Thursday, June 2, 2011

Rawatan batu karang

RAWATAN batu buah pinggang sebahagian besarnya bergantung kepada saiz dan jenis batu. Pesakit selalunya digalak untuk meminum air dengan banyak dan selalunya, batu akan keluar dengan sendiri. Ini kerana saluran ureter iaitu saluran yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing mempunyai kapasiti untuk membawa turun batu karang sebesar 6 mm dan ke bawah.Jika lebih besar dari itu, ada kemungkinan batu akan tersangkut dalam saluran ureter. Ini boleh menimbulkan kesakitan dan bengkak pada buah pinggang.

Sekiranya batu karang ginjal bersaiz di antara 1 sentimer (sm) hingga 2 sm, rawatan yang boleh diberi adalah dengan cara rawatan Extra Corporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL).Kaedah ini adalah menggunakan sejenis alat yang mengeluarkan gelombang yang akan memecahkan batu karang ginjal. Pesakit perlu baring atas alat itu dan gelombang akan diberi secara berkala.Untuk setiap rawatan, sebanyak lebih kurang 4,000 tembakan akan diberi untuk memecah batu karang. Rawatan ini dilakukan secara pesakit luar dan pesakit akan diberi suntikan ubat penahan sakit semasa proses pemecahan batu karang dilakukan.Masalah yang sering dialami adalah batu karang tidak pecah sepenuhnya selepas satu sesi rawatan. Sekiranya ini berlaku, buah pinggang perlu direhatkan selama sebulan sebelum sesi kedua bermula.Had maksimum rawatan dengan cara ini adalah sebanyak empat sesi. Jika batu masih lagi tidak pecah, rawatan lain perlu dibincangkan dengan pesakit. Sekiranya teknik ini berkesan, serpihan batu karang akan keluar bersama dengan air kencing. Kerap kali juga selepas rawatan, air kencing akan bercampur dengan darah tapi keadaan ini akan pulih selepas beberapa hari.


Jika batu karang bersaiz lebih dari 2 sm atau berada pada tempat yang sukar untuk dipecahkan dengan cara ESWL, rawatan pembedahan yang dikenali sebagai Percutaneous Nephrolitotomy perlu dilakukan.Pembedahan ini membabitkan proses menebuk buah pinggang dari permukaan kulit dan batu karang akan dipecahkan dengan menggunakan alat ultrasound atau Laser. Pembedahan ini memerlukan pesakit berada dalam wad beberapa hari. Ini kerana pembedahan ini memerlukan pesakit dibius secara umum (general anaesthesia).Dalam pembedahan jenis ini, dalam kebanyakan pesakit, seluruh batu karang boleh dikeluarkan dan parut selepas pembedahan adalah kecil.Jika mempunyai masalah gout atau masalah peningkatan asid uric dalam darah, batu karang yang saudara hidapi kemungkinan besar dari jenis asid urik.

Untuk batu karang jenis ini, rawatan yang dikenali sebagai chemolysis boleh diberi. Rawatan chemolysis ini membabitkan pemberian ubat Allopurinol untuk mengurangkan paras uric asid dalam badan dan pemberian ubat urinary alkaliniser seperti URAL untuk menjadikan air kencing beralkali.Kombinasi ubat ini boleh menghancurkan sebahagian besar dari batu karang ginjal. Ini kerana batu karang dari jenis uric asid adalah lembut dan mudah larut dalam suasana yang beralkali.Untuk makluman , batu karang ginjal boleh berulang selepas dirawat. Sehubungan itu, bagi mengelak berlakunya pembentukan batu karang, langkah-langkah berikut perlu diambil:

  • Minum banyak air kosong. 
  • Minum sekurang kurangnya 12 gelas air sehari dan perlu ditingkatkan jika saudara kerap berpeluh atau melakukan aktiviti lasak.
  • Kurangkan mengambil minuman seperti kopi, cola dan teh kepada satu atau dua cawan sehari .Ini kerana minuman ini mengandungi kafein dan kafein boleh menyebabkan peningkatan pengkumuhan air dari badan
  • Jika mempunyai masalah uric asid yang tinggi dalam darah, perlu mengurangkan pengambilan daging merah (red meat) organ dalaman seperti otak, paru dan beberapa jenis kekacang

Info ni berguna untuk aye ... huhu nantila aye bagitau sbb apa .. hati tgh sedih dan tak sedap lagi.. sob sob.. 







1 comment:

  1. untuk mendapatkan ubat untuk pecahkan batu karang, sila ke website ini:

    http://gallstonebreaker.blogspot.com/


    ramai yg telah mencuba, alhamdulillah dgn izin allah, batu karang dapat dipecahkan

    ReplyDelete