ada petua camana nak bagi anak tidur awal? Tolongla share.. 

Aye ni jenis tak boleh tgk rumah berselerak, lemaih perut! Selalunya, after having dinner, aye akan seboleh2nya tidy up the kitchen, living room and toy station area. Barula ada semangat sikit nak sambung keja/study. Tapi in split seconds, rumah dah berselerak pulaaakkkkkk!!! Yerp that happen when you have 2 yrs toddler yang suka sepah2kan toys nye.. Huarghhhh ni yang nak bertukar jadik transformers ni. Or sebenarnya its normal?? Aye selalu dah ajar Amani after main kena simpan all her toys atau main kat toys area dia ja, tapi kadang kadang.. jarang jarang la kan dia buat.. Ada gak kadang2 tu tak tertahan, jadik mak tiri sat  Fuhhh mencabar keimanan seorang ibu betul. Kadang2 aye biarkan ja, tapi berapa lama la kan yang aye boleh tahan tgk keadaan rumah tunggang terbalik kan.. Ada tak sesapa yang ada petua nak ajar anak after main simpan all toys dengan sendirinya? (I know this sounds silly tapi manala tau sapa2 yang berjaya guna kaedah apa2 yang berjaya buat anak simpan toys dia kan) Tolongla share! 

Setakat ni Amani dah pandai sebut few words ja, sometimes aye rasa risau jugak tapi after google sana sini and ask around, sebenarnya setiap budak perkembangan dia lain2. Mungkin sebab Amani berjalan awal, dia bercakap lambat sikit. Tapi dia boleh faham basic instruction dan cuba nak bercakap dalam bahasa dia untk bgtau aye apa yang dia nak. Setakat ni dia boleh sebut: ayah, abu (ibu), ami (amani), shhh (sleep), shoes, bird, shu-shu (susu), dog, habih (habis), no, mamam (makan), Dora, baby, ajit (sakit), poot (perut), aki (kaki).. Ada tak petua nak bagi anak susun ayat untuk bercakap? Manala tau kan hehehe

Aye harap sapa2 yang ada petua best2 tu tolongla share ngan aye yang serba kekurangan ilmu parenthood ni. Perkembangan adik amani pulak, sekarang ni dah 6 bulan tapi aktif jugakla si boboy ni, malam2 ja bergerak sakan.. Moga2 aye dapat mengemudi bahtera rumahtangga ni dengan jayanya, dapat jadik seorang isteri yang baik, ibu yang dapat didik 2 orang anak menjadi seorang insan/khalifah yang terbaik dan jugak dapat PhD dengan cemerlangnya.. Amin sama2la kita berdoa ya! keep on updating guys (^^)



Sunday, February 26, 2012

Hari rajin sedunia.. =)

Salam,

What a perfect time to enjoy 'laksa' petang2 camgini sambil menikmati snow yang turun.. Rumah dah kemas, anak dah tido, husband keluar beli groceries, solat zohor dah... Its time to chillex after spending hours at the kitchen made my very first laksa.. Ingat kat sini takdak mee laksa, dapatla aye hilangkan ngidam nak makan laksa walaupun dok jauh di perantauan. pasni dah berpantang mmg susah la, kena pantang laksa kurang2 dua thn atau dapat anak ke-3 pulak, isk not so soon kot (^^). Hari ni memang hari rajin sedunia bagi aye.. kalau tak jangan harapla nak tong tang tong tang kat dapur nun bermula dari breakfast sampai la ke lunch. 

Lepas sembahyang subuh pagi tadi, aye terpikir, nak buat apala untuk santap pagi2 ni, terpikir nak buat nasik lemak.. hrmm bukak rice cooker tgk nasi semalam banyak lagi, ayam rendang pun banyak lagi.. Pikir punya pikir, aye rancang nak buat pancake yang very the easy one.. Godek2 kat my resepi adala resepi pancake yang mmg mudah sangat.. Kalau nak try kat bawah ni, aye tunjukkan resepinya .... 

Resepi pancake yang mudah giler..

1 cawan tepung gandum
1 sk serbuk bikarbonat
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sb margarine
3 sb gula
sedikit garam

Hiasan: chocolate syrup, strawberry

Cara membuatnya:
1) Campurkan tepung & sebuk bikarbonat.
2) Asingkan telur putih dan kuning, pukul telur putih sampai kembang (nak guna whisk ke sudu ka asalkan dia kembang) dan campurkan telur kuning & susu segar & gula.
3) Kemudian campurkan margarine (yang telah dicairkan) dan campuran 2 ke dalam 1. Gaul sebati
4) Panaskan pan (api sederhana) dah masukkan satu senduk campuran pancake ke atas pan, bila dah tgk ada gelembung2 udara kat atas pan tu kaupkan ke bahagian yang satu lagi pulak..

Dan hasilnyaa tarrrraaa....





 


Pastu tengahari tadi teringin nak makan laksa pulak, aye godek2 fridge cari bahan2 nak buat laksa, nasib baikla ada kecuali bunga kantan. Kat sini takdak jual, takpela tak cukup satu bahan ja janji aye nak makan laksa ala2 perantauan ni.. Kebetulan ada ja stok mee laksa dan ikan.. So bermula dari pagi tadi aye buat aktiviti masak laksa. Esok bolehla jamu geng2 malaysia.. hehe Nak resepi jugak ka? hrmm korang google je, aye punya resepi ni tak lengkap sebab tak cukup bahan.. Pakai ja apa yang ada, tapi rasanya tetap malatop! (^^).. Layan gambar jala noh.. 






p/s: tadi dok sakan 'bertukang' kat dapur aye mcm rasa kejang kat perut, mgkin Braxton hicks kot- false contraction, erm baru nak masuk 6 bulan kottt.. harap2 aye bersalin pada waktunya.. Doakan aye and kandungan selamat ya


Friday, February 24, 2012

Congratulation Dr. Noorlisa!

Salam,

Best dak aye dok update entry hari2 ni.. hehe Biasala time reading week ni, kelas takdak and sambil2 nak siapkan assignment tu, 'terajin' la jugak kan nak update entry tiap2 hari ni. Okay, kisah ni terjadi minggu lepas, yakni jatuh hari yang sama dengan birthday aye, 16 Februari 2012. Aye attend Phd defense Kak Lisa. Kiranya dia la paling senior antara kami semua. Aye pegi dengan kakak2 senior yang lain nak bagi semangat 'Malaysia Boleh' kat Kak Lisa. Masa masuk bilik viva tu aye pulak yang rasa cuak, bukan apa, examiner ada 4 org (sorang thru phone), sorang chairperson, and 3 orang supervisor (sorang lagi thru phone). Terasa ooo perasaan berdebar tu, tapi aye tgk Kak Lisa ni rilek ja, chill ja.. fuhhh mmg susah ah nak jumpak orang camni. Tapi muka dia nampak letih sikit, mungkin sebab tak cukup tido nak menempuh hari yang penuh bersejarah ni. Rasanya lagi syok kalau sambil2 layan gambar kan (amboi mentang2 ada camera baru reja dok boh gambar ja noh) (^^)

*Perjuangan bermula*


Mula2 macam biasala, sesi presentation dalam 30 minit camtu, lepas tu la sesi Q&A yang buat aye pun cuak, setiap examiner akan diberi peluang untuk tanya soalan, tu baru 1st round, soalan jangan tanyala, semua peringkat2 Prof dah, soalan yang boleh buat otak bengkak kot.. Tapi aye cukup kagum dengan Kak Lisa, dia boleh ja dengan rileks ja jawab semua soalan, mmgla tak semua dia dapat jawab, biasala keadaan masa tu yang cukup tensed ditambah dengan soalan bertalu2 macam peluru. Rupanya ada lagi 2nd round, bayangkanla 1st round pun dah amik masa dekat 2jam, kalau 2nd round tu taktaula.. nasib baikla chairperson tu suruh setiap examiner and supervisor limit the question to only one brief question je untuk 2nd round ni, after menempuh 1jam setengah, tamatla sesi Q&A untuk PhD defense Kak Lisa. Kiranya overall PhD defense tu, 3 jam setengah.. Memang lenguhla kaki Kak Lisa sebab non stop and kena berdiri ja sepanjang viva tu. Then tibala masa yang dinanti2kan, kami semua diminta untuk berada di luar sementara examiners nak bincang2.. Then after 20 min camtu, susah payah, penat jerih Kak Lisa selama 4 tahun ni terbalas, dia berjaya dapat 1 (berjaya dengan minor correction).. Memang minor sangatla, tu pun typo error, memang aye respect habis kat dia..  

*supporter kuat Kak Lisa*
*Kak Lisa dipanggil masuk untuk terima keputusan*
*Ur's truly biasala berdebar jugak nak tau keputusan terjengok2 kat pintu tu*

*Alhamdulillah she made it -bersama panel jury*

Alhamdulillah sepanjang aye tgk viva Kak Lisa, sedikit banyak dah motivate aye dan aye dapat semangat nak siapkan Phd yang masih jauuuuuuhhhhh perjalanannya ni.. Boleh aye simpulkan beberapa point untuk peringatan  aye:

1) jaga hubungan dengan ALLAH- super-important things and you just cant deny it. If you are able to be a good and humble person in every single way (solat, jaga iman, aurat, hubungan dengan kawan2, family). Insyaallah , you can always see light at the end of the tunnel.. Yazmin.. hang rajin2la solat di awal waktu, baca al-quran, sembahyang sunat tu kalau boleh janganla tinggai.. yang penting jugak jaga hati/taat suami dan besarkan anak2 dengan sempurna naa.. (ni monolog dalaman kihkih)

2) knows your research very very well.. you should be an expertise, should conquer all the basic and background.. (e.g: as for me i should know about the principle of molecular biology/biochemistry, why this happen, why choose this method, elaborate and find connection between your research background and research findings, is there novelty in your research)


3) be super-good to your supervisor.. raised your supervisor trust on your works.. should be able to drag her/his attention on what are you doing (bukanla sampai jadi kak bodek hokay!). if produce quality research and work hard on your work, belief me, your supervisor will help you in your thesis/ viva (^^)

4) presentation on viva day must be simple yet complete for 4 years work- maybe this is quite challenging, you should know how to present and compile all your works in a few slides and make all the 'judges' understand what are you trying to tell them, and of course you should also understand them first. This can be done by doing a lots of practice (attend oral seminar/ presentation with friends/supervisor, kat rumah bercakap depan cermin) 

Hrmmm rasanya, tu jala kot yang aye leh simpulkan.. ni untuk peringatan diri sendiri.. Aye nak jugak berjaya dan mendapat apa yang dicita2kan selama ini.. Aminn.. Apapun aye nak ucapkan tahniah untuk Dr. Noorlisa  (^_________^)








Thursday, February 23, 2012

Birthday ke 28

Salam

Tudiaaa aih..dah masuk 22hb baru nak cerita pasal hal birthday yang minggu lepas punya.. Takpala kita masih di bulan Februari kan, kiranya tak lambatla sangat kan nak berceqita kat sini.. (mood baca dalam bahasa kedah naa.. selama ni dok mix bahasa english ngan melayu ja lani kita layan bahasa jiwa bangsa saya) Tanggal 16hb Februari 1984, lahirla seorang puteri (puteri ka??) bertempat di Kampung Sungai Baru, Aloq Setaq, Kedah. Saya tak lahir kat hospital macam hampa semua.. Saya lahir kat sebuah rumah papan beratap zink, di malam maulidur rasul (kalau saya tak silap la, ni pun mak saya yang ceqita). Mak saya ceqita, dia dah tak tahan nak terberanak dah, tu yang tak sempat nak pi hospital, mgkin sbb tu saya ni jenih yang tak boleh tunggu lama.. Tunggu lama sikit mula la panaih telinga.. hehe  Saya disambut oleh bidan merangkap nurse kampung.. 

Alhamdulillah mak kata sepanjang dia besarkan saya, saya ni jenih tak banyak songeh.. Cuma degil sangat ja.. (biasala ada 2 pusaran).. Kiranya macam takla susah sangat nak besarkan saya sebab saya ni jenih ikut ja cakap mak ayah..kihkih puji diri sendiri  (^^) Alhamdulillah saya dibesarkan dalam suasana yang sederhana, tak kaya takla miskin sangat... Biasa2 saja, dan saya pun sebenarnya bersyukur sebab saya tak dibesarkan dalam suasana yang mewah sebab saya kena berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang saya nak. Kalau dalam hal pelajaran semua tu mak ayah saya akan cuba berikan yang terbaik. Ayah memang seorang yang tegas dalam pelajaran, bayangkan sampai masa nak masuk universiti pun dia yang pilih kos apa yang saya patut ambik, dia siap buat research lagi pasai kos yang saya amik tu.. Tapi saya sedih sangat sebab saya konvo tanpa kehadiran dia, dia pergi menghadap ilahi masa saya di tahun akhir universiti.. Masa konvo hati ni rasa sayu ja bila kenangkan orang yang bersusah payah membesarkan saya dan sediakan segalanya untuk pelajaran saya tak sempat meraikan kejayaan saya dapat segulung ijazah.

Lepaih dah dapat ijazah, saya kerja sat kat Jabatan Perangkaan dan masa tula jumpa dengan jodoh saya hikhik Mohamad Salihin Abdul Wahab. Lepaih dah lama sangat dok tunggu kerja gomen, (sebab saya dapat biasiswa JPA) dan dok interview ja tapi depa tak panggil2 kerja, saya pun ambik keputusan nak sambung master kat USM. Dan tak lama tu, saya ditawarkan rlka/slab , biasiswa untuk jadi pensyarah kat USM. Alhamdulillah.. Pastu tak lama lepaih tu saya amik keputusan nak kahwin dengan pilihan hati saya... Tak lama lepaih tu saya disahkan mengandung dan lahirkan seorang baby perempuan yang comel bernama   Siti Khadijah Amani pada 17 Mac 2010. Elok ja lepaih habih pantang, saya pun dipanggil viva dan alhamdulillah saya lulus dan saya kena sambung PhD pulak. Lepas 3 bulan saya konvo untuk master, saya terbang ke Waterloo untuk sambung pelajaran saya di peringkat Phd pulak.. Sebulan lepaih menetap kat sini, saya disahkan mengandung kali kedua, dan skarang ni kandungan saya dah nak masuk 6 bulan dan insyaallah dijangka saya akan bersalin bulan 6 ni.. Jadi inilah rentetan hidup saya sepanjang 28 tahun ni.. Alhamdulillah ALLAH kurniakan rezeki yang melimpah ruah, walaupun kerap kali juga dugaan datang tapi ALLAH bagi saya kekuatan untuk tempuhi semua ini dengan tenangnya.. Terima kasih pasa yang ucap birthday kat saya.. Doakan yang terbaik untuk saya.. Walaupun 28 nampak macam dah tua tapi saya still maintain awet muda lagi hahaha (^^) .. Teruskan membaca blog saya ni naaa... 

Monday, February 20, 2012

Fun fun weekend

Salam,

We spent such a great time yesterday.. The weather was beautifully snow.. Walaupun agak sejuk tapi we had fun and spent quality time with family and frens.. Seronokla diorang sbb boleh ber'snow tubing' aye ni jadi tukang snap photos and baby sitter heheeh takpa takpa.. tahun depa aye nak main ski teruih hehe ,p The event was organized by CMA (Canadian Malay Association) and held at Chicopee Tube Park, Kitchener. Perjalanan kami dari rumah pun takdakla jauh sangat around 45 min bus ride. Lagi dekat kalau naik kereta..

Tapi nak dijadikan cerita, after the event end, diorang nak sembahyang kat Masjid Waterloo, mmg dekatla  dengan rumah kami kan, pastu harusla singgah rumah aye kan.. Apa lagi dengan kelam kelibutnya, hubby balik cepat2 kemas rumah yang macam tongkang pecah.. Masa ni aye dah kalut tak tau nak masak apa, masa nila terpikir, kalau mak ni mmg dah tau nak buat apa.. huhu apalagi godek2 dalam peti sejuk cari apa yang ada, aye keluarkan ready-made ayam BBQ and letak dalam oven, buat cucoq jagung and masak bihun.. nak serve 5 family tu huhu mmg kalut tapi alhamdulillah everything went well.. Habis semua.. wpun agak penat tapi seronok sangat and rasa hilang sikit rindu kat family Malaysia bila dapat gather ramai2 camtu.. Ok enough writing, and lets enjoy the shots yang aye snap ni..  


























 















Wednesday, February 15, 2012

Exam hoi hoi..

Salam,

Esok aye ada exam Statistic.. Tengah dok pulun study ni, adoyai... lama dah tinggai math ni rasa macam 'bengap' plak huhu Takda apapun nak update, skarang ni tgh 'berkurung' dalam bilik, kalau tak Amani ni suka terjah masuk and ganggu proses pembelajaran ni.. Acewah.. Ermm nak update apa lagi, skarang ni mmg tengah heavy winter, so after exam ni bolehla pi berjimba main snow kat Chicopee. Aye almaklumla tengah sarat ni takdela nak ikut aktiviti skiing atau snow tubing tapi lebih kepada duduk dan makan hehehe Takpala tahun depan aye nak cuba gak, skiing antara 'things that I wanna do in my life'.. Dulu syok je tgk gambar kwn2 main ski ni, harusla dah ada opp ni aye nak cuba gak, tapi we'll see, ski sambil pgg 2 orag anak style dak hehehehe (=.=) . Oklah nak sambung study, baru rasa fresh sikit dapat berhenti gor a few min. Okay till see u ppl, keep on updating

Sunday, February 12, 2012

Winter aint' go yet..

Salam

After a week bumi Waterloo ni tak bermandikan snow, tapi semalam kemain lebat lagi flurries turun, ingatkan winter dah said bye bye.. Tapi mmgla still sejuk lagi, dalam -5 degree to 2 degree.. Kalau tgk kat Weather Network, mmg suhu agak fluctuate for one week ni.. And tadi pun still ada lagi flurries turun, snow kat kawasan rumah kami tak berapa nak tebal so, tadi aye amik keputusan nak bawak Amani jalan2 and main snow sambil snap a few photos tapi end up Amani buat perangai and nangis guling2 atas snow, well the main reason is dia ngantok.. huhuhu Okla jomla kita layan photos yang aye sempat snap tadi.. 


* she do loves snow* 

Okay.. manage to capture good image

nak pergi jauh lagi and hampir nak trip , snow tebal jugak

suddenly she stops there..  AND
tergolek2 nangis kat atas snow sbb dah ngantok ayoo.. ini budak


Apa macam, can resist aye update hampir setiap hari hehe.. Well rajin nak update sebab rasa cam best lak berceloteh kat sini boleh releasekan tension aye ni.. Okay till then ppl, keep on updating.. (^_^)


Friday, February 10, 2012

Wajah baru semangat baru

Salam,

Akhirnya bertukar wajah jugak blog aye ni.. Nampak lebih fresh and vibrant kan.. Ni sempena semangat baru nak berblog, dah agak lama aye sepikan diri.. Apa yang aye boleh katakan sekarang ni, during 5 month pregnancy, aye 'jatuh tersungkur' dalam PhD journey ni.. Can u imagine only 5 month I started my Phd study dah 'tersungkur' huhu.. Hati sapa yang tak sedih, tapi dont worry ppl, I'm not going to discourage u by writing 'negative perception' about PhD.. I need to be stronger and fight till I can achieve my dreams.. And so are u guys, jangan mudah give up dan sentiasala bersabar dengan segala dugaan dalam hidup kita. 

Aye anggap ini sebahagian dari ujian dari ALLAH sebab ALLAH sayangkan aye dan sebagai penghapus dosa, " Ya ALLAH engkau berikanlah pahala atas musibah yang berlaku kepadaku, dan engkau gantilah dengan sesuatu yang lebih baik" .. KAdang2 memang ada ja syaiton cucuk kat jarum2 halus ni tapi aye kuatkan hati dan sebagai seorang muslim, senjata kita untuk musnahkan syaiton tu dengan solat dan berdoa. Alhamdulillah ppl can see me still smiling and even makes silly jokes.. Well that's me..  Aye pun harap agar kalian doakan aye..Permudahkan semua urusan, itu ja yang aje harapkan..

*penguat semangat aye*

Wednesday, February 8, 2012

Layan entri bergambar jom

Salam

Jom kita layan entri bergambar ni, ni tengah 'cewi' baru ja dapat camera kan, harusla kena testing sana sini..
sangatla cepat nangis kalau kn marah




merajuk ja masuk toilet isk isk
urs truly dah makin ngembang semangkuk dah

fresh look  

dah pandai nak makan sendiri

sings lullaby song
buat apa tuh.. huhuhu tiru ibu ye

one of her fav books